Cara Guna Indicator Donchian Channel di Tradingview
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Indicator Donchian Channel di Tradingview.
Dah bersedia untuk tambah ilmu baru hari ini?
Tenangkan fikiran.
Jom mula.
Bismillah.
Apa Itu Indicator Donchian Channel
Secara mudahnya, Donchian Channel mempunyai 3 garisan.
- Upper Channel
- Lower Channel
- Baris tengah (warna oren)
Upper Channel menunjukkan atau menandakan harga tertinggi mengikut hari (time period, N) yang korang pilih (default setting, N= 20 hari).
Lower Channel pula menunjukkan atau menandakan harga terendah mengikut hari (time period, N) yang korang pilih (default setting, N= 20 hari).
Kawasan di antara upper channel dan lower channel mewakili Donchian Channel.
Kegunaan Donchian Channel
- Support and Resistance
- Nak tahu berapa hari punya high
- Nak tahu berapa hari punya low
Indicator Donchian Channel di Tradingview
Macam biasa, log in dalam tradingview.
Setelah log in, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
- 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
- 2. Klik button indicator
- 3. Taip indicator yang hendak diguna (Donchian Channels buat kali ini)
- 4. Klik indicator tersebut
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Macam mana nak baca?
Baik, kita terus pergi kepada case study.
Korang buka tap baru di komputer korang dan pergi cari screener di app.mahersaham.com/screener.
Korang cari screener 20 days high.

Ambil satu kaunter yang korang berminat, kemudian masukkan dalam tradingview menggunakan Donchian Channel.

Seperti yang saya nyatakan di atas, salah satu kegunaan Donchian Channel adalah untuk mengetahui support dan resistance.
Maka, garis yang di atas kita boleh jadikan sebagai resistance dan garis di bawah kita boleh jadikan sebagai support.
Kalau kita kita lihat kaunter di atas, harga saham semakin meninggkat.
Kita boleh katakan kaunter tengah bullish.
Bila kita nak masuk?
Macam biasa, terpulang kepada kajian anda.
Cuma kami nak kongsikan satu strategi yang kita boleh gunakan.
Stategi apa tu?
Apabila sesuatu harga kaunter sudah terlalu tinggi, ada kemungkinan ia akan naik lagi.
Ada trader sanggup ambil risiko untuk beli saham kaunter tersebut dalam keadaan harga saham yang tinggi.
Namun begitu, ada juga yang tidak sanggup ambil risiko tersebut.
Jadi apa yang kita boleh buat?
Strategi yang kita gunakan adalah buy on dip atau jugak di kenali sebagai buy on pullback.
Kita menanti harga saham tersebut sentuh garisan tengah (garisan berwarna oren) untuk naik semula.
Setelah ia retracement barulah kita akan beli.
Kenapa?
Selepas retracement ia akan breakout semula.
Itu adalah salah satu strategi.
Mudah nak kata macam ni.
Point untuk kita decide bila nak masuk atau beli saham tersebut adalah apabila harga saham menghampiri line tengah (garis oren).
Senang bukan.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Kesimpulan
Mahersaham dah sediakan bahan untuk belajar.
Tinggal korang nak ambil peluang atau tidak.
Kalau korang jenis yang lebih suka menonton video,
boleh ikuti Youtube Mahersaham, dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami.
Jom tonton video yang kami sediakan ini.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.