Cara Guna Gann Square of Nine dengan Mudah
Support dan resistance sangat penting dalam trading. Dalam mencari support dan resistance ini banyak cara, SALAH satunya kita menggunakan Gann Square of Nine.
Siapa Pengasas Gann Square of Nine?
Gann square of 9 diasaskan oleh William Delbert Gann yang merupakan trader yang terkenal dengan keupayaannya meramal pasaran dengan menggabungkan campuran geometri, astrologi, dan teknik matematik kuno.
Beliau mula berdagang pada usia 24 tahun.
Dengan pengetahuan yang beliau ada, banyak metode technical analysis yang beliau cipta seperti Gann angles, Master charts, Hexagon chart dan Circle of 360.
Gann square of nine mendapat namanya kerana jika anda melihat carta yang saya tunjukkan ini, angka 9 mewakili penyelesaian persegi pertama. Ia juga dikenali sebagai carta 9×9.
2 Konsep Asas Cara Guna Gann Square of Nine
1) Set nombor penting akan berada line bewarna merah (Cardinal cross) dan nombor dalam line bewarna biru (Ordinal cross).
2) Sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna merah dan dikatakan sebagai support penting dan resistance penting.
Cara Penggunaan Gann Square of Nine Dalam Tradig Saham
1) Bermula dari nombor 1, baca mengikut arah pusingan jam bergerak (clock wise).
2) Cari harga yang telah jatuh dan nak mula rebound kemudian rujuk harga dengan Gambar rajah Gann Square.
Ok contoh harga saham A 0.30 . jadi rujuk GANN SQUARE of Nine. No 28 berada dalam kotak merah.
Jadi kita jadikan kotak merah itu sebagai support yang kuat.
Untuk resistance kita akan lihat kotak biru or merah diatasnya.
Jadi bila kita lihat di gann square nombor yang berada di kotak biru dan merah adalah 31 dan 34.
Jadi 2 nomber ini adalah resistance. Resistance yang paling kuat adalah 34 kerana berada dalam kotak merah.
Mungkin ada soalan kalau 0.295 mcm mana pula?
Dalam gann dia ada 2 kosong je di belakang 0.30 , 0.29 , 0.28 dan lain-lain.
Jadi bila dapat yang sampai 3 angka. Kita akan bundarkan. Contoh 0.295 kita akan bundarkan ke 0.30
Leceh lah nak kena print dan cari satu. Mesti ada yang dalam hati mengeluh begitu kan?
Cara guna Gann Square of Nine dengan Mudah guna Apps
Pergi ke playstore untuk android dan app store untuk apple user. Search mahersaham app dan install.
Lepas install klik sign up. Kemudian login.
Selepas login, cari TRADING TOOLS. Kemudian klik Gann support and resistance.
Klik Gann Support and Resistance.
Paparan Gann square of nine
Hanya masukkan nilai dalam ringgit contoh 0.30 dan lain-lain. Lepas masukkan nilai klik GANN SNR.
Terus keluar support 1 sehingga 3 dan resistance 1 sehingga 3
Kesimpulan
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini tentang penggunaan Gann Square of Nine
Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.