Cara Guna Exponential Moving Average di TradingView

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.

Korang apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.

Korang dah baca artikel mengenai Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template?

Lepas baca tu terus buat akaun tradingview tau.

Barulah boleh praktikkan analisa teknikal yang Mahersaham ajar secara live di FB dan juga Youtube Mahersaham.

Bagi yang dah ada akaun tradingview,

boleh la buka akaun korang , jom kita belajar cara guna Moving Average Exponential dalam tradingview.

Apa Itu Indicator Moving Average Exponential

Moving Average Exponential (EMA) adalah jenis moving average (MA) yang meletakkan berat dan kepentingan pada data terbaru.

Data hari ini (today) dan semalam (yesterday) yang paling penting,

berbanding dengan harga sebelum-sebelum ini.

Formula pengiraan EMA

= Price(t) x k + EMA(y) x (1 – k)

where: t = today y = yesterday N = number of days in EMA k = 2 = (N+1)

Formula ni perlu hafal ka?

Tidak perlu.

Itu adalah sebagai pengetahuan bagaimana pengiraan Moving Average Exponential.

Indicator Moving Average Exponential di TradingView

Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).

Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.

  • 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
  • 2. Klik button indicator
  • 3. Taip indicator yang hendak diguna (exponential moving average buat kali ini)
  • 4. Klik indicator tersebut

Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.


Garisan berwarna ungu itu adalah indicator moving average exponential (EMA).

Terpulang kepada korang nak gunakan EMA berapa.

Kalau korang first time guna EMA,

default setting adalah EMA9

Indicator EMA lebih kurang seperti MA.

Kegunaan EMA pun sama iaitu kita nak tengok trend sesuatu saham.

Korang pernah tertanya tak apa beza MA dan EMA?

Jom kita bandingkan dalam chart.

Line ungu adalah EMA.

Line kuning adalah MA.

Apa yang korang boleh analisis?

Baik jom kita analisis satu per satu.

Cuba korang lihat dalam kotak hitam di atas.

Apabila harga saham tengah naik, EMA react dahulu dengan situasi tersebut berbanding dengan MA.

Begitu juga dengan apabila harga saham menurun.

Korang lihat pula kotak berwarna biru.

Indicator EMA react dahulu dengan situasi tersebut berbanding dengan MA.

Apa maksud react di sini?

React di sini bermaksud bertindak memberi petunjuk turun naik harga sesuatu saham.

EMA lebih responsive dan lebih cepat bertindak.

Namun EMA juga ada kelemahan.

Disebabkan EMA terlalu responsive, kadang-kadang boleh bagi false alarm.

Highlight untuk MA dan EMA adalah kita hendak melihat market direction.

Andai harga berada di atas EMA

itu menunjukkan tengah uptrend.

tetapi sekiranya harga terlalu jauh daripada indicator (MA atau EMA)

itu adalah sesuatu yang kita perlu berhati-hati.

Sekiranya harga berada di bawah EMA itu menunjukkan harga tengah downtrend.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Kesimpulan

EMA umumnya lebih sensitif terhadap pergerakan harga.

Ia dapat membantu korang mengenal pasti trend lebih awal daripada MA.

Namun EMA mungkin akan mengalami lebih banyak perubahan jangka pendek daripada MA.

Jom tonton video yang kami telah sediakan.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts