Bursa Marketplace
| | |

Cara Guna dan Daftar Bursa Marketplace

Bursa Marketplace

Di Bursa Marketplace anda dapat kenal atau belajar melalui platform MLT.

Apa itu MLT? Mirror, Learn & Trade (MLT).

MLT ini sangat-sangat dapat membantu para pelabur baru di Bursa Malaysia untuk mulakan pelaburan saham yang pertama.

MLT ini adalah platform digital di Bursa Marketplace dimana sebagai pelabur kita dapat copy & trade.

Apa Itu Copy & trade?

Copy & Trade ialah kita ‘tiru’ sahaja portfolio orang lain. Diluar sana ada banyak platform copy & trade.

Tapi di Bursa Marketplace adalah berbeza dimana dengan MLT pelabur dapat belajar ‘Learn’. Jika di luar sana, kebanyakannya copy & trade sahaja tanpa faham kenapa sesuatu portfolio itu.

MLT sesuai untuk siapa?

MLT ini sangat sesuai untuk pelabur yang selalu ada soalan. Saham apa nak beli? Jadi MLT dapat beri shortcut untuk anda semua.

Saham apa nak beli? Boleh tengok MLT.

Bila nak beli? Tengok MLT.

Bila nak jual? Tengok MLT.

Kenapa saham tu dan bukan saham ni? Tanya dalam MLT.

Kalau orang yang dah lama melabur pun sesuai guna MLT.

Maklumlah di Bursa Malaysia ada lebih 1000 kaunter saham. Jadi sebagai pelabur memang mustahil kita nak kaji semua kaunter, saham-saham yang ada di Bursa.

Dan kalau berhajat nak kaji semua pun, memang setahun buat kajian pun tak habis. Jadi kalau pelabur lama yang dah kering idea pun boleh tengok MLT.

Kenapa perlu cuba MLT?

MLT ni Percuma. Siapa yang dah ada akaun Bursa Marketplace boleh pakai akaun yang sama sahaja dan terus boleh Login.

Bagi yang masih belum ada akaun Bursa Marketplace boleh rujuk langkah-langkah yang akan ditunjukan nanti.

Tak perlukan caj pun untuk cuba MLT ini. Selepas dah masuk ke MLT ni, kita akan terus boleh nampak idea-idea recommendation dan juga portfolio.

Jadi melalui itu, kita akan nampak tip-tips saham dan boleh follow secara Percuma sahaja.

Cara Daftar Bursa Marketplace

Langkah 1

Pergi ke website Bursa Marketplace https://www.bursamarketplace.com/. Dan klik pada butang ‘Login / Register’

Bursa Marketplace

Langkah 2

Klik pada Register untuk daftar akaun terlebih dahulu. Kemudian pilih untuk daftar menggunakan Facebook/Twitter/Google atau Email. Dalam panduan ini kita akan pilih Via Email.

Bursa Marketplace

Langkah 3

Isikan details pada ruangan yang disediakan dan Submit.

Bursa Marketplace

Langkah 4

Pendaftaran anda telah berjaya! Cek emel anda untuk sahkan pendaftaran.

Langkah 5

Anda akan terima emel pengesahan. Klik pada link pada emel untuk sahkan.

Langkah 6

Berjaya! Anda kini boleh Sign-in ke Bursa Marketplace dan mula gunakan platform MLT dan yang lain-lain.

Kesimpulan

Bagi pelabur yang baru menceburi bidang saham, sebenarnya banyak cara yang anda boleh gunakan untuk mula belajar saham secara Percuma.

Bukan itu sahaja, Mahersaham juga turut menyediakan Video Percuma Asas Saham di Mahersaham App. Klik link ini http://app.mahersaham.com/courses/asas sekarang untuk tonton video Asas Saham.

Semoga Bermanfaat!

Jika anda masih belum mempunyai akaun CDS untuk berdagang di Bursa Malaysia, boleh buka akuan CDS di akauncds.com

Similar Posts