Cara Guna Chart Pattern Dalam Analisis - Mahersaham

Apa Itu Chart Pattern

Kalau tuan-tuan dan puan-puan masih ingat lagi dalam artikel sebelum ini saya ada terangkan mengenai cara guna candlestick analisis.

Kali ini saya nak terangkan pula cara guna chart pattern analisis.

Korang kira beruntung apabila dapat membaca artikel kali ini kerana dalam kelas supertrader pun kami tidak sentuh secara details mengenai perkara ini .

Kali ini Tuan Maher iaitu remisier Mplus dan pengasas Mahersaham bermurah hati untuk berkongsi secara mendalam mengenai tajuk hari ini.

Kredit gambar: https://ers.seccom.com.my/public/
Bukti Tuan Maher Remisier yang sah

Chart pattern adalah pattern yang terbentuk dalam chart apabila dilukis.

Ia digunakan untuk traders tahu ke mana harga saham akan pergi.

Sama ada harga saham akan naik atau turun.

Selain itu, ia membantu kita untuk membuat planing dalam trading plan.

Terdapat beberapa chart antaranya:

  1. Traditional chart pattern
  2. Harmonic pattern
  3. Candlestick pattern

Artikel kali ini akan berfokus kepada traditional chart pattern.

Kepentingan Chart Pattern

1.Kawalan risiko

Perkara yang penting untuk kita ketahui adalah bilakah pattern akan complete?

Hahh bila tu?

Chart pattern akan complete apabila berlaku breakout.

Pattern akan pecah sama ada pecah kat atas atau pecah kat bawah.

Jadi apa kaitan dengan kawalan risiko?

Kawalan risiko adalah betul-betul di penghujung chart pattern ketika breakout.

Apabila kita dah tahu chart pattern apa yang terbentuk maka kita dah boleh tentukan entry price (EP), target price (TP) dan cut loss (CL) kita di mana.

2.Mudah diingati

Sangat mudah diingati kerana nama chart tersebut memang kena dengan bentuk atau pattern yang terhasil.

Antaranya:

  1. Head & shoulder
  2. Double bottom
  3. Cup & handle

3.Forecasting method

Jika korang hanya gunakan indicator semata-mata tak kisahlah guna Relative Strength Index, MACD ataupun yang lain maka korang tak dapat tahu dan tak boleh nampak sejauh mana harga saham boleh turun atau naik.

Sebabnya indicator adalah lagging.

Lagging bermakna analisis berdasarkan pergerakaan harga saham yang sudah berlaku. Daripada situ, ter’generate’ sesebuah indicator.

Berbeza dengan chart pattern, ia boleh jadi forecasting method (ramalan).

Dalam forecasting selain daripada chart pattern ada juga cara lain iaitu menggunakan Fibonacci, Elliott wave, volume price analisis dan banyak lagi.

Basic Chart Pattern

Chart Pattern

Berdasarkan gambar rajah di atas, bermula dengan sepanjang point A adalah sideway kemudian pada point B telah berlaku breakout.

Seterusnya pullback berlaku pada point C dan kemudian harga saham menaik semula.

Sebelum korang nak beli saham, kenal pasti kat mana point A,B dan C.

Korang tau tak kat mana potensi point kita patut beli ?

Chart Pattern

Kat point berwarna merah itulah potensi traders akan beli.

Senang cerita pattern A,B dan C adalah pattern yang standard untuk kita ketahui.

Pembahagian Chart Pattern

 1. Reversal

Kebiasaannya reversal pattern berada di penghujung trend.

Kalau sebelum ini uptrend dan apabila nampak pattern reversal, lepas tu dah complete kemudian breakout dan ke bawah.

Maka pattern akan berubah kepada downtrend.

Chart Pattern
Kredit gambar: www.reddit.com

Begitu jugalah apabila tengah downtrend dan nampak pattern reversal, lepas tu dah complete kemudian breakout dan ke atas.

Maka pattern akan berubah kepada uptrend.

2. Continuation

Kalau pattern sebelum ini downtrend kemudian berlaku breakout maka trend akan terus ke bawah dan meneruskan downtrend.

Kredit gambar: www.reddit.com

Sebaliknya apabila pattern sebelum ini uptrend kemudian berlaku breakout maka trend akan ke atas dan meneruskan uptrend.

3. Bilateral

Pattern yang tak tentu, boleh jadi ke atas (uptrend) dan boleh jadi ke bawah (downtrend).

Kredit gambar: www.reddit.com

Kalau korang perasan dalam gambar rajah untuk setiap jenis pattern ada tertera rujukan untuk korang letakkan target (target price), entry (entry price) dan stop (cut loss).

Harapnya korang faham dan sekiranya korang ada sebarang persoalan, jangan malu untuk bertanya dengan team Mahersaham.

website, Facebook, Twitter, Instagram ,Youtube, Telegram

Jangan lupa juga untuk follow dan like media sosial kami.

Semoga bermanfaat!


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami