Cara Guna Candlestick Analisis
Apa itu Candlestick Analisis?
Pada tahun 1724–1803 Candlestick Analisis telah digunakan oleh Munehisa Homma yang merupakan seorang rice trader atau peniaga beras di Jepun.
Beliau menggunakan candlestick analisis ini untuk mengetahui turun naik harga beras pada waktu itu.
Mengikut sejarah, jarak di antara Munehisa Homma dan tempat bekalan beras pada masa itu agak jauh.
Untuk beliau mendapatkan analisis yang tepat dia memerlukan data harga pasaran (market price) yang pantas.
Seperti yang kita tahu, pada zaman itu, tiada telefon dan internet untuk dapatkan real time data.
Agak-agak korang, macam mana nak dapatkan data dengan pantas pada masa itu ??
Apa yang dilakukan oleh Munehisa Homma adalah, beliau meletakkan seorang wakil pada tempat bekalan beras dan beberapa orang lagi wakil pada setiap jarak yang ditentukan sehinggalah berdekat dengan rumahnya.

Melalui cara tersebut, beliau boleh mendapatkan maklumat mengenai harga semasa beras ketika itu. Daripada data itu, beliau rekod dan gunakan candlestick analisis untuk menjadi seorang peniaga beras yang berjaya di Jepun.
Ketika Bursa telah wujud di barat, mereka masih lagi menggunakan line chart dan bar chart.
Steve Nison telah membawa candlestick analisis ke Barat dan sejak itu orang ramai telah menggunakan candlestick analisis sebagai ganti kepada line chart dan bar chart.
Pernah tak korang terpikir, kenapa orang ramai bertukar kepada candlestick analisis? Kenapa tak gunakan line chart dan bar chart sahaja??
Bagaimana pembentukan candlestick berlaku?
Seperti yang kita tahu candlestick ada dua jenis iaitu candlestick bullish (hijau) dan candlestick bearish (merah).
Candlestick Bullish
Ia berlaku apabila harga pembukaan (open price) lagi rendah daripada harga penutup (close price).
Saya ambil contoh satu kaunter ni (rujuk gambar di bawah).
Sebelum itu, sedikit info mengenai apa yang ada di dalam kotak merah :
O: Open price
H: High price
L: Low price
C: Close price

Sekarang korang fokus pada pembentukkan candlestick yang berada di dalam kotak hitam.
Pada 10 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga RM10.32 ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga RM 11.20 (gambar sebelah kanan).
Disebabkan close price lagi tinggi daripada open price maka terbentuklah candlestick bullish.
Candlestick Bearish
Ia terjadi apabila harga pembukaan (open price) lagi tinggi daripada harga penutup (close price).
Saya ambil contoh kaunter yang lain pula (rujuk gambar di bawah).

Kali ini korang fokus pula pada pembentukkan candlestick di dalam kotak berwarna hitam.
Pada 19 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga 0.205 sen ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga 0.180 sen (gambar sebelah kanan).
Disebabkan close price lagi rendah daripada open price maka terbentuklah candlestick bearish.
Mudah bukan untuk mengetahui pembentukkan candlestick ini. Harap korang dapat belajar sesuatu yang baru hari ini.
Candlestick Pattern
Candlestick Pattern terdiri daripada open, high, low, close yang terpapar pada chart.
Terdapat beberapa pattern tertentu yang menyebabkan candlestick pattern ini menjadi satu teknik dan strategi mengkaji pasaran (market) yang power.
Ada yang menyatakan ada berpuluh-puluh pattern, ada juga yang menyatakan ada beratus-ratus pattern namun korang jangan risau, tak perlu pun nak hafal semua jenis pattern ni.
Apa yang kita perlu adalah memahami psikologi di sebalik candlestick pattern ini. Fuhhh lega sikit.
Kepentingan Candlestick
1.Leading Indicator
Terdapat pelabagi indicator yang wujud dalam dunia ini dan kita boleh bahagikan kepada leading indicator dan lagging indicator.
Lagging indicator bermaksud price action atau transaksi ataupun chart berlaku dahulu baru kita akan lihat naik turun pada indicator.
Leading indicator pula bermakna kita cuba meramalkan peristiwa dan trend masa depan dalam pasaran.
2.Nampak lebih cantik berbanding line chart atau bar chart
Kita boleh visualize secara cantik, sekiranya untung candlestick berwarna hijau ataupun putih dan sekiranya rugi candlestick berwarna merah ataupun hitam.

3.Dapat membuat trading plan berdasarkan candlestick
Pembentukkan Candlestick
1. Open , High, Low, Close
2. Shadow / Wick / Ekor
3. Body
Korang boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk kenal pasti kedudukan Open , High, Low, Close, Shadow / Wick / Ekor dan body.


Jenis Candlestick Pattern
Terdapat dua jenis candlestick pattern yang ada iaitu simple dan complex.
1. Single candlestick
Kalau korang rujuk dalam wikipedia terdapat pelbagai jenis single candlestick namun artikel kali ini kami akan kupas jua jenis sahaja.
Kerana dua jenis single candlestick ini antara yang kita perlu untuk cuba untuk fahami.
– Doji (Ketidakpastian)

Doji tidak mempunyai body, kalau adapun body terlalu kecil. Boleh rujuk gambar rajah di atas.
Bila anda melihat jenis candlestick Doji ini bermakna market sedang tidak pasti.
Buyer dan seller ataupun demand dan supply sama-sama kuat ketika itu. Senang kata sentimen Bullish dan Bearish lebih kurang sama ketika itu.
– Marubozu

Ia merupakan tanda strong candle and strong sentimen, merujuk gambar rajah di atas, kalau candle putih atau hijau merujuk kepada strong ke arah bullish manakala candle hitam atau merah merujuk kepada strong ke arah bearish.
2. Complex candlestick
Ia merupakan combination candlestick daripada single candlestick.
Jenis Pattern
1.Continuation (Kekal pada arah tuju market)

– Three white soldiers (market uptrending)

– Three black crows (market downtrending)
2.Reversal (Mengubah arah tuju market)

– Morning star daripada downtrend akan berubah arah kepada uptrend.

-Evening star daripada uptrend akan berubah arah kepada downtrend.

-shooting star daripada uptrend akan berubah arah kepada downtrend.
-inverted hammer (gravestone dan dragonfly) daripada downtrend akan berubah arah kepada uptrend.

– hammer daripada downtrend akan berubah arah kepada uptrend.
-hanging man daripada uptrend akan berubah arah kepada downtrend
Combination Dengan Indicator
1.Oversold dan Overbought
Mencari reversal pattern :-
- Morning star
- Evening star
- Shooting star
- Hammer
- Inverted hammer
- Hanging man
2.Momentum
Mencari continuation pattern:-
- Three white soldiers
- Three black crows
Semoga bermanfaat!
Korang juga boleh baca artikel di bawah ini untuk lebih memahami indicator candlestick analisis:-
Sejarah dan kepentingan candlestick
Cara analisis saham menggunakan 11 candlestick pattern paling power
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !