cara guna bigpay

Cara Guna BigPay – Prepaid Mastercard

BigPay – Prepaid Mastercard

Okay sebelum ini saya ada kongsikan artikel tentang BigPay iaitu kad prepaid mastercard yang diperkenalkan oleh Tony Fernandes, Air Asia.

Jadi hari ini saya nak kongsikan pula cara guna Bigpay Prepaid Mastercard ini.

Selepas anda Sign Up mengikut langkah yang saya telah tunjukkan sebelum ini, dalam 3-7 hari kad Bigpay akan dipos ke alamat kediaman anda.

Macam mana, korang dah cuba ke?

Selepas terima kad Bigpay, activatekan kad tersebut ya di Aplikasi BigPay anda.

Seperti yang saya sudah kongsikan, jika anda masukkan kod ‘UXMHZGUMGT’ semasa daftar anda akan dapat RM10 Percuma terus dikreditkan ke dalam kad BigPay anda.

Sekarang jom saya kongsi cara guna bigpay.

Cara Guna BigPay

1. Topup Akaun BigPay

cara guna bigpay

Anda boleh membuat tambah nilai ke akaun BigPay dengan cara klik pada simbol (+). Kemudian masukkan nilai yang ingin anda topup. Contoh RM50. Dan pilih cara pembayaran sama ada secara:

  • Credit / Debit Card
  • Bank Transfer (Online Banking)
  • Cash di 7-eleven (ada caj 2% +RM1)

Sehinggalah anda selesai masukkan kod TAC di SMS bagi online banking dan debit card, sekarang anda sudah pun berjaya top up akaun BigPay anda.

2. Link AirAsia BigPoint

cara guna bigpay

Sila link kan kad Bigpay anda dengan Air Asia BigPoint untuk kumpul mata ganjaran setiap kali berbelanja.

Mata BigPoint boleh ditebus untuk mendapatkan diskaun tiket penerbangan Air Asia.

3. Fungsi Pembayaran BigPay

Terdapat 6 fungsi yang anda boleh gunakan di BigPay.

  • Kirimkan atau minta duit sesama pengguna Bigpay secara transfer
  • Split bill iaitu berkongsi bayaran sesama pengguna BigPay
  • Buat bayaran menggunakan QR Code iaitu secara E-wallet
  • Bank transfer ke akaun bank di Malaysia dan Oversea seperti Online Banking
  • Bayar bil elektrik, bil air, Postpaid, Internet, Astro, Courts Mammoth dan Indah Water
  • Dapatkan BigPay Life Insurance serendah RM30 setahun mengikut pakej yang disediakan.

4. Freeze Card

Tahukah anda, di aplikasi BigPay juga telah disediakan fungsi Freeze kad jika berlaku perkara tak diingini seperti kad hilang atau dicuri.

Jadi dengan ON kan fungsi Freeze, tiada sebarang transaksi dibenarkan.

Kemudian anda boleh laporkan pada team support Bigpay melalui Aplikasi BigPay. Nanti Support BigPay akan bantu.

5. Analytics

Aplikasi BigPay turut merekodkan setiap transaksi yang anda belanjakan pada menu Analytics.

Jadi setiap bulan anda boleh semak setiap duit yang keluar. Dari sini juga anda dapat kawal perbelanjaan bulanan.

Jika ada yang guna kad BigPay anda tanpa pengetahuan juga, anda boleh kesan daripada Aplikasi BigPay ini.

Kesimpulan

Jadi gunakanlah BigPay sebaiknya dan rancang perbelanjaan anda dengan cermat dan berhemah.

Anda berminat nak belajar banyak lagi perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar dulu CDS bersama saya.

Masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts