Cara Fahamkan Konsep Support Dan Resistance Dengan Mudah

Support dan resistance adalah satu  asas yang wajib diketahui ramai sebelum memahami dunia saham itu sendiri.

Apa Itu Support

Support adalah tempat dimana harga tidak jatuh lagi dan pantul untuk naik. Disitulah paras di mana seller tidak lagi push harga untuk jatuh kerana buyer cuba menguasai paras tersebut untuk push naikkan harga.

Contohnya kalau harga jatuh kena pada Support. Kemudian ia pantul semula untuk naik keatas. Itu adalah dikira paras Support yang kuat.

Apa Itu Resistance

Resistance adalah paras di mana harga yang menjadi halangan untuk naik. Jika pecah Resistance ia akan naik lagi. Jika tidak berjaya pecah ia akan kembali mencari Support.

Maksudnya bila harga naik dan kena pada paras Resistance ni, ia kena pecahkan halangan dulu iaitu Resistance tadi.

Selagi mana halangan atau tembok ini tak berjaya pecah, maka harga akan pantul semula ke bawah untuk cuba pecahkan halangan Resistance sehingga berjaya.

Konsep Support dan Resistance

Untuk fahamkan Support dan Resistance dengan lebih mudah, kita gunakan konsep rumah. Rumah ni ada 3 tingkat (Ground Floor, Level 1 dan Level 2).

Ground Floor adalah sebagai Support iaitu asas kukuh pembinaan rumah tersebut. Asas ni dipanggil sebagai Support. Sama juga dalam saham, maksudnya Support paras harga tu kena kukuh.

Kalau harga saham Pecah Support, maka ia akan jatuh ke dalam tanah.

Silap-silap rumah anda sekali runtuh. Sebab itu asas pembinaan rumah adalah lantai yang kukuh. Begitu juga dengan harga saham.

Level 1 dan level 2 adalah Resistance atau halangan yang kuat. Maksudnya dalam konsep sebuah rumah kita nak pecahkan halangan di bahagian atas iaitu syiling kita.

Seterusnya kita ambil contoh bola. Contohnya kita baling bola ke syiling.

Bola itu akan pantul balik ke bawah iaitu lantai. Betul tak? Itulah konsep Support dan Resistance.

Konsep bola ini adalah, bila bola tak berjaya pecahkan syiling maka bola akan pantul balik ke bawah mencari Support yang kukuh sebelum ia pantul semula keatas.

Begitu juga dalam saham, bila tiada momentum, saham akan jatuh mencari Support dahulu sebelum buat pullback untuk naik lagi.

Resistance menjadi ‘New Support’

Tapi jika bola yang kita baling itu tidak pantul ke bawah kerana disebabkan balingan kita kuat dan menyebabkan syiling di level 1 pecah.

Maksudnya apa yang kita kena faham disini adalah bila pecah, resistance menjadi ‘New Support’ atau biasa orang kata ‘Resistance become Support’ (RBS).

Tadi kita tahu Level 1 menjadi RBS.

Kemudian kita baling lagi bola untuk pecahkan level 2 pula. Tapi syiling level 2 konkritnya terlalu kuat jadi bola itu akan melantun balik mencari support iaitu di level 1.

Bila dah banyak kali bola melantun cuba pecahkan resistance, sampai satu masa bola akan berjaya pecahkan Level 2.

Level 2 akan menjadi RBS sama macam proses masa nak pecahkan level 1 tadi.

Keadaan ini akan berulang-ulang dalam saham. Sebab itu selalu dengar ‘History repeat Itself’.

Maksudnya pergerakan saham akan bergerak mengikut sejarah apa yang pernah berlaku keatas harga saham syarikat tersebut.

Kesimpulan

Jadi Konsep Support dan Resistance ini amat penting untuk  kita hadam baik-baik kerana dengan Support Resistance ini kita akan tahu potensi sesuatu harga saham itu boleh naik lagi atau jatuh.

Bagi yang masih belum ada akaun CDS Mplus boleh buka akaun CDS secara Percuma di https://www.mahersaham.com/borangcds/

Boleh tonton video Support dan Resistance yang telah kami sediakan ini.

Semoga Bermanfaat!


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau hubungi kami sekarang

https://app.mahersaham.com/chat

https://app.mahersaham.com/chat

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami