Cara Download Bank Statement

Cara Download Bank Statement Mohon Akaun CDS

Syarat Mohon Akaun CDS

Untuk mohon Akaun CDS bersama Mahersaham anda perlu sediakan 2 dokumen softcopy:

  1. IC Depan Belakang
  2. Bank Statement

Biasanya bahagian Bank Statement ramai yang buat silap. Nampak mudah tapi bila dah salah nanti akan menyebabkan proses Akaun CDS anda ambil masa lebih lama untuk siap.

Jika anda silap Upload Bank Statement, Mplus akan reject borang anda dan anda perlu buat pembetulan semula.

Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku berulang kali, dalam artikel ini akan tunjukkan cara Downlaod Bank Statement dengan betul.

Artikel kali ini tunjukkan langkah untuk Bank Statement Maybank dan CIMB sahaja.

 

Cara Download Bank Statement Maybank

 

Pertama, Login di Maybank2u anda.

Cara Download Bank Statement

 

Kemudian klik pada ‘View Statement’ dan Download Bank Statement yang paling terkini. Anda boleh pilih tarikh Bank Statement yang anda mahu.

Cara Download Bank Statement

 

Bila dah Download Bank Statement pastikan ada 3 Details utama ini:

  1. Nama Penuh Pemohon
  2. Nama Bank
  3. Nombor Akaun Bank

Cara Download Bank Statement

Bank Statement ini biasanya memang banyak helaian. Anda tak perlu ambil semula page. Cukup hanya Screenshot Page 1 sahaja.

Pastikan ada 3 details Utama (Nama Penuh, Nama Bank, Nombor Akaun Bank). Kemudian upload di borang Online CDS Mplus.

Ingat! Jika tak lengkap 3 details tadi Borang CDS anda akan direject oleh Mplus kerana tak lengkap maklumat yang anda berikan.

 

Cara Download Bank Statement CIMB

Cara Download Bank Statement Maybank

 

Langkah-langkah untuk Bank Statement CIMB juga lebih kurang sama dengan Maybank. Login di Cimb Clicks.

 

Kemudian klik View/Download eStatement > Download as PDF.

 

Selepas siap Download, pastikan dalam Bank Statement anda WAJIB ada details:

  1. Nama Penuh Pemohon
  2. Nama Bank
  3. Nombor Akaun Bank

Anda hanya perlu serta 1 helaian sahaja pada bahagian yang ada details Nama Penuh Anda, Nama Bank dan Nombor Akaun Bank anda untuk semakan dan pengesahan Mplus.

Sekiranya tiada 3 details tersebut Borang CDS anda akan direject oleh Mplus kerana dikira tidak lengkap maklumat yang anda berikan.

 

Kesimpulan

Yang  PENTING  dalam Bank Statement ini perlu ada:
1. Nama Penuh Anda
2. Nama Bank
3. No Akaun Bank Anda

Tak perlu risau, jika akaun anda tak aktif transaksi tak menjadi masalah. Mplus cuma perlukan 3 details tersebut untuk tujuan pengesahan sahaja.

Kalau tidak cukup 3 details ini, Mplus akan reject borang anda dan anda perlu buat pembetulan semula.

Jadi untuk memudahkan proses CDS pastikan ikut langkah-langkah cara Download Bank Statement yang telah saya terangkan dalam artikel ini.

Semoga bermanfaat.

Jika belum ada Akaun CDS Mplus boleh terus buka di akauncds.com

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat. Artikel ini ditulis oleh Shafiqah.

 

Similar Posts