|

Cara Detect Market Rebound

Kali ini kita belajar 2 jenis PATTERN dalam TEKNIKAL ANALISIS yang para trader akan detect MARKET akan rebound.

Sebenarnya banyak lagi tapi kali ini bagi 2 je dulu. Kalau bagi semua nanti pening lalat pulak.

Sebelum tu kita fahamkan dulu apa itu teknikal analisis (TA) dan fundamental analisis (FA).

TA – Kaji kesan pergerakan harga
FA – Kaji kenapa pergerakan harga berlaku

2 PATTERN itu adalah :

1. BULLISH HARAMI

Candlestick dalam keadaan downtrend dan kita boleh lihat candle positive yg kecil bakal terbentuk.

Ini menunjukkan ia mungkin akan UPTREND semula selepas transaksi SELL telah berlaku dan mungkin diakhir2 SELL.

So kita sebagai trader boleh mula untuk BUY. Namun begitu buat dulu sedikit kajian berapa ENTRY POINT yang anda inginkan.

TAKE PROFIT dan juga STOP LOSS.

2. BULLISH ENGULFING

Dari gambar kita boleh lihat adanya MARUBOZU (LIHAT GAMBAR KE 3 untuk tahu macam mana MARUBOZU) di bottom itu maskudnya adalah kombinasi BULLISH ENGULFING.

So disini bagi trader meraka faham bahawa SELL hampir tamat dan market akan mula UPTREND.

Disini lah JERUNG akan mulakan operasi mereka untuk BUY. So kita sebagai bilis ini ambil peluang dimasa JERUNG MELAKUKAN aktiviti diorang.


Candlestick Analisis

Dua pattern seperti yang ditunjukkan di atas adalah sebahagian daripada topik Candlestick Analisis, seperti yang terkandung dalam Advance Online Coaching untuk Mahersaham Premium.

Candlestick Analisis adalah kajian candlestick, salah satu jenis chart yang banyak digunakan oleh para pelabur dalam proses mereka menganalisa saham.

Untuk tahu jenis-jenis chart yang ada selain daripada chart jenis candlestick, tuan puan boleh rujuk di sini.

Kesimpulan

Para pelabur seharusnya menyediakan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan analisa.

Ini membolehkan mereka memahami pergerakan pasaran dan faktor-faktor yang menggerakkan pasaran dengan lebih mendalam dan hasilnya mereka akan lebih yakin dengan Trading Plan hasil kajian mereka sendiri.

Cara untuk detect market rebound juga merupakan salah satu daripada analisa yang boleh dilakukan untuk membantu dalam memahami pergerakan pasaran.

Pengetahuan dan analisa ini akan membantu dan memudahkan keputusan pelaburan atau trading mereka.

Ambil peluang ini dan belajar dari yang TERBAIK!!. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.