Cara Mendapatkan Penyata Bank-Cimb Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haiii…

Korang apa khabar hari ini?

Harap korang sihat dan sentiasa sihat bersama yang tersayang.

Jom kita belajar cara untuk dapatkan penyata bank korang.

Pastikan korang menggunakan CIMB bank kalau tak nanti tak tally dengan arahan.

Bagi mereka yang buka akaun bank melalui Maybank boleh baca artikel Cara Mendapatkan Penyata Bank Maybank.

Baik jom kita mula.

Sebelum itu, korang nak tahu tak apa itu penyata bank?

Penyata Bank

Secara ringkasnya,ia merupakan satu dokumen kewangan.

Dokumen ringkasan aktiviti kewangan si pemegang akaun secara bulanan.

Siapa yang menyediakan penyata ini?

Biasanya disediakan oleh pihak bank.

Jika korang buka akaun CIMB bank maka pihak CIMB bank yang bertanggungjawab untuk sediakan penyata akaun korang.

Apa fungsinya?

Sudah pasti ia disediakan untuk memberi tahu pemegang akaun ringkasan aktiviti kewangan mereka setiap bulan.

Pemegang akaun (kita) dapat mengesan semula (retrace) keluar masuk duit dalam akaun bank.

Memudahkan kita untuk mengurus kewangan.

Di mana nak dapatkan penyata akaun ni?

Jom ikuti di bawah langkah ini.

Pertama : Korang taip https://www.cimbclicks.com.my/ di mana-mana web browser yang korang gemar.

Cimb Bank
Kredit gambar: Google

Kedua: Korang masukkan username dan password

Cimb Bank

Ketiga : Korang klik services dan pergi bahagian eStatements kemudian klik view estatements.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Cimb Bank
Kredit gambar: CIMB

Lepas tu, paparan macam ni akan keluar di skrin korang.

Keempat: Boleh search bulan berapa korang nak tengok penyata bank.

Contoh nak tengok bulan Febuari 2021, korang klik lah bulan tersebut dan klik ikon search.

Selepas itu korang boleh download file seperti paparan di bawah ini.

Dah siap!

Ini adalah gambar file yang korang telah download sebentar tadi.

Kesimpulan

Lepas ni korang bolehlah mengesan perbelanjaan korang melalui penyata akaun bank masing-masing.

Dokumen ini nampak simple tetapi ia memegang semua aktiviti keluar masuk duit korang dalam bank.

Selain itu korang juga boleh memohon IPO melalui CIMB Bank.

Cara Memohon IPO melalui Online Banking CIMB.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts