Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera
Terdapat 2 cara untuk memohon IPO di Bursa Malaysia bagi pelabur Bumiputera. Pertama boleh mohon melalui Online banking dan kedua melalui website MITI.
Artikel kali ini akan tunjukkan cara daftar MITI untuk Bumiputera sebelum anda boleh mula mohon IPO MITI.
Dan bagi pelabur Bumiputera yang sudah ada akaun MITI perlu membuat tetapan semula password (reset password) untuk masuk ke sistem baru portal miti.
Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera
Pertama: Pergi ke log masuk website miti di https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login
Kedua: Klik daftar pelabur, pilih kategori anda sama ada daftar untuk individu, syarikat, koperasi atau yayasan.

Ketiga: Lengkapkan maklumat peribadi anda untuk daftar sebagai pelabur di MITI. Selepas isi semua maklumat diri, tick pada kotak pengakuan dan hantar.


Keempat: Muat naik gambar kad pengenalan depan dan belakang anda.

Kelima: Selesai isikan kesemua maklumat diri, tick pada kotak pengakuan dan hantar.

Keenam: Permohonan anda sudah berjaya dihantar. Semak emel anda dan tunggu pendaftaran diproses dalam tempoh 5 hari waktu bekerja sama ada diterima atau ditolak.

Selesai!
Kesimpulan
Selepas siap daftar MITI dan terima emel pengesahan dari miti, kini anda sudah boleh mula mohon ipo MITI.
IPO MITI yang sedang dibuka sekarang adalah SIAB Holding Berhad permohonan dibuka sehingga 16 Disember 2021.
Untuk memohon IPO saham miti, anda wajib ada akaun CDS terlebih dahulu.
Jika belum ada akaun CDS daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.