|

Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template

Trading View Tu Apa Ya?

Assalamualaikum dan hai! Hari ni saya akan share artikel pembelajaran untuk anda semua. Artikel mengenai cara daftar akaun trading view dan template. Sebelum tu apa itu trading view?

Trading View adalah satu charting tools untuk kita membuat kajian Technical Analysis. Selain trading view kita juga boleh menggunakan Share Investor, Bursa Station, Malaysiastock.Biz, KLC Screener dan salah satu nya ialah Trading View.

Daftar Percuma Akaun TradingView!

KLIK LINK DI BAWAH

https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Langkah pertama yang anda perlu buat untuk belajar mengenai trading view adalah anda boleh klik link tersebut untuk mendaftar akaun trading view secara percuma dan klik SIGN OUT!

Di sini anda boleh masukkan email anda untuk mendaftar dan isi beberapa perkara penting yang diperlukan.

Akaun Trading View

Okey, selepas anda mendaftar anda boleh pergi ke button MS untuk menukar language kepada Bahasa Melayu seperti gambar di atas.

Untuk pengetahuan anda..platform trading view ini juga boleh dibuka dengan menggunakan telefon. Download saja apps trading view di Playstore dan App Store.

Cara Setting Trading View

Akaun Trading View
https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Langkah seterusnya..anda klik pada carta seperti gambar di atas dan ia akan muncul chart trading view. Kepada yang baru first time buka akaun trading view dia memang akan muncul kaunter Apple.

Akaun Trading View
https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Klik pada Apple di trading view ni dan cari simbol glob (pilih pertukaran) untuk menukar kepada BURSA MALAYSIA MYX

Akaun Trading View
https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Dan…akan keluar syarikat dan kaunter-kaunter di dalam Malaysia seperti gambar di atas. Di sini anda boleh pilih kaunter mana yang anda nak buat kajian.

Akaun Trading View

Selepas memilih kaunter, anda boleh pergi kepada simbol yang ada gambar lilin seperti di atas dan pilih candlestick (lilin) untuk pemilihan bentuk candle anda.

Akaun Trading View

Untuk timeframe pula, anda boleh pilih 1D iaitu satu hari seperti gambar di atas.

Anda juga boleh memilih timeframe untuk weekly atau monthly di trading view anda mengikut kajian yang anda ingin lakukan.

Petunjuk & Strategi

Akaun Trading View

Seperti yang anda lihat gambar di atas, ini ialah penujuk dan startegi. Klik pada simbol fx untuk anda pilih penunjuk dan strategi anda.

Di sini anda boleh pilij untuk menggunakan sama ada Stochastic, Moving Average dan juga MACD Strategy di trading view anda.

Akaun Trading View
https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Seperti gambar yang korang lihat di atas, penunjuk dan strategi yang dipilih akan muncul di bawah dan di atas di antara chart tersebut.

Di sini korang dapat lihat pergerakan graf itu mengikut harga semasa saham.

Akaun Trading View
https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial

Seterusnya, di dalam chart korang ni korang boleh masukkan untuk kewangan. Sebagai contoh, korang boleh pilih untuk tahu mengenai total revenue, operating expenses, PE ataupun ROE.

Akaun Trading View

Seterusnya kita pergi kepada features pemberitahuan. Korang boleh klik dekat simbol jam seperti dalam gambar di atas.

Di sini korang boleh buat alarm untuk korang alert dengan harga semasa saham kaunter yang korang masuk.

Akaun Trading View

Sebagai contoh, sila rujuk gambar di atas di ruangan mesej ini anda boleh menulis mesej BIMB MERENTASI 4.120.

Selain itu, anda juga boleh setting alarm ini untuk di hantar terus kepada e-mail anda dan juga memberitahu melalui aplikasi.

Dengan wujudnya features ini anda dapat mengetahui jika harga saham sudah mencapai TP (target price) ataupun jatuh kepada paras CL (cut loss). Ia memudahkan anda untuk membuat trading plan.

Setting Template Trading View

Untuk setting template trading view anda boleh pergi dekat susun atur carta seperti yang terdapat dalam kotak merah dalam gambar di atas. Select unnamed dan pilih namakan semula.

Haaa..dekat namakan semula ni anda boleh memasukkan nama anda. Sebagai contoh Abu ke..Senah ke atau lain-lain.

Functionnya ialah supaya anda mempunyai template trading view sendiri jika anda berkongsi 1 platform trading view bersama 2 atau 3 orang kawan anda yang lain.

Lepas nie..jika nak buat kajian anda boleh menggunakan trading view anda sendiri.

Kepada korang yang nak buat kajian berkaitan Indeks FBMKLCI korang boleh search FBMKLCI dan tukar kepada indeks.

Berdasarkan gambar di atas, korang juga boleh pilih jika nak buat kajian berdasarkan sektor-sektor lain dalam Bursa Malaysia.

Okey Tuan-tuan dan puan-puan…untuk last sekali dalam pengajian kali ini ialah mengenai menerbitkan.

Seperti yang anda lihat gambar di atas, anda boleh klik pada features menerbitkan. Functionnya adalah jika anda mempunyai sebarang idea yang anda ingin letakkan dalam template anda atau sebarang rujukan untuk masa akan datang anda boleh buat apa-apa nota untuk anda terbitkan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dengan menggunakan trading view anda dapat membuat kajian dengan lebih baik terhadap sesuatu kaunter atau syarikat yang ingin dilabur.

Jangan lupa untuk mendaftar akaun trading view secara percuma dan belajar dengan lebih banyak lagi mengenai trading view.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts