Cara Cek Keputusan IPO

Cara Cek Keputusan IPO

Initial Public Offering-IPO

Trend sekarang ramai rakyat Malaysia telah tahu tentang IPO. Ikutkan dulu tak ramai pun tahu pasal IPO.

Sekarang ada sahaja IPO yang ramai mohon. Sampaikan ada IPO tersebut yang Oversubscribe.

Tahniah saya ucapkan kerana anda tahu salah satu cara buat duit dalam saham iaitu melalui IPO.

Kat mana nak mohon IPO?

IPO boleh dimohon melalui dua cara iaitu di MITI dan online banking.

Yang di miti anda boleh login website saham miti online terus boleh cek keputusan IPO.

Untuk online banking biasanya ramai akan tanya saya macam mana cara cek keputusan IPO?

Siapa kendalikan IPO?

Pertama IPO ini dikendalikan oleh dua issuing house iaitu

  1. TIIH – Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd
  2. MIH -Malaysian Issuing House Sdn Bhd

Jadi untuk IPO yang anda mohon, boleh cek dulu sama ada di bawah TIIH atau MIH. Jika di bawah MIH anda perlu call untuk tanya keputusan IPO anda.

Cara Cek Keputusan IPO di TIIH

Pertama anda pergi ke website TIIH.

Kedua pastikan IPO tersebut di bawah TIIH. Caranya klik Past IPOs.

Jika klik past IPO akan keluar senarai IPO di bawah TIIH sebelum ini.

Klik press release akan keluar detail setiap IPO.

Selepas klik Press Release akan keluar senarai IPO di bawah TIIH.

Anda juga boleh cek keputusan balloting untuk setiap IPO tersebut iaitu Press Release dan basis allotment

Untuk tahu IPO terbaru klik Current IPOs.

cara cek keputusan ipo

Bila sudah klik akan keluar senarai IPO. Ingat paling penting adalah Balloting date untuk kita cek keputusan IPO yang kita mohon.

Saya ambil contoh, untuk lihat balloting date, Opening date, Closing date dan Listing date klik pada CURRENT IPOs untuk lihat.

Akan keluar tawaran yang terbaru. Contoh NESTCON BERHAD.

Tawaran di buka pada 8 jun 2021 ditutup pada 17 jun 2021 dan balloting date adalah 21 jun 2021.

Akan listing di Bursa Malaysia pada 29 jun 2021.

cara cek keputusan ipo

Semak Anda Berjaya Atau Tidak Dapat IPO Melalui Tiih Online

Contoh saya nak  cek untuk IPO PEKAT GROUP BERHAD. Biasanya boleh cek sehari sebelum listing date.

Jadi saya akan klik pada balloting results

cara cek keputusan ipo

Jadi disitu ada tulis contoh NESTCON boleh cek pada 28 jun 2021 sehari sebelum listing dan Ramssol boleh cek pada 12 julai 2021 sehari sebelum listing (ada tulisan merah diatas tempat letakkan ic tersebut).

Kemudian masukkan ic anda dan klik search. Disitu akan keluar semua detail.

cara cek keputusan ipo

Ini contoh saya cek untuk Pekat Group Berhad. Jika Berjaya akan terpapar berapa unit anda dapat.

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Kesimpulan

Anda nak belajar IPO?

Itu adalah salah satu silibus bonus dalam kelas Supertrader.

Namun begitu mahersaham tidak lagi buat kelas berbayar. Kelas Supertrader hanya untuk client Tuan Maher Alias sahaja.

Jika anda serius nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS dan selepas akaun siap detail akan dimaklumkan dalam group client nanti.

Similar Posts