Cara- Cara Menjalankan Analisa Saham Melalui Aplikasi StockHunter

Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk melakukan scan atau memilih kaunter saham untuk dibeli. Untuk permulaan, ia agak sukar kerana anda belum mengenali kaunter saham yang ada. Jadi banyak ‘homework’ yang anda perlu lakukan untuk memilih kaunter yang benar-benar berpotensi untuk memberikan keuntungan.

Kalau anda berjaya menjadi independent tanpa mengharapkan sebarang cadangan atau buy call dalam pasaran saham, anda dah kira level otai. Salah satu cara yang kami boleh cadangkan untuk kegunaan anda membuat market screening ialah melalui aplikasi StockHunter.

Sebelum itu, jika anda belum mempunyai aplikasi ini, sila download terlebih dahulu di Google Play Store. StockHunter merupakan dibina khas untuk saham tempatan jadi anda mempunyai akses terhadap maklumat semua kaunter yang didagangkan di Bursa Malaysia. Nak tahu aplikasi lain berkaitan saham yang wajib ada dalam smartphone anda? Rujuk disini.

3 Features Utama StockHunter

Aplikasi ini kerap digunakan untuk para pelabur melakukan stock screening, berita semasa saham juga market overview. Kami kupaskan dahulu guideline untuk anda gunakan kemudahan market screening.

Market Screener 

  1. Pilih ‘Hunt’ diruang paling kiri bawah.
  2. Pilih ‘Drop down button’

Disini anda mempunyai pilihan untuk menyaring kaunter mengikut kategori yang disukai sama ada Hot, Trend, Growth, Top, Report, Momentum, Sector, Fundamental, Dividend, Warrant.

Setelah anda memilih mana-mana saham yang dikehendaki, paparan layout akan menunjukkan maklumat-maklumat penting yang diperlukan untuk kajian anda. Sebagai contoh, rujuk screenshot dibawah untuk saham Pesona beserta penerangan.

1. Nama Kaunter

2. Kod Kaunter

3. Simbol ‘S’ Untuk Kaunter Patuh Syariah

Rujuk disini untuk mengetahui bagaimana Majlis Penasihat Syariah menetapkan sesebuah kaunter itu halal atau haram untuk melabur.

4. Merujuk Pada Permulaan & Pengakhiran Kewangan Syarikat

Akta Syarikat 2016 tidak menyatakan tarikh di mana suatu tahun kewangan akan bermula atau berakhir, maka keputusan untuk menentukan tahun kewangan, termasuk sebarang perubahan adalah sepenuhnya mengikut budi bicara syarikat. Dalam contoh ini, tahun kewangan syarikat Pesona adalah pada bulan September.

5. Sektor Perniagaan Syarikat

Semua kaunter saham dalam Bursa Malaysia dikelaskan kepada  13 kategori utama iaitu Consumer Products & Services, Industrial Products & Services, Construction, Technology, Special Purpose Acquisition Company (SPAC), Financial Services, Property, Plantation, Real Estate Investment Trusts (REITs), Energy, Health Care, Telecommunications & Multimedia. Anda mungkin berminat untuk mengetahui Prestasi Indeks Bagi Sektor- Sektor Saham di Bursa Malaysia. 

  1. Jumlah Bintang dan Bilangan Hari

StockHunter mempunyai system grading mereka yang tersendiri dimana bintang menunjukkan rating kaunter manakala bilangan hari merujuk kepada tempoh kaunter dalam trend menaik (uptrend).

7. Status Semasa Kaunter Saham

  • YearHigh – Merujuk kepada harga saham sedang menghampiri harga tertinggi tahunan.
  • QoQ – Bermaksud laporan kewangan suku tahunan meningkat berbanding quarter report yang lepas
  • YoY – Bermaksud laporan kewangan tahunan meningkat berbanding tahun kewangan yang lepas

8. Price Earning Ratio

PE Ratio adalah salah satu cara penilaian saham paling popular dalam analisis fundamental. Ia adalah nisbah antara price dan earning. Untuk kupasan lanjut mengenainya, rujuk FB Page Mahersaham.

9. Dividend Yield

Dividend Yield (DY) bermaksud pulangan dividen. Nilai DY  berubah-ubah setiap hari berasaskan harga saham. Jika harga saham naik lebih tinggi, maka lebih rendah dividend yield. Bagaimana untuk cari kaunter dividen yang bagus? Sila tonton video ini.

10. Return On Equity

11. Margin

12. Harga Semasa Saham Seunit

13. Nilai dan Peratus Kenaikan / Penurunan Saham

14. Volume diperdagangnkan Pada Hari Tersebut

Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.

News

Untuk segmen berita saham, by default ia akan memaparkan berita dalam kedua-dua bahasa iaitu English dan Mandarin. Jika anda hanya mahukan berita English, tukar option bahasa di bahagian ‘setting‘.

        

 

Market Overview

Untuk feature Market, anda dapat melihat gambaran keseluruhan prestasi pasaran dari sudut Top Volume, Top Gainer, Top Loser, Top Gainer %, Top Loser %. Top gainer % akan menunjukkan kaunter saham yang naik mengikut peratus keuntungan dimana kaunter saham ini selalunya lebih murah berbanding dengan kaunter yang tersenarai dalam top gainer. 

Kesimpulan

Pelaburan saham  memerlukan proses yang panjang. Ia bukan skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang cepat dan mudah. Jika anda malas untuk buat kajian saham, pertimbangkan semula keputusan anda untuk bergiat dalam bidang saham.

Ini kerana pasaran saham merupakan lubuk duit jika anda bijak mengambil peluang dan rajin membuat kajian. Tapi jika anda tidak berilmu dan malas membuat kajian, bidang saham hanya akan meleburkan duit anda. Cari ilmu dan sertai komuniti Super Trader Mahersaham sekarang! Anda juga berpeluang membuka akaun CDS secara percuma bersama M+.

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Video Saham Percuma

Video Saham Percuma

Daftar NEWSLETTER kami sekarang dan anda akan menerima :

- link video-video asas saham

- tips-tips saham percuma

You have Successfully Subscribed!

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Kunci kepada kejayaan pelaburan saham anda. Berminat untuk ketahui potensi sebenar Screener ini?

Tinggalkan maklumat anda di sini

You have Successfully Subscribed!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Share This