Fundamental Analisis
| | | | | |

Cara Buat Kajian Fundamental Analisis Mudah & Cepat

Apa Itu Fundamental Analisis ?

Fundamental Analisis adalah kajian terhadap maklumat kewangan untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat dan prestasinya. Sebagai contoh, sebelum melabur dalam syarikat kita perlu tahu dan kaji dahulu

1. Adakah syarikat memiliki sumber yang cukup untuk berkembang?
2. Adakah syarikat mempunyai modal yang cukup untuk melabur dalam projek baru?
3. Adakah pendapatan syarikat memenuhi jangkaan perolehan?

Oleh sebab itu, dengan melihat kepada Fundamental Analisis akan membantu pelabur mengenal pasti dan tentukan prestasi kewangan sesuatu syarikat tersebut.

4 Ratio Fundamental Analisis

1. Gross Profit Margin

Gross Profit Margin digunakan untuk mengukur hasil syarikat daripada pendapatan yang diperoleh. Cara untuk mengira Gross Profit Margin ini adalah

Gross Profit Margin = (Gross Profit / Revenue) x 100%

Contohnya Profit Margin saham DUFU adalah 17.9%.

sumber: Malaysiastock.biz

Ini bermaksud setiap RM1 pendapatan syarikat, DUFU memperoleh RM0.179 keuntungan bagi menampung perbelanjaan atau kos jualan.

Secara umumnya, boleh dikatakan semakin besar nilai Profit Margin sesuatu syarikat tersebut, semakin baik tahap kewangan syarikat itu.

2. Earning Per Share (EPS)

Earning Per Share memberi info kepada pelabur sejauh mana sesuatu syarikat itu memperoleh pendapatan dan pulangan yang mencukupi kepada pelaburnya.

Formula untuk mengira EPS adalah:

Earning Per Share = (Net Income/Number of Share) x 100 sen

Sebagai contoh, EPS saham DUFU mencatatkan 20.70 sen

Fundamental Analisissumber: Malaysiastock.biz

Ini bermaksud bagi penyata tahun kewangan DUFU yang berakhir pada 31 Disember 2019, setiap saham yang dimiliki oleh pemegang saham DUFU telah memperoleh pendapatan 20.70 sen.

Pendapatan ini boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen atau disimpan oleh syarikat sebagai retained earning bagi tujuan kembangkan lagi bisnes syarikat.

Dan ianya tetap menjadi milik pemegang saham selagi mana pelabur tersebut memegang saham DUFU.

3. Return On Equity (ROE)

Return On Equity digunakan untuk pelabur kenal pasti tahap pulangan yang akan diperoleh bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan dalam syarikat.

Sekiranya kadar pulangan yang diberikan tidak memuaskan, pelabur boleh mencari saham-saham lain yang lebih menarik Fundamental Analisis nya.

Namun apa pun bergantung jangka masa pelaburan pelabur itu sendiri sama ada mahu melabur short, mid atau long term.

Formula untuk kira ROE adalah:

Return on Equity = (Net Income/Shareholder’s Equity) x 100%

Jika lihat pada ROE saham DUFU menunjukkan 22.75%.

Fundamental Analisissumber: Malaysiastock.biz

Macam mana nak tentukan sama ada pulangan syarikat memuaskan atau sebaliknya?

Pelabur boleh buat perbandingan kadar pulangan yang diperoleh dengan pulangan yang diberikan oleh saham-saham lain atau pelaburan alternative yang lain.

Salah satu tips dari Mahersaham untuk kaji ROE syarikat yang baik adalah apabila ROE > 15.

4. Price Earning Ratio (PE)

PE Ratio menunjukkan berapa nilai yang pelabur sanggup bayar untuk memperoleh pendapatan dalam syarikat.

PE Ratio yang baik apabila PE kurang dari 15. Formula untuk kira PE Ratio adalah:

P/E Ratio = Price per Share/Earning Per Share

Jika rujuk PE Ratio saham DUFU menunjukkan 26.38

sumber: Malaysiastock.biz

Ini bermakna, saham DUFU kini dijual dengan 26.38 kali dari pendapatannya yang mana lebih besar dari 15.

Maka jika pelabur yang baru ingin memiliki saham ini pada harganya yang sekarang, RM 5.460 sudah dikira sebagai Overvalue.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pelabur jangka masa panjang terutamanya dinasihatkan wajib kaji Fundamental Analisis Syarikat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam syarikat atau tidak.

Dengan melihat 4 Kriteria Fundamental yang telah ditunjukkan ini sudah memadai untuk pelabur tentukan prestasi sesebuah syarikat sama ada mampu berkembang dan bertahan dalam tempoh yang lama atau sebaliknya.

Semoga bermanfaat!


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts