Cara Beli Saham Global (Mplus)
Dah ada akaun Mplus Global dan dah bersedia untuk membeli saham? Jom kita teruskan dengan cara nak beli saham Global menggunakan platform Mplus Global.
1. Login Aplikasi Mplus Global

Log masuk aplikasi Mplus Global. Pastikan akaun anda sudah aktif terlebih dahulu sebelum membeli saham global.
2. Cari Kaunter

Tekan ‘Market’ dan ikon ‘kanta pembesar’.

Tulis nama kaunter yang ingin dibeli dan tekan kaunter yang disenaraikan.
3. Tekan Buy

4. Pilih Order Type

Terdapat 2 pilihan untuk order type. Limit dan Market.
- Limit : Anda kena tetapkan berapa harga yang anda ingin beli di bahagian ‘price’.
- Market : Anda akan dapat terus membeli saham pada harga semasa. Jadi anda tak perlu tulis berapa harga yang ingin dibeli.
5. Tetapkan Bilangan Unit

Tetapkan bilangan unit yang anda ingin beli. Untuk pasaran global, minimum pembelian adalah 1 unit.
Perhatikan di bawah kuantiti yang ditulis terdapat ‘MAX 6’. Maximum unit yang ditetapkan ini berdasarkan berapa modal yang telah anda deposit dalam akaun Global ini.
6. Tekan Buy

Setelah memastikan harga dan bilangan saham yang ingin dibeli betul, tekan butang ‘buy’.
Kesimpulan
Langkah membeli ini bukanlah langkah pertama untuk membeli saham global. Ini kerana sebelum membuat keputusan membeli sesuatu saham global, anda hendaklah terlebih dahulu mengkaji saham yang ingin dibeli.
Nak kaji sendiri mungkin tiada motivasi, jadi jom join komuniti Mahersaham dengan mendaftar akaun global di akaunglobal.com
Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masuk disini.