|

Cara Baca Platform Mplus Global

Artikel ini akan menerangkan cara baca platform Mplus Global yang boleh didapati melalui aplikasi Mplus Global. Setelah anda mendaftar, login akaun Mplus Global anda di aplikasi Mplus Global.

Paparan Aplikasi

Ini ialah salah satu contoh kaunter di pasaran saham US yang dilihat menggunakan platform Mplus Global.

Melalui paparan ini terdapat beberapa maklumat yang boleh dibaca iaitu :

1. Harga Saham Semasa

Harga saham semasa ialah 8.04 USD. Peningkatan sebanyak 0.17 USD berbanding hari semalam bersamaan 2.15%. Warna hijau menunjukkan peningkatan berbanding hari semalam. Sekiranya berwarna ‘merah’, ini menunjukkan penurunan harga, lebih rendah berbanding semalam.

2. Tiga simbol

Tiga simbol diatas kanan menunjukkan :

  • US : Kaunter tersenarai di Pasaran US
  • Bulan Sabit : Kaunter yang patuh Shariah
  • Kilat : Nasdac Basic (LV1)

Anda juga boleh menekan simbol tersebut untuk membacanya dengan lebih detail.

3. Simbol ‘love’

Simbol love atau ‘hati’ ini ialah untuk memasukkan kaunter yang dipilih ini ke dalam ‘watchlist’.

4. Data OCHL

Data ini biasa juga kita lihat sama seperti pasaran Bursa Malaysia. Untuk membacanya juga sangat mudah, seperti berikut :

  • High : Harga tertinggi kaunter ini pada hari tersebut
  • Low : Harga terendah kaunter ini pada hari tersebut
  • Open : Harga ketika pasaran mula dibuka
  • Prev. Close : Harga tutup pada hari semalam
  • Mkt Cap : Market Capitalization : Pemasaran Modal
  • Volume : Jumlah transaksi beli dan jual pada hari tersebut

5. Quotes

Secara asas, paparan akan menunjukkan ‘Quotes’

Untuk bahagian ini, paparan menunjukkan carta untuk kaunter tersebut mengikut timeframe yang dipilih. Boleh pilih timeframe di bawah ‘bar chart volume’. Timeframe yang boleh dipilih ialah : 1D (sehari), 5D (5 hari), 1M (sebulan), 3M (3 bulan), 1Y (setahun), Max (sepanjang kaunter disenaraikan)

6. Simbol Gear

Terdapat simbol ‘Gear’ yang boleh ditekan untuk memilih ‘jenis carta’ yang ingin dilihat dan juga indikator yang digemari.

Dibawah ‘Quotes’ itu juga terdapat data :

  • bid/ask : Data level 1. Seperti di Bursa Malaysia kita lihat ‘Market Depth’ untuk layer pertama
  • Time & Sales : Jumlah pembelian atau penjual realtime bersama dengan masa transaksi tersebut berlaku. Jika tekan ‘Time & Sales’, anda akan dibawa ke paparan yang menunjukkan kesemua transaksi yang berlaku bersama dengan masa berlakunya transaksi (seperti gambar dibawah).

Anda juga boleh melihat bahagian ‘Volumes Analysis’ yang menunjukkan analisa pembelian dan penjualan unit saham tersebut. Boleh dilihat ‘ketebalan’ atau transaksi yang banyak berlaku di satu tangga harga. Seperti dalam gambar diatas, volume banyak berada di harga 28685 USD.

  • Fund Distribution

8. Profile

Dibawah menu ‘Profile’ pula, anda boleh melihat data kaunter yang dipiliah. Ada 4 pilihan data yang boleh dilihat iaitu : Financial, Overview, Actions dan ETF.

9. Buy / Sell

Butang yang paling penting sekali juga berada pada paparan ini. Untuk membeli saham tersebut, anda boleh tekan butang buy, dan tekan butang sell untuk menjual.

Untuk mengetahui cara beli saham global dengan lebih lanjut, boleh tekan artikel ini.

Kesimpulan

Mengetahui cara baca platform merupakan perkara asas dan pertama yang perlu diketahui. Apatah lagi platform Mplus Global baru sahaja dilancarkan, jadi mungkin masih ramai yang tidak familiar dengan platform ini. Tidak mengapa, alah biasa tegal biasa.

Mungkin benda ini remeh bagi yang sudah lama dalam pasaran. Namun, untuk newbie, jika anda tidak tahu membaca data yang dipaparkan, maka anda akan susah untuk membuat kajian.

Jika terdapat sebarang kesangsian, boleh baca FAQ di artikel : Cara Isi Akaun Mplus Global

Similar Posts

2 Comments

    1. Berminat nak buka akaun Global ke tuan? Kalau belum ada akaun cds boleh ke akauncds.com, kalau dah ada akaun cds, pergi ke akaunglobal.com

Comments are closed.