Cara Baca Annual Report Syarikat- Part 1
Assalamualaikum dan Hai. Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan. Moga terus bersemangat nak menuntut ilmu bersama Mahersaham. Okey, pada artikel kali ni saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara baca annual report oleh remisier kita iaitu Tuan Maher Alias.
Kalau sebelum nie live tajuk cara baca annual report ni telah diganti dengan tajuk tips dan cara menghadapi MCO. Tapi kali nie kita akan share artikel pembelajaran untuk anda semua mengenai cara baca annual report part 1.
Tujuan Baca Annual Report
Pertama sekali kita haruslah tahu kenapa kita perlu membaca annual report?
Sudah semestinya kerana kita hendak membuat kajian menggunakan annual report tentang kaunter yang kita hendak kaji.
Antara tujuan lain juga ialah:
1. Dapat menilai sesebuah syarikat itu bagus atau tidak untuk tujuan pelaburan
2. Memberi kelebihan kepada business owner untuk mengembangkan business dari sudut blueprint (kaji management, profit/loss)
Antara analisis yang biasa digunakan oleh para pelabur adalah Fundamental Analisis (FA)
FA ni penting dari segi hendak mengetahui nilai sebenar syarikat supaya pelabur boleh membeli syarikat pada harga diskaun.
Antara cara mengetahui nilai sebenar syarikat melalui:
1. Financial Statements
– Shareholder’s Equity
– Income Statement / Profit and Loss
– Balance Sheet (asset, liability, shareholder’s equity)
Di Mana Boleh Dapatkan Annual Report
Untuk mendapatkan annual report anda boleh rujuk di website BursaMalaysia.com dan MalaysiaStock.Biz
- Malaysiastock.Biz

Berdasarkan gambar di atas, ini adalah contoh halaman Malaysiastock.Biz. Anda boleh search mana-mana kaunter yang anda nak kaji di ruangan search symbol or code or name.

Saya ambil contoh kaunter Poh Huat. Jika sudah search anda boleh scroll ke bawah sekali di bahagian sebelah kanan terdapat ruangan untuk anda download annual report syarikat tersebut seperti dalam gambar yang saya telah tunjukkan di atas.
Untuk annual report Po Huat CG itu ialah corporate governance. Jadi anda perlu download annual report 2019-final.
Isi Kandungan
Okey seterusnya kita pergi kepada isi kandungan. Selalunya dalam annual report syarikat itu akan meletakkan visi dan misi syarikatnya. Visi dan misi ini bertujuan untuk anda mendapatkan gambaran ke mana arah hala tuju sesuatu syarikat tersebut.

Berdasarkan gambar di atas, isi kandungan syarikat ini terkandung maklumat mengenai corporate information, corporate structure, information of directors dan lain lain lagi.
Maklumat ini penting untuk anda mengenai pasti siapa pemegang saham, siapa director yang terlibat dan bagaimana pengurusan syarikat ini.
Group Financial Highlights

Berikut adalah financial statement yang boleh anda guna untuk membuat kajian terhadap sesuatu kaunter.
Group financial highlights bermaksud adalah campuran daripada main company dengan anak-anak syarikatnya yang memiliki separuh ataupun 70% hak pemilikan dalam company tersebut.
Turnover = revenue/ sales.
Dalam annual report nie korang kena lihat dia punya revenue meningkat atau tidak dari tahun ke tahun. Selain itu, boleh juga lihat berapa banyak peningkatan/rate dan sejauh mana ia konsisten.
Syarikat yang semakin meningkat revenue adalah syarikat yang semakin membangun.
Antara perkara penting lain yang anda boleh lihat adalah return on equity, dividen dan profit after tax.
Kesimpulan
Kesimpulannya anda harulah tahu membaca annual report bagi memudahkan anda membuat kajian fundamental analisis.
Melalui pembacaan annual report ia sedikit sebanyak membantu anda untuk tahu dekat mana nak cari support dan resistance.
Sampai di sini saja artikel cara baca annual report part 1. Bersambung kita nanti dengan part 2 dan seterusnya. Stay Tuned!
Moga artikel kali nie bermanfaat untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.