Cara Baca Annual Report Part 6: Corporate Governance

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi korang.

Apa khabar anda hari ini?

Semoga ceria selalu dan jagalah diri anda walau di mana berada.

Dah masuk Part 6 artikel cara baca annual report.

Nak bagitau korang semua bahawa baca annual report ni perkara yang sangat penting.

Terutama kepada mereka yang gemar melabur dalam jangka masa yang panjang atau dikenali sebagai investor.

Trader pula gelaran bagi mereka yang melabur dalam jangka masa yang lebih pendek.

Topik yang anda perlu baca:

Hari ini kita akan sambung cara baca annual report yang berfokus kepada corporate governance.

Apa itu?

Korang pernah dengar tak?

Dalam bahasa Melayu lebih dikenali sebagai tadbir urus syarikat.

Corporate Governance

Corporate governance tidak terlalu penting dalam kita melakukan kajian dalam annual report.

Kiranya kita boleh skip part ini.

Namun sekiranya korang ingin tahu bagaimana sesebuah syarikat itu menjalankan aktiviti mereka maka bolehlah baca part ini.

Ia merujuk kepada bagaimana sesebuah syarikat menguruskan perjalanan bisnes mereka.

Senang cerita ia merupakan gambaran aktiviti sesebuah syarikat.

Terdapat 3 prinsip yang ditekankan dalam corporate governance.

  1. Board leadership and effectiveness
  2. Effective audit and risk management
  3. Integrity in corporate reporting and relationship with stockholders.

Board leadership and effectiveness

Melalui annual report kita nak tengok dan nilai setiap syarikat yang berdaftar dan disenaraikan di Bursa Malaysia, syarikat yang publik mempunyai sistem yang telus, jujur, efektif dan dapat menjaga kebajikan pemegang saham.

Bukannya menjadikan syarikat tersebut seolah-olah ia hak milik sendirian berhad.

Kerana mereka juga mendapat duit modal untuk kembangkan bisnes daripada pemegang saham syarikat termasuk pelabur-pelabur runcit seperti kita.

Antara perkara penting yang perlu dilihat adalah:

  • Board responsibilities (tanggungjawab lembaga)
  • Board composition (siapa ahli-ahli lembaga)
  • Clear roles and functions (tahu dengan jelas fungsi & tanggungjaawab)
  • Company secretary (setiausaha syarikat)
  • Supply of information (pembekal maklumat)
  • Board meetings (mesyuarat ahli lembaga)
  • Board and director’s assessment ( penilaian lembaga dan pengarah)
  • Director’s training ( program latihan untuk pengarah)
  • Remuneration (upah/gaji/ allowance pengarah)

Effective Audit and Risk Management

Kriteria kedua dalam corporate governance adalah effective audit (keberkesanan audit) and risk management (risiko pengurusan).

Dalam kriteria ini akan menceritakan tentenag wujudnya audit committee.

Apa tugas mereka?

Annual Report

Tugas mereka adalah untuk mengaudit perjalanan syarikat.

Terdapat dua jenis auditors, iaitu:

  • Internal auditor
  • External auditor

Sekiranya syarikat melantik internal auditor maka akan menceritakan tentang risk management and internal control framework (pengurusan risiko dan rangka kawalan dalaman).

Ada masa sesebuah syarikat memerlukan kepada khidmat external auditors.

Jika syarikat melantik external auditor, maka mereka perlulah melantik external auditors yang sesuai dan bebas tanpa dipengaruhi oleh syarikat tersebut.

Kenapa kena lantik external auditor tanpa pengaruh syarikat?

Objektifnya adalah untuk mendapatkan penilaian-penialain yang jujur.

Integrity in Corporate Reporting and Relationship with Stakeholders

Kriteria ini lebih kepada bagaimana syarikat hendak menyelaraskan laporan secara standard.

Contohnya bagaimana nak buat quarter report secara standard.

Macam mana nak announce financial report.

Lebih kepada informasi yang didedahkan kepada public.

Antara lain yang boleh di ambil perhatian adalah penyertaan pemegang saham dalam mesyuarat agung syarikat (shareholder’s participation at general meeting).

Annual Report
Kredit gambar: Freepik

Bagaimana layanan syarikat terhadap pemegang saham (shareholders) dalam mesyuarat tersebut.

Adakah syarikat mengambil kisah dengan soalan-soalan yang diajukan oleh pemegang saham (shareholders) atau sebaliknya.

Kesimpulan

Seperti yang saya terangkan di atas tadi, annual report merupakan satu perkara yang penting bagi pelabur jangka masa panjang atau lebih dikenali sebagai long term investor.

Jadi penting untuk korang memahami cara baca annual report agar memudahkan urusan korang untuk analisa saham dari segi fundamental analisa.

Semoga artikel kali ini memberi manfaat!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts