Cara Baca Annual Report Part 5- Information On Directors
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sentiasa setia bersama Mahersaham.
Hari ni saya akan share lagi artikel untuk anda semua semoga kita semua dapat manfaat bersama.
Kalau sebelum-sebelum nie saya dah share artikel berkaitan cara baca annual report part 1, part 2, part 3 & part 4.
Jadi kali nie kita akan sambung dengan artikel cara baca annual report part 5 pula.
Anda dah bersedia nak belajar?
Sediakan buku nota dan pen untuk mencatat.
Untuk annual report part 5 nie kita akan fokuskan kepada bahagian information on directors
Directors
Kalau bercakap mengenai directors biasanya adalah terdiri daripada founders ataupun ahli keluarga founders tersebut
Syarikat yang bukan family owned pula biasanya director itu adalah wakil daripada major shareholders yang terpilih
Fungsi Directors
Fungsi directors ini adalah untuk menjaga kepentingan/ kebajikan. Selain itu anda juga kena tengok kepakaran atau background story untuk kenal syarikat tersebut.
- Networking/branding
Kadang-kadang director ini ada juga dipilih untuk dapatkan networking/branding.
Sebagai contoh syarikat kosmetik yang mengambil artis terkenal sebagai duta.
Strategi ini mungkin juga sebagai salah satu cara untuk meningkatkan/menaikkan sales/marketing
2. Political Connections
Selain itu, ada juga director ini dipilih berdasarkan political connections.
Contohnya syarikat MYEG, terdapat salah seorang director dalam syarikat itu yang orang kuat UMNO. Dan apabila berlaku perubahan kerajaan pada tahun 2018 jadi saham atau syarikat MYEG ni jatuh secara mendadak.
Namun, kalau pilih yang ada political connections yang mungkin ada dapat tenders atau projek jadi mudah lagi untuk harga saham tu naik atau mendapat keuntungan yang tinggi.
Jadi itu adalah antara pros dan cons yang perlu dipertimbangkan
Untuk pengetahuan anda, ada juga director yang bukan warganegara
Tapi yang bukan warganegara nie kebanyakannya sudah ada syarikat di luar negara sebagai contoh di Taiwan.
Umur
Umur juga memainkan peranan penting dalam anda menilai director sesebuah syarikat tersebut.
Yang pastinya tidaklah terlalu muda atau tidaklah terlalu tua. Selain itu, yang ada pengalaman juga penting terhadap ciri seorang director.
Information On Directors

Okey macam yang anda dapat lihat dekat information of director nie selalunya dia akan letak chairman.
Chairman ni la yang akan bertanggungjawab mempengerusikan meeting dengan directors untuk membincangkan beberapa isu syarikat.
Selain itu, kebanyakkan juga syarikat pasti akan ada beberapa peratus orang bumiputera yang akan memegang jawatan chairman.
Perkara yang anda patut lihat dalam information on directors:
1. Latar belakang– background director cth: background study atau pengalaman bekerja (adakah background study dia strong untuk memegang jawatan director)
2. Jawatan lain– ada jawatan atau tidak dengan mana-mana syarikat, boleh dapat insight mengenai perkara baik yang ada di syarikat itu
3. Hubungan kekeluargaan-dengan mana-mana major shareholder syarikat lain.
Nota Penting! Jawatan non-independent bermaksud ia ada kaitan dengan syarikat tersebut atau ada hubungkait dengan founder atau co-founder
Namun, kadang-kadang hubungan kekeluargaan juga tidak semestinya mudah untuk bekerjasama kerana apa yang penting dalam sesuatu syarikat adalah mempunyai hala tuju/matlamat yang sama.
Kalau di lihat dalam information berkaitan director di syarikat Poh Huat nie banyak kekuatan mereka berkait dengan law dan political
Profile of Key Senior Management
Untuk bahagian ni juga penting ya tuan-tuan dan puan-puan.
Ia boleh dijadikan untuk anda mengkaji perkembangan syarikat.
Rata-rata pelabur di luar ada yang nak tahu siapa key person yang menguruskan syarikat tersebut. Sebagai contoh, position COO yang menjadi orang penting dalam syarikat.

Seterusnya kita nak tengok berapa peratus pegangan director dalam syarikat ini
Seperti dalam gambar di atas, sebanyak 22.72% pegangan milik director. Agak banyak…
Untuk 5.50% pula pegangan untuk anak dan isterinya.
Secara efektifnya pegangan director ini adalah sebanyak 28%
Kesimpulan
Kesimpulannya, sangat penting untuk anda mengkaji mengenai information director ini kerana gambaran sesuatu syarikat itu sama ada ia dapat pergi jauh atau tidak dapat dilihat dari director tersebut.
Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda semua.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.