Annual Report Part 4 : Management Discussion & Analysis
Assalamualaikum dan Hai.
Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan?
Moga terus bersemangat nak menuntut ilmu bersama Mahersaham.
Okey, pada artikel kali ni saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara baca annual report.

Artikel ni adalah part 4.
Di mana kita akan fokus kepada Management Discussion dan Analysis.
Pastikan korang dah baca part 1, part 2-lebih banyak menerangkan mengenai corporate exercise dan part 3 barulah proceed dengan artikel kali ini.
Annual report syarikat yang kita kaji masih lagi syarikat yang sama sebelum ini.
Iaitu Syarikat Poh Huat.
Management Discussion & Analysis
Lebih kepada perbincangan top management dalam sesuatu syarikat untuk berbincang.
Perbincang melibatkan prospek dan cabaran yang di hadapi juga potensi masa hadapan oleh syarikat tersebut.
Korang rasa penting tak untuk tahu perkara ini?
Pentinglah kan.
Kenapa?
Sebab ia sangat membantu para pelabur untuk memahami syarikat dengan lebih mendalam.
Jom kita rujuk annual report Syarikat Poh Huat tahun 2019.
Business Overview

Dalam tu ada menceritakan secara ringkas apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut.
Di mana mereka bermula dan berapa lama bisnes mereka telah bertapak serta pengalaman mereka mengendalikan bisnes.

Berdasarkan statement dalam annual report, syarikat ini mendapat keuntungan yang banyak melalui pelanggan mereka yang berada di US dan Canada sebanyak 67% dan 23%.
Apa info yang korang boleh dapat melalui statement tersebut?
Ringkasnya, apa-apa yang berlaku dengan negara US dan Canada akan memberi impak kepada syarikat Poh Huat.
Bab yang ni saya akan terangkan lebih mendalam dalam isu risiko.
Selain itu, pelanggan mereka juga daripada UK, Malaysia, Singapura dan Middle East.
Fokus produk syarikat ini adalah membuat furniture untuk ruangan rumah dan ruangan office.
Seterusnya kita pergi pula kepada tempat pembuatan furniture syarikat ini.

Secara ringkasnya, syarikat ni memilih Vietnam kerana mereka boleh dapatkan pekerja dan mampu jimat dari segi kos.
Ini juga sesuatu yang kita boleh ambil perhatian, di mana jika sesuatu terjadi kepada Vietnam maka sekali gus akan memberi impak kepada Poh Huat.
Business Strategies
Pentingkah pelabur tahu strategi yang terlibat dalam pembangunan sesuatu syarikat?
Bukan setakat penring tetapi amat penting untuk pelabur ketahui.
Kenapa?
Apabila kita atau pelabur melabur dalam sesuatu syarikat,
ia bukan bermakna kita beli saham tersebut hanya sekadar apa yang tengah berlaku pada waktu tertentu.
Tetapi kita nak tengok modal yang kita sumbangkan mendapat pulangan yang lebih besar di masa hadapan.
Justeru kita kena ambil tahu sama ada bisnes strategi yang diguna pakai oleh syarikat bagus atau kurang memberangsangkan.
Macam mana nak tahu strategi tersebut bagus atau tidak?
Terpulang kepada kita untuk menilainya.
Jika strategi itu menarik , korang boleh aplikasi dalam bisnes yang hampir sama.
Antara topik yang perlu kita ambil tahu adalah Corporate objective.
Syarikat ini nak fokus kepada apa tu?
Kalau Poh Huat nak fokus kepada
- High quality innovative product
- Excellent customers services
- Competitive pricing.
Risk Factors Associated with Business
Risiko dalam menjalankan bisnes juga penting untuk pelabur ketahui.
Kenapa?
Seperti yang saya ulas di atas, jika kita melabur dalam sesuatu syarikat, kita mengharapkan agar modal yang kita sumbangkan mampu memberi pulangan yang tinggi di masa hadapan .
Sudah pasti tiada yang ingin melabur dan rugi.
Semua target untung punya.
Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh syarikat ini adalah
1. Sekiranya lambakkan rumah dah terlalu banyak dan penjualan rumah berkurangan maka berkuranglah demand kepada produk furniture.
Memandangkan kita baca annual report Syarikat furniture maka beberapa perkara juga mungkin boleh di aplikasi dengan syarikat lain yang juga berkait dengan furniture.
Jadi tugas kita sebagai pelabur adalah untuk cuba kaji yang mana lebih reliable or trusted dari segi untuk mencapai target.
2. Persaingan yang agak tinggi menyebabkan sukar untuk mendapatkan bisnes baru.
Korang tahu tak apa yang berlaku sekiranya persaingan terlalu tinggi?
Sudah pasti profit margin akan berkurangan.
Satu kelebihan apabila kita kaji annual report syarikat adalah kita dapat tahu solusi yang dicadangkan oleh top management syarikat tersebut.
Jadi adakah syarikat ini menyediakan solusi?
Apa solusi mereka?
Mereka percaya kepada innovative product design, excellent
customer services dan strong manufacturing capabilities
yang membezakan mereka daripada syarikat furnitures yang lain.
3. Perubahan currency US Dollar akan memberi impak pada jualan syarikat.
Sekiranya currency matawang US dollar mengukuh maka revenue syarikat juga mengukuh.
Sebaliknya sekiranya currency matawang US dollar melemah maka revenue syarikat juga akan berkurangan.
Kenapa perkara ini terjadi?
Kerana kebanyakkan keuntunggan syarikat ini adalah melalui pelanggan mereka yang berada di US.
Kesimpulan
Membaca dan mengkaji annual report mungkin sangat panjang dan memerlukan kesabaran dalam penelitian yang mendalam.
Namun, kajian fundamental analisis ini sangat penting terutama bagi mereka yang ingin menjadi investor atau pelabur jangka masa yang panjang.
Juga penting untuk pelabur tahu sekiranya syarikat tersebut ada menyediakan solusi atau tidak sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Dan adakah tindakan atau solusi yang diambil mampu menyelamatkan syarikat tersebut?
Perkara-perkara ini adalah penting untuk pelabur-pelabur menilai syarikat tersebut secara kualitatif.
Kerana penilaian kuantitatif pelabur boleh nilai melalui financial statement syarikat.
Selamat mengkaji!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.