malaysiastock.biz

CARA ANALISA SAHAM GUNA MALAYSIASTOCK.BIZ

Kebanyakan pelabur atau trader pasti ada sumber yang tertentu untuk mendapatkan info-info saham untuk membeli sesuatu saham. Sebagai contoh, ada yang Analisa guna i3investor, klse screener, tradingview, malaysiastock.biz dan lain-lain.

Artikel kali ini akan tunjukkan 5 analisa yang anda boleh gunakan di Malaysiastock.biz

No 5 paling penting, bila dah tahu boleh untung besar.

Corporate Information

Sumber: malaysiastock.biz

Di malaysiastock.biz anda boleh tahu maklumat sesuatu syarikat itu seperti jenis papan saham, status shariah dan sektor syarikat tersebut.

Dari sini anda boleh pilih kategori saham mengikut catalyst sama ada nak melabur dalam sektor Logistik, Plantation, Construction atau Energy dan lain-lain.

Financial Information

Dalam financial information pula, anda boleh tahu maklumat kewangan syarikat.

7 analisa fundamental yang boleh diikaji dari malaysiastock.biz iaitu:

Market Capital (RM)

Market Capital (RM) = Share Price X Share Issue.

3 Kategori Market Cap adalah Blue Chip, Mid Cap dan Small Cap.

Blue Chip: Market Capitalisation RM1 Billion dan keatas
Mid Cap: Market Capitalization RM100 Juta hingga 1 Billion. Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan
Small Cap:  Ia adalah saham-saham di paling bawah kategorinya berbanding Blue Chip dan Mid Cap. Small Cap ini biasanya Market Capitalization dibawah RM100 juta.

Kriteria saham yang kukuh Fundamental:
– Rekod bisnes yang baik
– Keuntungan setiap tahun meningkat  
– Hutang yang tidak besar
– Harga sahamnya stabil seperti NESTLE, F&N, MAYBANK ,TNB & yang terbaru kaunter TOPGLOVE dan lain-lain.

Number of Share

Bilangan saham yang diterbitkan merujuk kepada jumlah modal saham untuk dijual kepada pemegang saham.

Syarikat yang baik adalah mempunyai number of share dalam lingkungan 200-800 juta kerana ia tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat.

Earning Per Share, EPS (cent)

Earning Per Share memberi info kepada pelabur sejauh mana sesuatu syarikat itu memperoleh pendapatan dan pulangan yang mencukupi kepada pelaburnya.

Formula untuk mengira EPS adalah:

Earning Per Share = (Net Income/Number of Share) x 100 sen 

Sebagai contoh, EPS TENAGA mencatatkan 69.89 sen

Ini bermaksud penyata tahun kewangan Tenaga yang berakhir pada 31 Disember 2019, setiap saham yang dimiliki oleh pemegang saham Tenaga telah memperoleh pendapatan 69.89 sen.

Pendapatan ini boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen atau disimpan oleh syarikat sebagai retained earning bagi tujuan kembangkan lagi bisnes syarikat. 

Dan ianya tetap menjadi milik pemegang saham selagi mana pelabur tersebut memegang saham TENAGA.

PE Ratio

PE  menunjukkan berapa nilai yang pelabur sanggup bayar untuk memperoleh pendapatan dalam syarikat.

Formula untuk kira PE Ratio adalah:

P/E Ratio = Price per Share/Earning Per Share 

PE Ratio yang baik apabila PE kurang dari 15.

Jika rujuk PE Ratio saham TENAGA menunjukkan 13.72.

Ini bermakna, TENAGA kini dijual dengan 13.72 kali dari pendapatannya yang mana lebih kecil dari 15.

Maka jika pelabur yang baru ingin memiliki saham ini pada harganya yang sekarang masih dikira sebagai Undervalue.

Return On Equity, ROE

Return On Equity digunakan untuk pelabur kenal pasti tahap pulangan yang akan diperoleh dari modal yang dilaburkan dalam syarikat.

Sekiranya kadar pulangan yang diberikan tidak memuaskan, pelabur boleh mencari saham-saham lain yang lebih menarik Fundamental Analisis nya.

Namun apa pun bergantung jangka masa pelaburan pelabur itu sendiri sama ada mahu melabur short, mid atau long term.

Formula untuk kira ROE adalah:

Return on Equity = (Net Income/Shareholder’s Equity) x 100% 

Sebagai contoh, ROE TENAGA menunjukkan 7.22%. Bagaimana untuk ukur pulangan syarikat itu baik atau sebaliknya?

Pelabur boleh buat perbandingan kadar pulangan yang diperoleh dengan pulangan yang diberikan oleh saham-saham lain atau pelaburan alternative yang lain.

Salah satu tips dari Mahersaham untuk kaji ROE syarikat yang baik adalah apabila ROE > 15, lebih besar dari 15.

Profit Margin

Gross Profit Margin digunakan untuk mengukur hasil syarikat daripada pendapatan yang diperoleh. Cara untuk mengira Gross Profit Margin ini adalah:

Gross Profit Margin = (Gross Profit / Revenue) x 100% 

Secara umumnya, boleh dikatakan semakin besar nilai Profit Margin sesuatu syarikat tersebut, semakin baik tahap kewangan syarikat itu.

Dividen Yield

Formula dividen yield adalah:

Dividend Yield = Dividend per share / Current Share Price

Sebagai contoh Dividen Yield Tenaga 8.34%. Ini bermaksud pelabur mampu peroleh keuntungan dividen sebanyak 8.34% setahun dari syarikat TENAGA.

Dividen yield antara 5% hingga 10% dividen yield dikira baik.

Shareholding Changes

malaysiastock.biz

Di malaysiastock.biz turut menyediakan info shareholding Changes dimana pelabur boleh tahu jika institusi atau pemegang saham (jerung) ada membeli atau menjual sesuatu saham tersebut.

Jadi dari sini, anda boleh pertimbangkan untuk membeli sesuatu saham jika terlihat ada institusi (jerung baik) yang membeli saham tersebut.  

Financial Highlight

malaysiastock.biz
malaysiastock.biz

Dalam Financial Highlight ini, pelabur boleh Analisa prestasi kewangan syarikat dari segi Quarterly atau Annual.

Jika melihat dalam Quarter, anda boleh bandingkan setiap Quarter Syarikat dengan Quarter sama tahun lepas. Contoh Q2 2021 bandingkan Q2 2020.

Jadi lebih meningkat setiap Quarter lebih bagus sesuatu syarikat itu.

Dividen & Bonus/Right Issue History

Dividen atau Bonus History ialah pengagihan sebahagian keuntungan syarikat kepada pemegang sahmnya.

Jadi bagi pelabur jangka masa panjang boleh rujuk bahagian dividen history ini untuk mendapatkan keuntungan dividen selain keuntungan modal.

Sebagai contoh, jumlah dividen TENAGA pada tahun 2020 sebanyak 80 sen. Jadi dividen pemegang saham mampu peroleh adalah;

 RM0.80 x bilangan unit saham yang dimiliki

Contoh: RM0.80 X 1000 unit = RM800 setahun

Kesimpulan

Jadi sekarang anda boleh mula membuat Analisa saham menggunakan website malaysiastock.biz ini.

Secara keseluruhan boleh dikatakan Malaysiastock.biz ini lebih kepada Fundamental Analisis.

Jika anda mahu membuat Teknikal analisis boleh guna Tradingview.com

Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts