Aktifkan CDS Dengan Aplikasi Bursa Anywhere
| | |

Cara Aktifkan CDS Dengan Aplikasi Bursa Anywhere

Aplikasi Bursa Anywhere merupakan suatu aplikasi yang ditubuhkan oleh Bursa Malaysia dengan tujuan memudahkan pelabur menguruskan akaun cds mereka tanpa perlu merujuk pada Broker lagi.

Anda perlu faham, untuk membuka akaun cds anda perlu buka dengan broker, tak boleh gunakan App Bursa Anywhere.

App ini hanya berfungsi selepas anda sudah BERJAYA membuka akaun cds SAHAJA.

Sebagai contoh, jika anda membuka akaun cds dengan Mahersaham anda akan buka bawah broker Mplus.

Kemudian selepas berjaya, andai kata anda tidak pernah trade selepas itu.

Jadi selepas 6 bulan tanpa sebarang trade atau transaksi akaun cds anda akan tidak aktif.

Jadi untuk mengaktifkan semula anda boleh download App Bursa Anywhere ini di Play Store atau Apple Store anda selain boleh berhubung dengan Broker anda.

Dengan cara ini, anda boleh menguruskan akaun CDS anda dengan jarak jauh tanpa sebarang urusan dengan broker lagi.

Pengaktifan ini tidak dikenakan sebarang caj, bermula dari 10 April 2020 hingga 10 Julai 2020.

Ciri-ciri dalam Aplikasi Bursa Anywhere

Bukan itu sahaja! Aplikasi  Bursa Anywhere ini juga dilengkapi beberapa kemudahan lain dengan ciri seperti:

1. Pemindahan saham di antara akaun CDS melalui FPX
2. Paparan gabungan akaun CDS pelabur (jika mempunyai banyak akaun)
3. Nilai Portofolio (untuk sekuriti)
4. 
Kemaskini maklumat CDS secara layan diri
5. 
Makluman mengenai pengumuman korporat untuk portfolio pelabur
6. 
Akses ke e-penyata dengan arkib 12 bulan

Perbezaan Aplikasi Bursa Anywhere dengan Aplikasi MPlus:

Bagi yang membuka CDS Mplus, sememangnya anda mempunyai pilihan untuk trade menggunakan App MPlus Online.

Namun mungkin ada yang keliru apakah perbezaan antara Aplikasi Bursa Anywhere dengan Aplikasi Mplus Online?

Jadi inilah jawapannya!

Aplikasi Mplus Online adalah untuk tujuan trading, urusan jual beli seperti di platform trading anda.

Manakala Aplikasi Bursa Anywhere pula digunakan untuk tujuan kemaskini maklumat, pengurusan akaun cds jika mempunyai lebih dari 1 akaun cds, pemindahan saham dari 1 akaun cds kepada 1 akaun cds lain dan pengaktifan akaun cds yang tidak aktif.

Cara Aktifkan CDS Dengan Aplikasi Bursa Anywhere

Bagi yang pertama kali menggunakan Aplikasi ini perlu Download dan register akaun di Aplikasi terlebih dahulu.

Kemudian selepas membuat pengaktifan akaun akan segera dikemaskini dan aktif semula seperti biasa.

Kesimpulan

Oleh itu, Aplikasi Bursa Anywhere ini dilancarkan bagi memudahkan pelabur mengakses akaun CDS dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar dan hanya perlu duduk di rumah sahaja.

Lebih-lebih lagi di musim PKP ini.

Anda juga tidak perlu susah-susah lagi perlu berurusan dengan Broker anda.

Untuk pengetahuan, Aplikasi Bursa Anywhere telah mencatatkan lebih 40,000 pengguna yang memuat turun.

Jadi anda juga jangan terlepas untuk memuat turun Aplikasi ini bagi membolehkan mengakses akaun cds dengan hanya di hujung jari!


 

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts