Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)
Bermula pada 6 Disember 2021, pihak MITI telah menetapkan sistem baru bagi permohonan Saham Miti Bumiputera.
Bagi pelabur Bumiputera yang pernah mendaftar akaun miti perlu membuat tetapan semula password (reset password) untuk masuk ke portal miti.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara untuk mengaktifkan akaun Miti di sistem baru.
Cara Aktifkan Akaun Miti
Pertama: Pergi ke https://sahamonline.miti.gov.my/portal/forgot-password

Kedua: Masukkan no kad pengenalan anda tanpa simbol ‘-‘

Ketiga: Pertukaran kata laluan miti anda sudah berjaya. Semak inbox/spam emel anda kata laluan baru.

Keempat: Pergi ke https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login untuk log masuk. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang diberikan di emel tadi.

Kelima: Selepas berjaya log masuk, anda perlu kemaskini maklumat diri anda dalam sistem baru ini.
Upload gambar kad pengenalan anda dan klik kemaskini.



Selesai! Tahniah telah berjaya kemaskini profil anda.

Kesimpulan
Selepas sudah tahu cara aktifkan akaun miti, sekarang anda sudah boleh mula membuat permohonan saham miti online dalam sistem baru ini.
Di artikel seterusnya ada tunjukkan langkah-langkah cara mohon ipo di MITI untuk Bumiputera.
Untuk memohon IPO saham miti, anda wajib ada akaun CDS terlebih dahulu.
Jika belum ada akaun CDS daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.