|

Cara Analisis Saham Guna 11 Candlestick Pattern Paling Power

Candlestick pattern adalah ilmu berkaitan analisa saham menggunakan candlestick yang ramai orang gunakan.

Candlestick bukan sahaja mampu memberikan penerangan berkaitan harga saham yang diniagakan dengan jelas, tetapi juga mampu memberikan gambaran psikologi apa yang mungkin berlaku ketika saham diniagakan.

Analisa menggunakan candlestick juga boleh dikatakan antara analisa yang paling awal dipelajari sejurus seseorang itu buka akaun CDS untuk melabur saham dan mula belajar analisis teknikal.

Apa itu Candlestick?

Analisa saham menggunakan candlestick adalah berasal dari Jepun.
Untuk mengetahui sejarah dan asal usul candlestick, boleh lawati Sejarah Dan Kepentingan Candlestick

Candlestick terbentuk dari “OPEN ” , ” HIGH ” , ” LOW & CLOSE ” mengikut time frame yang kita gunakan.

bentuk candlestick

Jika CLOSE berada diatas OPEN, kita boleh kata yang CANDLE itu akan BULLISH yang membawa maksud pasaran saham semakin menaik. Bullish Candle kita boleh lihat dengan CANDLESTICK PUTIH.

Kebanyakan platform akan guna WHITE CANDLE sebagai tanda MARKET BULLISH tetapi ia bukannya syarat mesti putih. Ada yang guna warna lain. Ikut cara kita tersendiri sebenarnya.

Selain itu, jika CLOSE berada dibawah OPEN, kita boleh kata yang CANDLE itu akan BEARISH yang membawa maksud pasaran saham semakin menurun.

Perbezaan Body size

Badan panjang merujuk kepada STRONG BUYING atau SELLING PRESSURE.
Jika ada candle yang CLOSE diatas OPEN dengan badan yang panjang, ia bermaksud bawah PEMBELI lebih kuat dan mereka akan mengambil alih  kawalan Pasaran dalam masa tersebut.

Sebaliknya jika candle BEARISH yang mana OPEN diatas CLOSE dengan badan yang panjang, ia bermaksud SELLING PRESSURE mengawal Pasaran dalam masa tersebut.

Badan yang pendek dan kecil pula menunjukkan sedikit aktiviti membeli atau menjual.

Shadow pula memberikan kita info penting tentang pasaran saham.
Kita boleh kenali sedikit sebanyak tentang pasaran saham dari segi SHADOW.

ekor candlestick

  • Upper shadow menandakan tinggi sesi dagangan
  • Lower shadow menandakan rendah sesi dagangan

Candle dengan SHORT SHADOWS menunjukkan sebahagian besar “TRADING ACTION” hanya berlaku di kawasan OPEN dan CLOSE sahaja.

Candlestick patterns

Ia adalah salah satu konsep trading yang paling kuat, mudah untuk dikenal pasti dan merupakan ‘trading setup’ yang menguntungkan.

Kajian yang telah dilakukan mengesahkan bahawa PATTERN ini mempunyai nilai ramalan yang tinggi.
Candlestick pattern ini ibarat seperti satu bahasa untuk kita faham tentang pasaran yang telah berlaku.

Antara pattern yang ada :

  1. The bearish engulfing bar  pattern
  2. The bullish engulfing bar pattern
  3. The Doji Candlestick pattern
  4. The Dragonfly Doji pattern
  5. The Gravestone Doji
  6. The morning star
  7. The evening star pattern
  8. The Hammer (pin bar)
  9. The shooting star (bearish pin bar)
  10. The Harami Pattern (the inside bar)
  11. The Tweezers tops and bottoms

The engulfing bar candlestick pattern

Ia dibentuk apabila fully engulfs atau menelan candle sebelum ini.

The engulfing bar boleh menelan lebih dari satu candle sebelum.
Tetapi kena anggap engulfing bar sekurang-kurangnya satu candle mesti fully consumed.

The engulfing bar adalah salah satu candlestick pattern yang penting. Candle ini terdiri daripada 2 bodies iaitu :

Badan pertama lebih kecil daripada yang kedua, dengan kata lain, yang badan kedua engulfs yang terdahulu. Lihat gambar di bawah

bearish engulfing bar

Inilah caranya macam mana the engulfing bar kelihatan di chart.
Sekiranya bearish engulfing bar ia memberitahu kita yang seller sedang mengawal pasaran.

Apabila pattern ini berlaku pada penghujung uptrend ia memberitahu kita bahawa Buyer ditelan atau dikuasai oleh Seller yang menunjukkan signal trend reversal.

Seperti dalam gambar kita boleh lihat apabila Bearish Engulfing berlaku di penghujung uptrend.

Maka dari sini kita boleh jangka yang pasaran adalah TREND REVERSAL kerana buyer masih tidak mengawal pasaran dan seller cuba push market untuk turun.

The bullish engulfing bar pattern

Ia mempunyai 2 candle iaitu pertama badan kecil dan kedua engulfing candle seperti gambar dibawah

Bullish engulfing bar memberitahu kita pasaran tidak lagi dibawah kawalan Seller dan Buyer akan menguasai market.

Apabila candle bullish engulfing terbentuk semasa sedang UPTREND ia menunjukkan continuation signal dan apabila candle bullish engulfing terbentuk sewaktu DOWNTREND ,kemungkinan besar yang perubahan trend kepada UPTREND boleh berlaku.

Gambar diatas menunjukkan kepada kita bagaimana pasaran mengubah arah selepas pembentukan bullish engulfing bar pattern.
Badan yang kecil menunjukkan selling power dilindungi oleh body kedua yang mewakili buying power.

The Doji Candlestick pattern

Doji adalah salah satu candle yang penting, apabila pattern ini terbentuk ia memberitahu kita bahawa pasaran open and close pada harga yang sama yang membawa maksud equality and indecision antara buyer dan seller.

Ini menunjukkan pasaran tidak di kawal oleh sesiapa.

candlestick doji

Seperti dalam gambar  kita lihat OPENING dan CLOSING price adalah sama, ini adalah signal pasaran tidak mempunyai arah yang specific.

Contoh pattern ini berlaku dalam uptrend atau downtrend, ia menunjukkan bahawa pasaran mungkin reverse.

Chart diatas menunjukkan bagaimana pasaran mengubah arah selepas DOJI terbentuk.
Pasaran sedang trending up yang bermaksud buyer in control of the market.

Pembentukan doji juga menujukkan bahawa buyer tidak dapat mengekalkan harga lebih tinggi dan seller push harga untuk kembali kepada harga opening.
Ini adalah pertunjuk yang jelas bahawa reversal mungkin akan berlaku.

The Dragonfly Doji pattern

Ia adalah bullish pattern terbentuk apabila open high dan close sama harga.

Characterizes dragonfly ini adalah the long lower tail yang menunjukkan resistance of buyers dan mereka cuba untuk push the market.

dragonfly doji

Gambar diatas menunjukkan perfect dragonfly Doji.
Ekor bawah yang panjang menunjukkan bahawa supply dan demand sedang mendekati keseimbangan dan arah trend mungkin menghampiri major turning point.

Contoh gambar di bawah yang menunjukkan bullish reversal signal dibentuk oleh dragonfly Doji.

Kita boleh lihat gambar diatas yang pasaran sedang menguji tahap support level yang disebabkan strong rejection pada kawasan ini.
Pembentukan dragonfly Doji dengan ekor bawah yang panjang menunjukkan buying pressure adalah tinggi di kawasan itu.

Apabila pattern ini berlaku dalam downtrend ia adalah bullish reversal signal.

The Gravestone Doji

Ia adalah bearish versi dragonfly doji,  ia terbentuk apabila harga OPEN dan CLOSE adalah sama atau hampir sama.

Perbezaan Gravestone Doji dan Dragonfly Doji adalah kedudukan ekor yang panjang, sama ada atas ataupun bawah.
Pembentukan the long upper tail adalah pertunjuk pasaran sedang menguji supply atau resistance area.

gravestone doji

Gambar diatas menunjukkan Gravestone Doji yang sempurna. Pattern ini menunjukkan bahawa buyer push harga yang jauh diatas waktu open price.
Pada keesokan biasanya seller mendominasi pasaran untuk push harga ke bawah.

Ini ditafsirkan sebagai tanda yang Buyer hilang momentum dan pasaran bersedia untuk reversal kepada downtrend.

Chart diatas menunjukkan bahawa gravestone doji  top of an uptrend, selepas tempoh strong bullish activity.
Pembentukan candle pattern ini menunjukkan yang buyer tidak lama mengawal pasaran.

Untuk pattern ini, ia mesti berlaku berhampiran dengan resistance, barulah ia lebih signifikan.

The morning star

Morning star pattern dianggap sebagai bullish reversal pattern, ia selalu berlaku di bahagian bawah downtrend dan mempunyai 3 candlestick :

  1. First candle adalah penurunan yang menunjukkan bahawa seller masih dalam market
  2. Second candle yang kecil menunjukkan seller dalam terkawal, tetapi mereka tidak push pasaran ke bawah.
  3. Third candle adalah bullish candlestick yang gap up sewaktu open dan close atas titik/level harga tengah pada hari pertama, candlestick ini memberi isyarat trend reversal signal.

Morning star pattern menunjukkan bagaimana buyer mengambil alih pasaran dari seller apabila pattern ini berlaku dibawah pada paras downtrend level. Ini sebenarnya trend reversal signal yang kuat.

Dari chart diatas kita dapat mengenal pasti pattern morning star dan bagaimana ia sangat penting apabila terbentuk di bahagian bawah sewaktu downtrend.

Kita boleh lihat yang pattern ini berlaku di penghujung bearish trend yang sangat jelas.
Candle pertama untuk mengesahkan seller menguasai pasaran, candle kedua adalah indecision (ketidakpastian) dalam pasaran dan ia menjadi Doji.

Jika kita lihat candle kedua ini, DOJI ini menunjukkan seller ingin push harga kebawah lagi namun begitu candle ketiga kita boleh lihat yang buyer mengambil alih pasaran dari seller menyebabkan market reverse.

The evening star pattern

Ia dianggap sebagai bearish reversal pattern yang berlaku biasanya diatas uptrend. Pattern ini terdapat 3 corak candlestick iaitu :

  1. Candle pertama adalah bullish candle. (bulls are still pushing the market higher )
  2. Candle kedua adalah candle yang kecil, ia boleh jadi bullish, bearish, doji atau candlestick yang lain. Ia tidak menentu. ( buyers are still in control but they are not as powerful as they were )
  3. Candle ketiga adalah large bearish candle. Secara umumnya, evening star pattern ini adalah bearish version morning star pattern. (buyer’s domination is over,and a possible bearish trend reversal is likely to happen )

Dalam gambar di bawah pasaran tengah trending up, candle pertama kita boleh lihat pattern long move up. Candle kedua pula adalah candle pendek yang menunjukkan price consolidation dan indecision. Jadi dari sini kita boleh tahu yang candle pertama iaitu bullish candlestick telah hilang momentum untuk menaik lagi. Candle terakhir itu memberi confirmation yang reversal trend dan permulaan baru untuk downtrend.

The Hammer (pin bar)

Pattern ini dicipta apabila open high dan close hampir sama harga. Ciri lain adalah long lower shadow yang menunjukkan bullish rejection dari buyer dan mereka ingin push pasaran lebih tinggi.

Hammer adalah reversal candlestick yang berlaku di penghujung downtrend. Candle ini terbentuk apabila seller memaksa pasaran kepada harga rendah selepas dibuka tetapi buyer menolak harga supaya pasaran close lebih tinggi.

Dalam gambar diatas kita boleh lihat yang pembentukan hammer (pin bar) adalah reversal pattern. Dalam titik bulatan merah kita boleh lihat yang long shadow mewakili  high buying pressure. Seller cuba push market supaya lebih rendah tetapi kuasa membeli lebih power berbanding selling pressure yang menghasilkan trend reversal.

The shooting star (bearish pin bar)

Ia berlaku bila open adalah rendah dan close hampir sama dengan open. Candle ini adalah body yang kecil serta long upper shadow. Ia adalah versi bearish hammer. Apabila pattern ini berlaku dalam uptrend dan ia menunjukkan bearish reversal signal.

Chart diatas menunjukkan shooting star pada akhir uptrend. Pembentukan pattern ini menandakan berakhirnya uptrend dan permulaan downtrend. Pattern ini boleh digunakan bersama support & resistance , supply & demand  dan technical indicator yang lain. Candle ini sangat mudah untuk di kenal pasti dan powerful signal untuk kita masuk pasaran.

The Harami Pattern (the inside bar)

Ia adalah reversal dan continuation pattern. Harami pattern terdapat 2 candlestick. Candle pertama adalah lilin besar yang di panggil mother candle dan candle kedua adalah kecil yang di panggil baby candle. Untuk pattern ini valid, candle kedua mesti close outside sebelumnya. Candlestick dianggap sebagai bearish reversal apabila ia berlaku di penghujung uptrend, dan ia boleh jadi bullish signal apabila berlaku di penghujung downtrend.

Harami candle memberitahu kita yang pasaran dalam indecision period. Dalam bahasa lain consolidating market atau sideway.

Jadi buyer dan seller tidak tahu apa yang perlu dibuat dan tiada yang mengawal pasaran.
Apabila candle ini berlaku semasa uptrend or downtrend ia di tafsirkan sebagai continuation pattern yang memberi peluang kita untuk join trend.

Chart diatas kita boleh lihat perubahan trend apabila terbentuknya harami pattern. Pertama bullish harami iaitu  berlaku di bawah downtrend yang menunjukkan seller push pasaran menjadi rendah, namun begitu harga tiba-tiba mula consolidating iaitu seller tiada power mengawal pasaran. Kedua bearish harami, ia berlaku di atas uptrend  yang menunjukkan buyer mendominasi market telah berakhir dan akan berlaku permulaan downtrend. Ia adalah continuation signal apabila pattern terbentuk di uptrend or downtrend.

The Tweezers tops and bottoms

Tweezer top formation dianggap sebagai bearish reversal pattern kerana pattern ini berlaku di atas uptrend. Manakala tweezer bottom  dianggap sebagai bullish reversal pattern kerana pattern ini berlaku di bawah downtrend.

Tweezer top formation mempunyai 2 candlestick iaitu bulish candlestick di ikuti dengan bearish .

Tweezer top formation berlaku semasa uptrend apabila buyer push harga menjadi tinggi, ini memberi kita gambaran yang pasaran sedang menaik.
Tetapi kita kena berhati-hati kerana seller akan membuat kejutan kepada buyer dengan push harga pasaran untuk jatuh kembali lebih bawah dari level open.

Manakala untuk tweezer bottom formation ialah bearish candlestick  kemudian diikuti dengan bullish.
Ia berlaku semasa di bawah downtrend iaitu seller push pasaran untuk menjadi rendah, ini memberi kita gambaran yang pasaran sedang menurun.

Namun begitu pada sesi yang lain, price close diatas atau sama dengan bearish candle pertama yang membawa maksud buyer cuba mengawal pasaran untuk reverse pasaran.

Chart diatas menunjukkan tweezer bottom berlaku di downtrend. Kita boleh lihat sesi pertama ia push harga untuk menurun namun begitu pada sesi kedua dimana harga open hampir sama dengan closed price sesi pertama dan menunjukkan reversal signal akan berlaku.

Kesimpulan

Cukup sahaja untuk kali ini, semoga ia sangat bermanfaat untuk anda.

Nasihat saya yang terakhir kepada anda, tidak perlu fokus untuk ingat semua nama sebab saya tahu bagi newbie memang susah nak ingat nama.

Permulaan ini anda fokus kedudukan candlestick ini sahaja dan kenapa ia terbentuk.
Jadi jika anda faham tentang ini anda akan tahu apa yang berlaku dalam pasaran.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

9 Comments

Comments are closed.