Bursa Malaysia Tengah Rugi?
Betul ke orang kata pasaran saham Bursa Malaysia sekarang ni tengah rugi? Tak dapat sambutan? Buat rugi je kalau melabur sekarang ni..
Cara Kenalpasti
Ada beberapa cara untuk kita kenalpasti, macam mana prestasi pasaran sekarang. Adakah pasaran sedang ‘bullish’ atau ‘bearish’. Bullish merujuk kepada pasaran sedang menaik, manakala bearish merujuk kepada pasaran yang sedang menurun.
Disebabkan di Bursa Malaysia, pasaran kita sehala, jadi boleh dikatakan hampir semua pelabur menginginkan pasaran yang bullish iaitu menaik.

1. FBMKLCI
Untuk kaedah pertama macam mana nak tahu pasaran tengah ok atau tidak, boleh tengok di chart KLCI. KLCI ni boleh dikatakan menjadi penanda aras prestasi keseluruhan pasaran Bursa Malaysia.
Secara mudahnya, dilihat dengan mata kasar, adakah pergerakan chart tersebut dilihat menaik ke atas? Jika ya, maka boleh dikatakan pasaran sedang menaik. Jika anda dah ada sedikit ilmu kajian Analisa teknikal, boleh la gunakan. Boleh letak line moving average, buat channel, atau letak indicator. Terpulang kepada ilmu yang anda ada. Untuk prestasi terkini, boleh dikatakan mata KLCI berada di paras yang agak rendah iaitu sekitar 1400. Dan trend secara besar dilihat sedang menurun.
Untuk mendapatkan chart KLCI ni, anda tak perlu daftar apa-apa. Boleh dapatkan secara percuma di website yang menyediakan perkhidmatan melihat chart seperti klse screener, TradingView, Malaysiastock.biz dan pelbagai lagi. Jika anda ingin mendapatkan chart dan beberapa kelebihan yang lain, anda boleh gunakan aplikasi Mahersaham di app.mahersaham.com

2. Bilangan Kaunter Menaik
Kaedah kedua, untuk mengetahui sama ada pasaran saham Bursa Malaysia tengah mendapat sambutan atau tidak secara harian, boleh pergi ke platform Mplus anda. Di situ, terdapat petanda yang menunjukkan bilangan kaunter yang sedang menaik dan menurun. Anak panah hijau keatas menunjukkan bilangan kaunter yang menaik dan anak panah merah ke bawah pula menunjukkan yang menurun.
Jika bilangan kaunter yang menaik lebih banyak dari yang menurun, secara mudahnya pasaran sedang menunjukkan mood untuk menaik. Lebih baik jika bilangan yang menaik lebih 2 kali ganda berbanding kaunter yang sedang menurun.
Jika bilangan kaunter anak panah merah lebih banyak mengatasi yang sedang menaik, boleh dikatakan pasaran Bursa menunjukkan mood rugi.
Untuk masuk ke akaun Mplus, anda perlu daftar terlebih dahulu. RM11 sahaja untuk mendaftar. Boleh daftar di akauncds.com

3. Volume Yang Didagangkan
Kaedah seterusnya ialah kita boleh mengetahui sama ada pasaran sedang mendapat sambutan atau tidak dengan melihat kepada volume yang sedang didagangkan. Volume ini menunjukkan bilangan unit saham yang didagangkan. Sama ada menjual ataupun membeli. Untuk melihat volume ini, boleh dilihat ketika pasaran hampir ditutup iaitu sebelum pukul 5 petang. Jika volume nya besar, maka kita boleh katakana bahawa pasaran sedang mendapat sambutan. Volume yang besar boleh dikatakan melebihi 10 bilion dalam masa sehari. Volume ini boleh dilihat di platform Mplus dan juga boleh juga didapati melalui berita di television, radio atau surat khabar.
Kesimpulan
Jadi, ini 3 cara untuk mengetahui keadaan pasaran Bursa Malaysia sama ada Bursa tengah rugi atau tidak iaitu dengan melihat kepada chart FBM KLCI, melihat kepada bilangan kaunter yang menaik dan melihat kepada bilangan volume pada hari tersebut. Perlu diingat, jika pasaran sedang menurun, ada juga cara untuk membuat keuntungan. Untuk mengetahui caranya, nantikan di post yang akan datang. Sila share jika bermanfaat!
Belajar Saham Melalui 5 Fasa
Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :
- Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
- Belajar Analisis Teknikal
- Belajar Analisis Fundamental
- Belajar Saham IPO
- Kajian Kes atau Case Studies
Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!
Anda masih belum ada akaun cds? Buka akaun cds di akauncds.com