|

Bursa Malaysia Excellence Award

Untuk industri kewangan dan ada kaitan dengan pelaburan di Bursa Malaysia, inilah event yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Alhamdulillah saya telah berjaya merangkul 4 anugerah,iaitu:

1. Top Remisiers Highest Account Opening (Shariah)

2. Top Remisiers Highest Reactivation Untraded Account (Shariah)

3. Top Remisiers Highest Value Traded Account (Shariah)

4. 1st Runner Up Best Remisier for Shariah

Terima kasih saya ucapkan kepada client saya terutamanya kerana percayakan saya untuk jadi remisier mereka. Tak lupa juga kepada team, yang lama atau masih bersama, students yang pernah belajar dengan Mahersaham dan semua yang follow Mahersaham dan berikan sokongan kepada saya.

Buat yang berminat nak jadi client saya boleh ke :

Pasaran Kewangan Itu Luas

Mungkin segmen shariah di Bursa Malaysia masih baru tidak seperti konvensional.

Macam-macam instrumen boleh dijual beli. Ternyata dalam bahagian detivative pun ramai yang menang award dalam kalangan remisier bumiputra yang memfokuskan instrumen patuh shariah – bermakna memang pasaran Melayu Islam sebolehnya nak memilih jual beli instrumen patuh shariah sahaja.

Ahli fizik,doktor,ahli ekonomi, programmer dan jurutera

Pasaran kewangan kadang tak memandang apa yang anda pelajari sewaktu di bangku universiti, asalkan anda ada minat dan kesungguhan maka anda boleh masuk dalam industri ini dan mendapatkan tempat yang tinggi dalam industri ini.

Peranan Setiap Ahli Yang Saling Melengkapi

Mendapat awards tidak bermakna orang tersebut lah yang paling bagus dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Kebanyakan awards ini adalah lebih bersifat yang mana menguntungkan Bursa Malaysia dari segi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam pelaburan dan aktif berurusniaga.

Dalam masa yang sama, ada ahli yang sanggup mengorbankan kerja-kerja mencari client tetapi berusaha sedaya upaya untuk mengetengahkan produk atau menambahbaik sistem pelaburan di Malaysia bagi lebih kondusif untuk pelabur muslim.

Ada juga yang menjadikan platformnya sebagai cara untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia celik kewangan secara keseluruhan pun ada.

Ini bermakna sekalipun mereka tak menang award, boleh jadi mereka lebih banyak berbakti daripada mereka yang menang.

Apa-apa pun kita ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan moga bertemu lagi pada tahun hadapan.

Akhir kata, buat yang berminat nak jadi client saya boleh ke

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *