Bullish Candlestick

Apa Itu Bullish Candlestick

Istilah bullish candlestick di ambil daripada nama haiwan ‘bull’ (lembu jantan). Kalau korang perasan, macam mana bull attack?

Bull akan menanduk daripada bawah ke atas. Kondisi ini menjadi penyebab bulllish candlestick juga dikenali sebagai kenaikan harga.

Candlestick bullish yang berwarna hijau bererti harga saham mengalami kenaikan di mana ia terjadi kerana pembeli lebih banyak daripada penjual.

Jenis-jenis Bullish Candlestick

  • Bullish Engulfing
  • Three White Soldier
  • Morning Star
  • Bullish Harami
  • Tweezer Bottom
  • Inverted Hammer
  • Hammer
  • Dragonfly Doji

Bullish Engulfing

Bullish Candlestick

Awalnya market dalam keadaan downtrend, apabila bullish engulfing berlaku maka reversal pattern akan berlaku.

Di mana akan berlakunya, uptrend.

Apa kriteria bullish engulfing ni? Candle akan ‘makan’ candle sebelahnya?

Hahhhh? bagaimana tu?

Rujuk gambar rajah di atas.

Kondisi yang dimaksudkan adalah candlestick hijau akan memakan kesemua candlestick merah.

Boleh rujuk contoh dalam trading view di bawah.

Bullish Candlestick
Kredit gambar: Trading view

Apabila market tengah downtrend kemudian bullish engulfing menjelma maka terjadinya reversal pattern. Uptrend pun berlaku.

Three White Soldier

Berlakunya tiga hari kenaikan berturut-turut.

Biasanya berlaku pada dua tempat.

Pertama pada reversal trend.

Market tengah downtrend kemudian berlakunya three white soldier maka akan berlakunya reversal trend iaitu berlakunya uptrend.

Bullish Candlestick

Kedua pada keadaan market tengah uptrend kemudian sideway sekejap.

Di mana market tengah sideway kemudian berlakunya three white soldier maka akan terjadinya uptrend naik lebih tinggi.

Rujuk gambar rajah di bawah

Kredit gambar: Tradingview

Kebanyakkan three white soldier berlaku pada reversal trend.

Bullish Candlestick

Morning Star

Fokus kepada 3 candlestick yang berada dalam kotak dalam gambar rajah di bawah.

Apabila market tengah downtrend, candlestick pertama warna merah.

Kemudian ada gap down dan kedua ada candlestick kecik (tak kisah warna merah atau hijau) di bawah.

Seterusnya ketiga ada candlestick hijau tetapi panjangnya tidak melebihi candlestick merah yang pertama.

Faham tak?

Korang rujuk gambar di bawah ini.

Bullish Candlestick

Kalau korang jumpa keadaan seperti ini maka itu adalah petanda morning star.

Kredit gambar: Trading view

Bullish Harami

Market dalam keadaan downtrend, kemudian akan berlaku reversal pattern iaitu uptrend.

Kondisi bullish harami ini berlaku apabila candlestick pertama adalah berwana merah kemudian candlestick kedua berwarna hijau dan candlestick tersebut kecik sahaja.

Bullish Candlestick

Candlestick hijau tidak melebihi panjang candlestick merah yang pertama.

Kredit gambar: Trading view

Tweezer Bottom

Berlaku apabila candlestick hijau/putih dan merah/hitam hampir sama dekat bawah (downtrend).

Maka itu adalah signal reversal.

Rujuk gambar di bawah.

Bullish Candlestick

Namun kondisi sebegini agak sukar untuk dijumpai.

Inverted Hammer

Bullish Candlestick

Ibarat tukul yang terbalik. Ekor candlestick panjang ke atas. Boleh rujuk gambar rajah di atas.

Ia berlaku di downtrend untuk reversal pattern.

Kredit gambar: Trading view

Hammer

Candlestick tersebut akan digelar sebagai hammer andai ekor ke bawah lagi panjang daripada body.

Bullish Candlestick

Untuk pengetahuan korang, candlestick tersebut tidak wajib berwarna hijau. Boleh jadi ia berwarna merah.

Kredit gambar: Trading view

Dragonfly Doji

Mudah untuk di kenalpasti kerana bentuknya seperi abjad besar T cumanya ekornya lebih panjang.

Rujuk gambar rajah di bawah.

Bullish Candlestick

Dragonfly doji boleh berlaku pada reversal pattern dan juga continuous pattern.

Apa maksudnya ni?

Market tengah downtrend kemudian berlaku dragonfly doji maka chart naik sedikit untuk buat higher low kemudian berlaku dragonfly doji sekali lagi untuk teruskan kenaikan.

Boleh rujuk contoh di bawah.

Kredit gambar: Trading view

Harapnya korang memahami ilmu mengenai bullish candlestick ini.

Agar lebih mudah bagi kita membuat trading plan.

Ingat ada banyak lagi jenis bullish candlestick.

Yang kita belajar hari ini ada 8 jenis bullish candlestick.

Semoga bermanfaat!!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.


Similar Posts