ASB Online-Buka Akaun ASB Kini Lebih Mudah
Sebelum ini jika nak buka akaun ASB perlu ke cawangan berdekatan atau ejen ASB seperti Maybank, Cimb, BSN, pejabat pos.
Namun sekarang lebih mudah dan cepat kerana telah ada Aplikasi myASNB untuk anda mendaftar akaun ASB.
Tak perlu lagi beratur panjang atau tunggu giliran untuk buka akaun di kaunter.
Cara Buka Akaun ASB Online
Pertama: Download App myASNB di Playstore atau App Store.
Kedua: Klik ‘Sign Up’. Isikan nombor IC, nombor telefon anda dan tick pada term & condition.
Ketiga: Masukkan OTP yang dihantar melalui sms telefon anda.

Keempat: Isikan maklumat diri anda hingga habis. Semak dan pastikan segala maklumat bank akaun anda betul sebelum klik ‘Yes’.

Kelima: Lengkapkan bahagian ‘Self Declaration‘ dan ‘Details Of Emplyment‘
Keenam: Klik ‘Verify Now‘.

Ketujuh: Snap kad pengenalan anda depan belakang dan Upload untuk pengesahan identiti.

Kelapan: Rekod video anda dengan sebut nombor yang keluar di skrin anda.
Kesembilan: Tunggu proses approval. Selepas pengesahan semak sms anda.
Sekarang anda sudah boleh teruskan langkah yang seterusnya.

Kesepuluh: Klik semula ‘Sign Up’. Masukkan nombor IC dan Nombor telefon anda. Cek sms masukkan OTP.

Kesebelas: Klik pada ‘Account Creation’. Kemudian isikan maklumat akaun asb anda. Lengkapkan juga 3 soalan keselamatan yang tertera.
Selepas selesai klik ‘Done’.

Kedua belas: Siap! Sekarang anda sudah boleh mula melabur di akaun asb anda secara online.

Kelebihan Aplikasi ASB – myASNB
Menerusi aplikasi myASNB, anda boleh:
- Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma
- Menyemak urusniaga terkini
- Butiran pelaburan terperinci
- Membuka akaun baharu unit amanah ASNB
- Jualan Balik
- Penyata Akaun
- Pelaburan Akaun Bijak/Remaja oleh Penjaga Berdaftar
Kesimpulan
Sekarang segala pelaburan kebanyakannya boleh terus dibuat secara atas talian sahaja. Bukan sahaja boleh melabur asb Online.
Bahkan untuk melabur emas pun boleh simpan secara digital sahaja. Anda boleh mula beli emas serendah RM1 jer!
Selain itu, untuk mulakan pelaburan saham juga boleh buka akaun CDS secara Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.