Trading Plan 3 Perkara Wajib Faham

Loading...

Trading Plan merupakan plan target anda wajib ada sebelum mula membeli apa-apa saham sekalipun.
Jika melabur tanpa Trading plan ini ibaratnya melebur sahaja, tiada hala tuju dan tiada tujuan.
Sebagai contoh, sebelum melabur saham anda mesti dah kena tahu:
Anda perlu ingat dalam saham bukan seperti institusi pelaburan lain yang ada Pengurus Dana untuk uruskan capital anda.
Dalam saham anda sendiri perlu monitor dan tentukan sebarang keputusan beli dan jual saham di Bursa Malaysia.
Sebab itu, anda wajib tahu 3 Perkara ini dalam Trading Plan.
Trading Plan terbahagi kepada 3 iaitu:

Trading Plan ini nampak mudah je, tapi kalau trade tanpa trading plan kelak anda menempah mautlah. Sebab apa?
Sebab anda perlu ambil kira Berapa Untung dan Rugi yang anda sanggup tanggung berdasarkan kiraan modal dan bilangan unit yang anda masuk.
Sebagai contoh, anda ada modal RM2K dan bercadang untuk beli saham Y sebanyak 5000 unit.
Kemudian anda kira berapa Bid untuk TP dan CL. Adakah target tersebut anda rasa berbaloi?
Jika berbaloi anda boleh teruskan dengan Trading Plan tersebut. Jika tidak sila cari dan kaji kaunter lain.
Anda Faham?
Maksudnya, sebelum nak masuk (beli) mana-mana saham lagi anda dah kena tahu apa target dan sasaran anda beli saham tersebut.
Dan jika tidak berjaya berapa sasaran untuk cut loss bagi kurangkan risiko kerugian.
Menentukan harga untuk TP, EP dan juga CL sepatutnya berdasarkan support dan resistance, tapi dalam strategi teknikal yang ke arah ‘trend following’, harga untuk TP dan CL akan berubah secara dinamik mengikut situasi semasa.
Nak buat satu trading plan yang padu juga memerlukan kepada konsep kawalan risiko yang baik, satu istilah yang kita panggil Risk Reward Ratio.
Untuk melihat artikel-artikel dalam analisis teknikal secara komprehensif, pergi ke artikel Teknikal Analisis.
Jadi lepas ini anda perlu fikirkan Trading Plan target anda untuk 3 perkara ini iaitu Entry Price, Target Price dan Cut Loss. Dengan trading plan yang jelas, anda boleh buat keputusan yang lebih teratur dan mengelakkan kerugian besar.
Trading Plan adalah pelan dagangan yang merangkumi Entry Price (EP), Target Price (TP) dan Cut Loss (CL). Ia penting supaya anda mempunyai panduan sebelum membeli atau menjual saham dan tidak membuat keputusan secara emosi.
Entry Price biasanya ditentukan berdasarkan analisis teknikal seperti support dan resistance. Anda perlu kenal pasti paras harga yang berpotensi untuk membeli dengan risiko yang rendah.
Cut Loss perlu dilakukan apabila harga saham jatuh di bawah paras sokongan yang telah anda tetapkan. Jangan tunggu terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar.
Tidak. Trading Plan bergantung kepada jenis saham, strategi dagangan anda (swing trading, intraday, atau long-term), serta toleransi risiko anda. Setiap saham mungkin mempunyai TP, EP dan CL yang berbeza.
Bersedia untuk mula melabur saham dengan lebih terancang? Buka akaun CDS anda sekarang dan mula berdagang hari ini. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap bermula dalam pelaburan saham.