Teknik Dollar Cost Averaging dan Regular Savings Plan

Loading...

Dollar Cost Averaging (DCA) dan Regular Savings Plan (RSP) ni sebenarnya strategi TERBAIK untuk pelabur runcit macam kita yang nak bina kekayaan jangka panjang dengan konsisten. Tak perlu tunggu duit banyak, tak perlu jadi pakar teknikal, dan yang paling penting – boleh TIDUR LENA walaupun market turun mendadak!
DCA ni konsep simple je. Kita tetapkan satu jumlah duit yang sama, dan laburkan secara konsisten pada tempoh masa yang tetap – sama ada setiap minggu, bulan atau suku tahun.
Contoh: Katakan kita ada RM500 sebulan untuk melabur dalam saham KLCI-ETF. Tak kira harga unit tu RM1.00 ke RM1.20 atau turun jadi RM0.80, kita tetap laburkan RM500 tu setiap bulan.
Bila harga turun, kita dapat unit lebih banyak. Bila harga naik, kita dapat unit kurang sikit. Secara purata, harga seunit yang kita bayar akan lebih rendah berbanding orang yang cuba nak “time the market”.
INI FAKTA, BUKAN PENDAPAT!
RSP ni sebenarnya aplikasi DCA yang telah “diautomatikkan” oleh institusi kewangan. Bank atau syarikat pelaburan akan potong duit kita secara automatik setiap bulan dan laburkan duit tu dalam dana yang kita pilih.
Kenapa RSP ini SANGAT BERGUNA?
Dia tak kurang beza macam anda melabur dalam KWSP, sebab setiap bulan anda kena mencarum dan KWSP yang laburkan wang anda secara berterusan.
Sebab TIDAK KONSISTEN! Bila market turun, mereka panik dan STOP contribution. Ini KESILAPAN TERBESAR. Ingat, bila market turun, itulah masa terbaik untuk kita dapat more units dengan harga murah!
Ramai juga yang tak sabar. DCA ni bukan strategi nak kaya cepat. Ini strategi nak bina kekayaan SECARA KONSISTEN dalam tempoh 10-20 tahun.
Kalau nak belajar teknik lain pun boleh juga, contohnya macam Buat untung dalam Saham dengan formula 5T
Bagi yang masih tak yakin, cuba kira sendiri hasil pelaburan RM500 sebulan selama 20 tahun dengan pulangan purata 7% setahun. Hasilnya hampir RM250,000 walaupun kita cuma laburkan total RM120,000!
Akhir kata, pelaburan berjaya bukan tentang IQ tinggi atau ilmu teknikal yang hebat. Ia tentang KONSISTENSI dan kawalan EMOSI. DCA dan RSP adalah cara terbaik untuk mencapai kedua-duanya.
Contoh-contoh ini diambil daripada laman web Investopedia


Teknik Dollar Cost Averaging atau regular savings plan adalah teknik supaya anda tak perlu kisah bila nak melabur dalam market, adakah timing anda betul atau tidak.
Namun demikian, sekiranya anda tahu market memang tengah teruk, cuma tak tahu sampai berapa lama, melaksanakan strategi ini TERUTAMANYA ketika market tengah teruk, akan lebih membuahkan hasil.
Saham adalah kebarangkalian, dengan anda menimba ilmu, anda akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk untung konsisten dalam pasaran saham. Berminat nak belajar, boleh ke Pembelajaran Bersama Mahersaham .
Dollar Cost Averaging (DCA) ialah strategi pelaburan di mana anda melabur jumlah wang yang tetap pada selang masa yang konsisten, tanpa mengira harga pasaran semasa. Teknik ini mengurangkan risiko membeli pada harga puncak dan meratakan kos purata pelaburan anda.
DCA ialah konsep umum melabur secara berkala, manakala RSP ialah produk kewangan yang ditawarkan oleh institusi seperti broker atau bank yang secara automatik menjalankan pembelian berkala untuk anda. RSP menjadikan pelaksanaan DCA lebih mudah dan berdisiplin.
Ya, DCA sangat berkesan semasa pasaran jatuh kerana anda akan memperoleh lebih banyak unit pada harga rendah. Apabila pasaran pulih, purata kos anda akan jauh lebih rendah berbanding pelabur yang cuba time the market. Strategi ini menghapuskan tekanan emosi semasa pasaran tidak menentu.
Boleh. DCA boleh diaplikasikan untuk saham individu, ETF seperti KLCI-ETF, atau dana amanah di Bursa Malaysia. Pastikan anda pilih kaunter yang mempunyai fundamental yang kukuh dan rekod prestasi yang konsisten untuk hasil jangka panjang yang optimum.
Teknik DCA dan RSP adalah cara terbaik untuk membina kekayaan jangka panjang tanpa perlu risau tentang masa yang tepat untuk masuk pasaran. Mulakan langkah pertama anda hari ini.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.