Loading...
Pertama sekali anda kena tahu akaun CDS yang anda ada dan akaun CDS itu berada di bawah broker mana.
Kebiasaannya satu broker hanya akan ada satu akaun CDS sahaja. Untuk semak akaun CDS anda anda boleh install aplikasi Bursa Anywhere app.
Setelah anda tahu cds anda dengan broker mana sila hubungi broker anda tersebut dengan pergi ke laman web broker anda.
Jika broker anda adalah Mplus ataupun Malacca Securities Sdn Bhd maka anda boleh teruskan langkah berikut.
Buat carian dalam e-mel anda untuk e-mel yang datang daripada [email protected]. Biasanya emel-emel awal yang anda dapat ada menulis siapakah remisier anda.
Anda boleh login in Mplus Online di PC atau laptop dengan pergi ke laman web mplusonline.com.my kemudian setelah berjaya login pergi ke bahagian My Account > My Profile.
Jika anda menggunakan aplikasi Mplus Global anda boleh pergi ke menu Me dan kemudian pergi ke bahagian My Dealer’s Representative. Anda akan dapat lihat siapakah anda punya remisier di situ.
Jika belum ada akaun Mplus Global boleh daftar di daftar di sini dan anda akan dihalakan kepada WhatsApp untuk panduan selanjutnya.
Anda boleh semak melalui emel daripada broker, login ke laman web broker seperti Mplus Online, atau semak dalam aplikasi Mplus Global di bahagian My Dealer's Representative.
Broker ialah syarikat berlesen yang menguruskan jual beli saham, manakala remisier ialah individu yang berdaftar di bawah broker untuk melayani pelabur secara langsung sebagai wakil perunding.
Ya, anda boleh memohon untuk menukar remisier dalam broker yang sama. Hubungi pihak broker anda untuk proses pertukaran remisier tanpa perlu membuka akaun CDS baharu.
Remisier anda bertanggungjawab memberikan khidmat sokongan pelaburan. Mengetahui siapa remisier anda memudahkan komunikasi dan memastikan anda mendapat bantuan yang sewajarnya.
Mengetahui siapa remisier anda adalah langkah penting untuk mendapatkan sokongan pelaburan yang terbaik.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.