Rahsia ‘Composite Man’: Cara Jerung Kawal Pasaran Saham (Panduan Wyckoff untuk Newbie)

Loading...

Composite men tu apa? Pernah tak anda beli saham, dan tiba-tiba harga jatuh merudum seolah-olah pasaran tahu anda baru masuk entry? Atau bila anda cut loss, harga tiba-tiba harga melambung naik balik?
Jangan risau, anda bukan bernasib malang. Anda cuma sedang berdepan dengan satu entiti yang dipanggil Composite Man.
Dalam dunia trading, jika anda tak faham siapa lawan anda, anda akan diratah hidup-hidup dalam tu.
Hari ini, kami akan bongkarkan satu konsep legend dari Richard D. Wyckoff yang akan mengubah cara anda melihat chart selamanya. Kita akan belajar teknik berenang bersama ‘jerung’, bukan menjadi lauk mereka.
Belum Ada Akaun CDS Direct? Nak trade saham perlu ada satu,Jom Buka dengan kami di Mahersaham:Akaun CDS Percuma
Dalam Wyckoff Method, Composite Man adalah satu watak fiksyen atau metafora yang dicipta untuk mewakili sekumpulan jerung dalam pasaran.
Dalam konteks pasaran Malaysia,ia lebih dikenali sebagai “syndicate”
Bayangkan Composite Man ini sebagai:
Secara individu, mereka mungkin bersaing sesama sendiri. Tapi secara kolektif, tindakan mereka membentuk satu kuasa besar yang memanipulasi dan menggerakkan harga saham.
Falsafah Wyckoff: “Anggaplah semua pergerakan pasaran adalah hasil manipulasi satu orang lelaki (Composite Man). Jika anda faham permainannya, anda untung. Jika tidak, dia akan ambil duit anda.”
Sebagai trader kecil (retail), kita tak boleh lawan Composite Man. Tapi kita boleh jadi “ikan remora” yang menempel pada badan jerung—kita ikut ke mana dia pergi.
Wyckoff mahu pedagang runcit belajar berfikir seperti pemain besar kerana:
Bahasa mudahnya:
👉 Trader kecil tidak perlu tahu pun siapa sebenarnya Composite Man ni — cukup faham bagaimana dia “bermain” di pasaran.
Setelah Berpuluh tahun mengkaji pasaran, Wyckoff membuat beberapa kesimpulan:
Composite Man merancang, menjalankan dan menamatkan kempen dengan sangat teratur.
Composite Man akan “mengiklankan” saham yang dia mahu jual.
Caranya:
Ini yang kita dalam Wyckoff panggil “distribution disguised as strength”.
Trader perlu belajar membaca carta untuk menilai niat pemain besar.
Carta bukan sekadar naik dan turun — ia ialah “bahasa” yang menunjukkan:
Dengan latihan, kita boleh memahami tindakan Composite Man lebih awal.
Menurut Wyckoff, sesiapa yang mampu menafsir pergerakan Composite Man pada carta akan dapat:
Ini ialah asas kenapa Wyckoff dianggap salah satu teknik membaca pasaran paling relevan hingga hari ini.
Composite Man tidak membeli dan menjual secara rawak. Dia ada game plan yang sangat teratur. Dia perlu mengumpul pegangan (saham) secara senyap, menaikkan harga, dan menjualnya semula kepada anda bila harga mahal.

Ini adalah 4 fasa wajib yang beliau cipta:
Ini adalah fasa di mana harga bergerak mendatar (sideways) selepas jatuh teruk.
Selepas poket Composite Man penuh dengan saham murah, dia akan memulakan enjin.
Ini fasa paling bahaya untuk newbie. Harga sudah naik tinggi dan mula mendatar semula di puncak.
Stok di tangan Composite Man dah habis dijual. Tiada siapa lagi nak sokong harga.
Composite Man boleh tipu berita, boleh tipu earnings report, tapi dia tak boleh tipu Volume.
Jejak kaki Composite Man sangat besar. Ini cara nak kesan dia:
Volume adalah “bahan api”.
Tengok saiz candlestick.
Contoh Situasi Pasaran: Bayangkan Saham XYZ keluar berita dapat projek RM1 Bilion. Harga buka Gap Up tinggi.
Newbie berebut beli. Tapi, di chart anda nampak volume gila-gila tinggi, tapi candlestick berbentuk “Shooting Star” atau ada ekor panjang di atas.
Ramai trader baru gagal sebab mereka cuba melawan arus atau lambat bertindak.
| Kesilapan Newbie (Mangsa) | Strategi Pro (Ikut Composite Man) |
| Beli bila berita baik keluar di TV/Media Sosial. | Beli semasa fasa Accumulation atau awal Markup. |
| Takut beli bila chart nampak membosankan (sideways). | Tahu sideways adalah tempat Smart Money kumpul stock. |
| Hold saham bila harga pecah Support sebab “sayang” tak nak jual,boleh naik lagi ni. | Keluar awal bila nampak tanda Distribution. |
| Abaikan Volume, hanya tengok harga. | Guna Volume untuk sahkan pergerakan harga. |
Macam mana nak guna ilmu ni esok pagi bila pasaran buka? Ikut langkah ini:
Memahami Konsep Composite Man Wyckoff bukan bermaksud kita boleh ramal masa depan 100%, tapi ia memberi kita peta untuk tidak sesat.
Actionable Steps untuk Trader Baru:
Ingat, jangan jadi mangsa pasaran. Jadilah penjejak Composite Man. Belajar berenang arah yang sama dengan arus duit besar!
Adakah artikel ini membantu anda faham siapa ‘Big Boss’ dalam market? Jika ya, kongsikan artikel ini dengan rakan trader anda supaya mereka pun tak terperangkap lagi!
Composite Man ialah konsep yang mewakili kumpulan pemain besar (smart money) seperti institusi kewangan dan syndicate yang menggerakkan harga saham. Mereka mengumpul saham secara senyap sebelum menaikkan harga.
Empat fasa utama ialah Accumulation (pengumpulan), Markup (kenaikan harga), Distribution (pengagihan), dan Markdown (penurunan harga). Memahami fasa-fasa ini membantu trader mengenal pasti masa terbaik untuk masuk dan keluar pasaran.
Perhatikan zon sideways pada carta dan analisis volume dagangan di kawasan tersebut. Volume yang luar biasa tinggi semasa harga sideways biasanya menunjukkan smart money sedang mengumpul atau mengagih saham.
Ya, teknik Wyckoff sesuai dipelajari oleh newbie kerana ia mengajar cara membaca struktur harga dan niat pasaran, bukan sekadar bergantung pada indikator teknikal semata-mata.
Selepas memahami konsep Composite Man, langkah seterusnya ialah mempraktikkan analisis carta pada saham sebenar di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus dan mula praktikkan analisis Wyckoff pada saham di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: