Pulangan 12% Setahun Dianggap Rendah?

Loading...


Berikut merupakan sebahagian kandungan laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023.
Laporan yang dikeluarkan mendapati bahawa Rakyat Malaysia menganggap pulangan 12.4% setahun dianggap rendah.
Manakala pulangan 42.9% setahun dikira sebagai pulangan yang tinggi.
Menurut laporan tersebut, pelabur didapati mempunyai jangkaan yang tidak realistik terhadap pulangan tahunan daripada pelaburan di dalam produk pasaran modal.
Begitu juga kesedaran tentang jumlah kerugian yang sanggup ditanggung oleh pelabur menunjukkan kurangnya kesedaran mengenai tahap risiko pelaburan dalam pasaran modal.
Terdapat beberapa instrumen pelaburan yang menjadi pilihan para pelabur dengan bertujuan untuk menggandakan wang mereka.
Contohnya seperti saham, unit amanah, emas, hartanah dan ASB.
Bagi pelabur yang menginginkan pelaburan berisiko rendah, kebiasaannya mereka akan memilih instrumen ASB, AHB dan Tabung Haji.
Jika diikutkan secara puratanya, pulangan menerusi instrumen-instrumen ini dianggarkan 5% hingga 6% setahun.
Kemudian, selepas memilih pelaburan risiko rendah, pelabur akan mengembangkan portfolio mereka dengan melabur dalam saham hartanah, unit amanah dan emas.
Pelabur dibenarkan untuk menambah risiko mengikut kesanggupan mereka untuk menanggung risiko tersebut bermula daripada pelaburan rendah risiko kepada tinggi risiko.
Benar, instrumen-instrumen tersebut mampu memberikan pulangan sehingga 100% malah 200%.
Dalam dunia pelaburan saham, kenaikan 100% bagi sesuatu kaunter mengambil masa 5 tahun sekurang-kurangnya.
Namun begitu, ia bergantung kepada prestasi sesuatu syarikat.
Jika bagus syarikat tersebut, maka harga saham syarikat akan turut meningkat.
Harga syarikat juga mampu melonjak naik sekiranya ada berita positif mengenai syarikat tersebut.
Persoalannya, berapa kali peluang seperti ini dapat dinikmati oleh pelabur?
Dalam pelaburan kita diajar untuk memaksimakan keuntungan dengan meminimumkan kerugian.
Biar pulangan sesuatu pelaburan itu rendah, tetapi konsisten dan berterusan daripada pulangan yang tinggi tetapi berisiko tinggi.
Silap hari bulan, rugi yang tidak berkesudahan.
Ini kerana, keuntungan dalam saham dikategorikan sebagai pendapatan pasif iaitu pendapatan sampingan yang menyokong kepada punca pendapatan utama.
Pelabur juga perlu bijak menguruskan emosi supaya objektif pelaburan berada pada landasan yang betul.
Hal ini kerana, objektif jangka masa panjang sesuatu pelaburan berbeza dengan jangka masa pendek.
Jadi, jangan biarkan emosi mempengaruhi keputusan anda.
Dalam pasaran saham, tidak mustahil untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, tetapi untuk konsisten sebanyak ini sangat mencabar.
Berbicaralah mengenai keuntungan yang realistik.
Sehari keuntungan 1-3% adalah realistik untuk dibincangkan jika dibandingkan dengan 30% keuntungan sehari.
Tambahan lagi, keadaan pasaran saham yang sedang merah.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah ramai orang di luar sana yang terjerumus dalam skim cepat kaya kerana ingin mendapatkan pulangan yang tinggi.
Menurut statistik, seramai 17 juta mangsa sindiket pelaburan dilaporkan dengan anggaran kerugian RM4.9 bilion.
Malah, penganjuran skim cepat kaya mengalami transformasi digital dan turut meniru sistem urus niaga pelaburan saham.
Skim cepat kaya digital kini mampu merentasi sempadan bertunjangkan kejayaan meniru platform Bursa Malaysia.
Lebih menyedihkan lagi apabila sasaran penipuan skim cepat kaya ini tertumpu kepada golongan yang sudah berusia.
Hal ini kerana, golongan ini mudah terpedaya kerana tidak mempunyai ilmu mengenai penipuan skim cepat kaya malah mempunyai modal yang dikeluarkan daripada simpanan KWSP.
Ingat, mana mungkin pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat dengan modal yang sedikit.
Ya, pulangan 12% setahun dalam saham adalah realistik dan sebenarnya dianggap sangat baik berbanding instrumen pelaburan lain seperti FD (3-4%) dan ASB (4-7%), terutama jika dicapai secara konsisten.
Ramai terpengaruh dengan janji skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan 30-50% sebulan, menyebabkan ekspektasi tidak realistik dan akhirnya terjebak dalam penipuan pelaburan.
Tanda-tanda skim cepat kaya termasuk janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat, tekanan untuk melabur segera, tiada lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti, dan model perniagaan yang tidak jelas.
Pulangan 1-3% sehari sudah dianggap sangat baik dalam dagangan saham, berbanding janji 30% sehari yang ditawarkan oleh skim penipuan — pelabur perlu mempunyai ekspektasi yang realistik.
Mulakan pelaburan saham dengan ekspektasi realistik dan ilmu yang betul — elakkan skim cepat kaya dengan membina portfolio pelaburan yang sah di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham secara sah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: