Psikologi Pelaburan Saham: 13 Perangkap Emosi Yang Boleh Hancurkan Portfolio Anda

Loading...

Pengikut teori pasaran efisien (Efficient Market Hypothesis) percaya harga saham sentiasa mencerminkan nilai sebenar syarikat. Kalau teori ini 100% benar, pelabur bijak tak mungkin dapat mencari saham undervalued dan mengalahkan pasaran. Tetapi realitinya berbeza.
Sejarah membuktikan ramai pelabur berjaya membina kekayaan dengan membeli saham murah yang diabaikan pasaran, lalu menjualnya ketika terlebih nilai. Jadi, apa sebenarnya yang mendorong naik turun harga saham? Jawapannya mudah: emosi manusia.
Ketakutan, tamak, overconfident, kurang sabar, ikut-ikutan—semua ini lebih berkuasa daripada logik. Tanpa manusia yang membeli dan menjual, harga saham akan kekal mendatar. Inilah sebabnya psikologi pelaburan adalah ilmu yang pelabur tidak boleh abaikan.
Dalam pasaran saham, emosi sering mengatasi logik. Bila takut, ramai panik dan menjual secara terburu-buru. Bila tamak, mereka mengejar saham panas tanpa kira risiko. FOMO (fear of missing out) pula membuatkan pelabur sanggup membeli saham mahal semata-mata takut terlepas peluang.
Contoh klasik: sebelum krisis kewangan Asia 1997, ramai terlalu optimistik hingga KLCI melonjak ke 1,270. Tetapi dalam masa 18 bulan, indeks jatuh 76%.
Ramai pelabur lebih percaya cerita indah berbanding fakta. Media dan penganalisis kadang-kadang menggambarkan syarikat bermasalah seolah-olah masih “punya potensi”. Akhirnya pelabur membeli kerana naratif, bukan realiti.
Herd mentality adalah perangkap besar. Bila semua orang membeli, pelabur lain pun ikut membeli tanpa kajian. Bila semua panik menjual, mereka ikut menjual. Tetapi kalau hanya ikut arus, mustahil anda dapat kalahkan pasaran.
Pelaburan sebenar perlukan masa. Tetapi ramai mahu untung cepat. Beli pagi ini, nak jual petang. Kata Warren Buffett:
“Anda tidak boleh hasilkan bayi dalam masa sebulan dengan menghamilkan sembilan wanita sekaligus.”
Peluang sering muncul ketika saham bagus jatuh harga. Tetapi ramai menunggu terlalu lama. Bila harga mula naik, baru nak masuk—dan biasanya sudah terlambat.
Ramai tak mahu menjual saham rugi kerana enggan “mengaku kalah”. Hakikatnya, semakin lama anda pegang saham yang jatuh, semakin besar kerugian. Kadang-kadang lebih baik keluar awal dan fokus pada peluang lain.
Ada yang beli saham hanya kerana harap harga akan naik. Ini seperti berjudi. Lebih berbahaya bila tambah pelaburan pada saham yang terus jatuh, atau istilahnya catching a falling knife.
Pelabur sering terlalu melekat pada saham yang dimiliki. Mereka melebih-lebihkan nilainya walaupun pasaran memberi isyarat sebaliknya. Akhirnya, keputusan pelaburan jadi tidak rasional.
Keyakinan itu perlu, tetapi bila berlebihan ia berbahaya. Pelabur yang terlalu yakin biasanya abaikan risiko, malas buat kajian, dan menolak pandangan orang lain. Bila keadaan tidak seperti dijangka, kerugian besar menanti.
Confirmation bias membuatkan pelabur hanya mahu dengar berita baik tentang saham kegemaran mereka. Fakta buruk ditolak, walaupun lebih tepat.
Ramai hanya tengok harga harian. Mereka beli kerana khabar angin, jual kerana harga naik sikit. Hakikatnya, saham bernilai perlukan masa untuk berkembang. Fokus pada jangka pendek hanya akan membuat anda terlepas keuntungan besar jangka panjang.
Ego adalah musuh besar pelabur. Ramai lebih suka cari alasan berbanding mengaku silap. Padahal, kesilapan adalah guru terbaik. Pelabur yang belajar dari kesalahan akan jadi lebih baik.
Ramai pelabur tidak kenal gaya dan kelemahan diri. Ada yang kononnya “pelabur jangka panjang”, tetapi panik bila saham jatuh sehari dua. Ada pula yang mengaku “day trader”, tetapi bila tersangkut di pucuk terus jadi “long term investor”. Tanpa kesedaran diri, apa pun strategi tidak akan berjaya.
Psikologi pelaburan merujuk kepada faktor emosi dan tingkah laku yang mempengaruhi keputusan pelabur. Ia penting kerana ramai pelabur rugi bukan kerana gagal membaca carta, tetapi kerana gagal mengawal emosi seperti tamak, takut, dan terlalu yakin.
Antara perangkap emosi paling biasa termasuk herd mentality (ikut-ikutan), enggan cut loss, overconfidence, confirmation bias, dan pelaburan berasaskan harapan semata-mata tanpa kajian yang kukuh.
Pelabur perlu mengenali gaya dan kelemahan diri sendiri, menetapkan pelan pelaburan yang jelas termasuk had cut loss, membuat kajian sendiri sebelum membeli, dan bersedia mengaku kesilapan untuk belajar daripadanya.
Tidak. Selain analisis teknikal dan fundamental, pelabur juga perlu menguasai ilmu kawalan emosi. Tanpa kawalan emosi yang baik, walaupun analisis tepat, keputusan pelaburan boleh terjejas oleh panik atau tamak.
Kuasai bukan sahaja ilmu pelaburan, tetapi juga kawalan emosi untuk menjadi pelabur yang lebih bijak.
Buka akaun CDS melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: