Pemilik Ayam Brand Bukan Rakyat Malaysia?!

Loading...

Ayam Brand, sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu.
Pergilah di mana-mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka, jenama Ayam Brand pasti ada dijual di situ.
Satu jenama yang cukup popular dan menjadi pilihan orang ramai dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi dan sedia untuk dimakan.
Kini jenama ayam Brand sudah tersebar luas merentasi Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.
Ia juga sangat menitikberatkan kualiti produknya dimana bahan-bahannya disedia tanpa menggunakan bahan pengawet, MSG dan trans lemak.
Siapa sangka jenama yang begitu terkenal ini diasaskan oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang bernama Alfred Clouet.
Pada awalnya, syarikat ini bertapak di Singapura yang mana ketika itu sebahagian daripada British Malaya pada tahun 1982.
Ketika itu, makanan dalam tin dianggap sebagai makanan mewah.
Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres yang juga merupakan bangsa Perancis juga.
Sehingga kini, nama pengasas diabadikan menerusi nama syarikat pengedaran iaitu A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia
Hingga kini, 100 peratus produk sardin Ayam Brand dihasilkan di kilang berkenaan dan kira-kira 1,200 pekerja tempatan berkhidmat di situ.
Tahukah anda, syarikat Ayam Brand ialah salah satu daripada kilang pengeluar sardin terbesar di Asia tenggara.
Selain itu, kilang ini turut menerima pensijilan tertinggi termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tahap kualiti pengeluaran dan kebersihan.
Kini, jenama ini meluaskan lagi rangkaian produknya termasuklah tuna, santan kelapa, kacang panggang dan buah-buahan.
Syarikat Ayam Brand juga menjadi ahli Global Compact, rangkaian singapura sejak 1 Januari 2016.
Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dikendalikan oleh Synovate iaitu sebuah syarikat penyelidikan pasaran global.
Tinjauan tersebut meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama di Asia, di atas nama-nama yang terkenal seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, atau American Express.

Ayam Brand juga aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti kerja amal dengan rumah-rumah kebajikan.
Syarikat ini sangat berbesar hati apabila dapat membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan enak dan berkhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan.
Menerusi aktiviti kemasyarakatan tersebut, syarikat ini yakin ianya satu platform yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat.

Alfred Clouet ialah contoh ahli usahawan yang membina nama di negara bukan kelahirannya iaitu Perancis.
Lelaki ini berjaya mencipta nama yang luar biasa dalam perniagaan yang diasaskannya.
Jadi, kita juga boleh mengikuti jejak langkah usahawan Alfred Clouet dengan mencurahkan segala usaha serta keazaman yang tinggi dalam membangunkan empayar perniagaan.
Ayam Brand diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang usahawan Perancis pada tahun 1892 di Singapura dan kini dimiliki oleh Denis Group, sebuah syarikat keluarga yang berpangkalan di Singapura.
Tidak, Ayam Brand bukan syarikat Malaysia walaupun sangat popular di negara ini — ia merupakan syarikat swasta yang berpangkalan di Singapura dan tidak tersenarai di mana-mana bursa saham.
Ya, produk Ayam Brand yang dijual di Malaysia telah mendapat pensijilan halal dan mematuhi piawaian JAKIM untuk pasaran pengguna Muslim di Malaysia.
Walaupun Ayam Brand tidak tersenarai di bursa, pelabur Malaysia boleh melabur dalam syarikat makanan lain yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti Berjaya Food, Dutch Lady, dan Ajinomoto yang kebanyakannya patuh syariah.
Berminat untuk memiliki saham syarikat makanan terkenal di Bursa Malaysia — langkah pertama ialah membuka akaun pelaburan.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: