Pemansuhan Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Hingga 30 Jun 2021

Loading...

Assalamualaikum dan Hai. Tuan-tuan dan Puan-puan.. kita telah pun menghampiri awal tahun 2021 dan bakal mengakhiri tahun 2020. Moga segala azam dan impian anda tercapai dengan baik. Untuk tahun 2021 ini juga kita ada satu berita baik untuk anda semua di mana telah keluar berita mengenai pengecualian cukai terhadap penjualan kenderaan telah dilanjutkan hingga ke 30 Jun 2021
Telah keluar berita dalam akhbar di The Edge Market pada 30 Disember mengenai pengecualian cukai terhadap penjualan kereta.
Dalam berita tersebut ia memberitahu sepatutnya pengecualian cukai ini berakhir esok tetapi telah di lanjutkan hingga ke 30 Jun 2021.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pengecualian ini akan sangat menguntungkan sektor kenderaan memandangkan ketidakpastian ekonomi akibat daripada wabak Covid-19.
Ini adalah antara langkah inisiatif kerajaan untuk memulihkan ekonomi dalam sektor kenderaan atau pengangkutan dengan memansuhkan tax. Selain itu, ini juga dapat memperbaiki institusi kewangan
Selepas kerajaan memansuhkan sales tax ni kita semua nampak bahawa demand terhadap kenderaan tempatan dan luar negara meningkat. Hal ini menggalakkan orang membeli kereta.
Dengan adanya inisiatif ini kemungkinan syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor automotif ini akan mendapat lebih banyak permintaan dan perniagaan mereka juga akan tambah berkembang dengan baik.
Seperti yang tertulis di dalam akhbar kadar pengecualian cukai jualan kenderaan adalah 100% untuk kereta tempatan dan juga 50% adalah untuk fully imported car.
Berkata Presiden Persatuan Perusahaan Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor:
“Pengecualian cukai jualan membantu memacu permintaan untuk kereta terpakai pada separuh kedua tahun ini dan kami menjangkakan penjualan akan meningkat antara 8% dan 10% tahun ke tahun pada tahun 2020.
Daripada apa yang kita dapat lihat di sini ternyata dengan pengecualian cukai ini permintaan terhadap kenderaan akan meningkat.
Tambahan pula, Datuk Tony Khor berkata tanpa pengecualian cukai ini industri kereta terpakai akan melihatkan penurunan jualannya dari tahun ke tahun antara 20% dan 30% untuk tahun 2021.
Kesimpulannya, diharapkan dengan pemansuhan ini sektor automotif dan juga syarikat-syarikat yang menyokong operasi sektor automotif ini mendapat tempias yang baik.
Tambahan pula, peningkatan jualan kereta dilihat sebagai satu perkara yang positif.
Kerajaan memansuhkan cukai jualan ke atas kenderaan CKD (Completely Knocked Down) sebanyak 100% dan kenderaan CBU (Completely Built Up) sebanyak 50% bagi tempoh tertentu untuk merangsang sektor automotif.
Pemansuhan cukai ini menyebabkan harga kereta turun secara signifikan, menjadikan kenderaan lebih mampu milik dan meningkatkan permintaan dalam pasaran automotif.
Peningkatan permintaan kenderaan akibat harga lebih rendah memberi kesan positif kepada syarikat-syarikat dalam sektor automotif di Bursa Malaysia, termasuk pengeluar dan pengedar kenderaan.
Ya, polisi cukai kerajaan boleh memberi kesan besar kepada prestasi sektor tertentu di pasaran saham. Pelabur yang mengikuti perkembangan dasar kerajaan boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.
Ingin merebut peluang pelaburan dalam sektor automotif dan sektor lain di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mula melabur dengan panduan profesional. Dapatkan juga ebook percuma Mahersaham untuk asas pelaburan saham yang kukuh.