Siri Pelabur Fundamental Terhebat : Warren Buffett

Loading...

Warren Buffett dilahirkan di Nebraska, Omaha USA pada 30 Ogos 1930. Beliau kini berusia 88 tahun.
Merupakan manusia ke-3 terkaya di dunia berdasarkan Forbes’ Top 20 Billionares 2018, dengan jumlah kekayaan sebanyak $84 billion.
Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik, Warren Buffett telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang pelaburan dengan membeli saham pertama beliau ketika berusia 11 tahun.
Selain itu, beliau juga telah terlibat dengan bisnes kecil-kecilan seperti membeli botol-botol cola dengan harga yang murah dan menjualnya kembali untuk mendapatkan keuntungan.
Kini, beliau adalah seorang tokoh pelabur fundamental yang berjaya dan tidak asing lagi di dunia. Belajar perbezaan antara analisa fundamendal dan teknikal di sini
Di dalam pasaran saham, terdapat ramai pedagang atau pelabur yang mampu menjana keuntungan lebih 100% bagi sesuatu saham.
Malahan, ada juga yang mancapai keuntungan lebih 1000% dalam masa yang sangat singkat!
Namun, tiada seorang pun yang mampu menandingi kehebatan beliau. Jadi, apa rahsia beliau?
“Keajaiban dunia ke-8”
Ya, Warren Buffet berjaya kerana mengambil peluang terhadap keajaiban dunia ke 8 iaitu “compounded interest” manakala ramai pelabur dan pedagang yang lain gagal.
Beliau mampu mendapat pulangan dalam linkungan 20% setahun secara konsisten dengan jumlah dana yang bersaiz berbillion dollar.
“Peraturan pertama, jangan rugi”
“Peraturan kedua, jangan lupa peraturan pertama”
Warren Buffet akan mencari syarikat-syarikat yang menjadi semakin bernilai saban tahun dan kekal memberi komitmen kepada saham syarikat tersebut.
Sebagai contoh, beliau dan rakan bisnes, Charlie Munger, telah membeli See’s Candies pada tahun 1972 dan telah melabur lebih $1 billion dalam saham syarikat Coca-cola pada tahun 1988.
Kini, Warren Buffett masih lagi memegang saham syarikat tersebut.
Warren Buffett merupakan pengerusi dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.
Beliau mula membeli saham syarikat tersebut pada tahun 1962 dan ketika itu, bisnes utama syarikat tersebut adalah dalam pengeluaran tekstil. Namun, beliau telah menyedari bahawa industri tekstil kian merudum.
Pada tahun 1967, Buffett telah mengambil keputusan untuk meluaskan bisnes syarikat tersebut di dalam industri insurans dan lain-lain pelaburan.
Kini, antara saham-saham syarikat terkenal yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway adalah The Coca-cola Company, Apple, Bank of America, Kraf Heinz Company, dan American Express.
Pada tahun 2010, Buffett di dalam satu temu ramah stesen televisyen telah mengakui bahawa membeli syarikat Berkshire Hathaway adalah satu keputusan pelaburan yang tidak bijak.
Hal ini kerana beliau telah membeli syarikat tersebut ketika prestasi bisnes syarikat kian merudum.
Buffett menganggarkan telah kerugian hampir $200 billion akibat tindakan tersebut.
Warren Buffett adalah pelabur fundamental terhebat dunia dan CEO Berkshire Hathaway. Beliau dikenali sebagai "Oracle of Omaha" dan merupakan antara manusia terkaya di dunia melalui pelaburan saham jangka panjang.
Buffett mengamalkan strategi value investing — membeli saham syarikat berkualiti pada harga yang berpatutan dan memegangnya untuk jangka panjang. Beliau fokus kepada fundamental syarikat seperti pendapatan, pengurusan, dan kelebihan kompetitif (economic moat).
Value investing adalah strategi membeli saham yang harganya di bawah nilai sebenar (intrinsic value) syarikat. Pelabur value percaya pasaran kadang-kadang salah menilai harga saham, dan mereka mencari peluang apabila harga lebih rendah daripada nilai sebenar.
Ya, prinsip asas value investing boleh diaplikasikan di Bursa Malaysia. Pelabur perlu belajar membaca penyata kewangan, memahami perniagaan syarikat, dan bersabar untuk pelaburan jangka panjang.
Belajar daripada pelabur terhebat dunia seperti Warren Buffett boleh membantu anda membina strategi pelaburan yang lebih kukuh dan berdisiplin.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk analisis fundamental.
Bacaan lanjut: