Paten: 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Loading...

Menurut MyIPO, definisi paten adalah satu hak ekslusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Dalam bisnes, proses penjanaan idea dan inovasi bakal tercetus hasil daripada pemikiran kreatif dan kajian yang dilakukan oleh tenaga kerja dalam sesuatu syarikat.
Dan perkara yang dibangunkan samada sistem mahupun produk, ia dilihat mampu menyumbang kepada keuntungan syarikat.
Undang-undang paten di Malaysia terkandung di bawah Akta Paten 1983 manakala Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah badan yang terlibat bagi urusan pendaftaran dan pentadbiran.
Dan tahukah anda, paten merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam harta intelek.
Tempoh bagi hak perlindungan paten adalah 20 tahun .
Jangan memandang ringan isu paten ini kerana ia boleh memberikan impak yang besar terhadap bisnes anda.
Berikut merupakan perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai paten:
Sistem paten memberi hak eksklusif kepada orang yang menciptanya.
Adakah anda pernah mendengar istilah ‘intangible asset‘ atau aset tak ketara?
Jika kita bercakap mengenai aset, ia harus datang dalam bentuk fizikal contohnya rumah, mesin, cash, inventori, tanah, bangunan dan sebagainya.
Walaubagaimanapn, intangible asset juga merupakan kategori di bawah aset di mana ianya bukan berbentuk fizikal.
Terdapat dua jenis intangible asset tidak terbatas (indefinite) seperti jenama dan terbatas (terbatas) seperti hakcipta.
Jenama, paten, trademark dan hakcipta adalah contoh bagi intangible asset.
Buat pengetahuan anda, intangible asset mampu memberi impak dalam menjana pendapatan syarikat.
Intangible asset boleh menjadi lambang kepada nilai syarikat dan kelangsungan syarikat pada jangka masa panjang.
Sekiranya anda mempunyai sebuah rekacipta yang ingin di paten kan, ini adalah salah satu langkah pertama bagi melindungi hak cipta anda.
Ya, dengan mematenkan hak cipta anda, anda boleh dilindungi daripada sebarang penipuan dan penganiayaan.
Perlindungan ini adalah penting bagi menghalang pihak ketiga mengambil kesempatan dan memastikan hanya anda seorang sahaja yang mempunyai hak untuk menjana pendapatan ke atas hak cipta tersebut.
Dan hak cipta ini dimiliki oleh siapa yang mendaftarnya terlebih dahulu.
Ia juga mampu menghalang seseorang daripada mendapat duit daripada hasil titik peluh anda.
Katakanlah anda mendapati ada pihak melanggar hak cipta tanpa kebenaran anda, anda berhak untuk mendakwa pihak tersebut kerana anda berkuasa untuk melakukannya sebagai pemilik kepada hak cipta tersebut.
Ciptaan yang dipatenkan sebenarnya adalah ciptaan yang merangkumi setiap aspek kehidupan seseorang individu mahupun masyarakat.
Contohnya Edison dan Swan telah mematenkan lampu elektrik.
Paten memberikan insentif dan perlindungan kepada kelompok yang menciptanya dengan memberi pengiktrafan kepada kreativiti mereka dan ganjaran kewangan hasil ciptaan mereka.
Pada masa yang sama, paten memberi ruang kepada penyebaran ilmu pengetahuan yang baharu dan merancakkan inovasi di antara industri.
Hal ini kerana inovasi ini akan sentiasa di baiki oleh pesaing-pesaing dalam industri.
Inovasi ini mengambil kira aspek jaminan kualiti, kehidupan manusia dan kesejahteraan masyarakat.
Sebagai kesimpuan, artikel ini akan diakhiri dengan beberapa case study yang melibatkan isu paten dalam bisnes.
2015: Microsoft dan Google berbalah selama lima tahun mengenai isu paten yang melibatkan sistem permainan Xbox dan telefon pintar Motorola.
2016: Samsung menang kes rayuan paten terhadap Apple dalam perang paten.
2016: Huawei saman Samsung kerana didakwa melanggar paten telefon pintar.
Paten adalah hak ekslusif yang diberikan kepada pencipta untuk melindungi rekacipta mereka daripada ditiru selama tempoh tertentu (biasanya 20 tahun). Ia penting kerana memberi insentif kepada syarikat untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) — menjadi aset bernilai tinggi yang boleh meningkatkan nilai syarikat.
Syarikat yang memiliki paten kuat mempunyai kelebihan kompetitif kerana pesaing tidak boleh meniru produk mereka. Ini melindungi margin keuntungan dan membolehkan syarikat menetapkan harga premium. Pelabur menilai portfolio paten sebagai aset tidak ketara yang meningkatkan nilai intrinsik syarikat.
Antara yang terkenal ialah perang paten antara Samsung dan Apple yang berlangsung bertahun-tahun, serta pertikaian antara Microsoft dan Google. Perang paten boleh menelan kos berbilion ringgit dan mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat yang terlibat — menjadikannya faktor risiko yang perlu dipantau pelabur.
Pelabur boleh menyemak bilangan paten yang dimiliki syarikat, sektor teknologi yang dilindungi, tempoh sah paten, dan sejarah litigasi paten. Syarikat dengan portfolio paten yang kuat dan pelbagai biasanya mempunyai moat (halangan persaingan) yang lebih kukuh untuk jangka panjang.
Memahami nilai paten dalam perniagaan membantu pelabur mengenal pasti syarikat yang mempunyai kelebihan kompetitif jangka panjang — satu faktor penting dalam analisis fundamental sebelum melabur.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham syarikat inovatif di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar cara menganalisis syarikat sebelum melabur.
Bacaan lanjut: