Minyak Dan Gas

Loading...

SUMATEC Bhd merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 1979 yang membekalkan sumber oil and gas untuk downstream sector.
Antara syarikat lain yang bergiat dalam industri ini termasuklah Sapura Energy, Velesto Energy, Deleum, Hibiscus Petroleum, Reach Energy, dan Scomi.
Gas asli terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terbina daripada metana, sedikit etana, propana serta hidrokarbon berat.
Apabila metana disejukkan ke paras suhu -161’C ia bertukar dari bentuk gas menjadi cecair.
Melalui proses ini, yang telah bertukar dalam bentuk cecair, dikurangkan menjadi 1/600 dari jumlah isipadu gas asli di dalam bentuk gas.
Oleh itu, ia boleh dibawa dengan tangki-tangki khas dengan jumlah yang banyak ke tempat-tempat yang memerlukannya.
Apabila dicair dan disejukkan, gas asli cecair dapat disimpan pada kadar tekanan udara.
Oleh itu, ia boleh dijadikan simpanan gas yang berguna dan boleh dikeluarkan apabila permintaan barangan tersebut melebihi kadar biasa.

Medan Rakushechnoye terletak di Barat Kazakhstan, Semenanjung Mangyshlak.
Kira-kira 15 kilometer ke daratan dari Laut Caspian dan kira-kira 105km tenggara dari Aktau, sebuah pusat serantau utama.
Rakushechnoye terletak berdekatan dengan infrastruktur eksport; 120km ke Pelabuhan Aktau dan 60km ke saluran paip minyak dan gas utama.
Sumatec pada awalnya telah mengadakan perjanjian pelaburan bersama dengan Markmore Energy (Labuan) Limited dan CaspiOilGas LLP untuk membangunkan medan Rakushechnoye O&G yang terletak di sebelah barat Kazakhstan.
Walau bagaimanapun kontrak perjanjian untuk membangunkan medan tersebut di Kazakhstan akan ditamatkan berkuatkuasa 17 Oktober 2019.
Syarikat milik penuh Sumatec Oil and Gas LLP (SOG) telah memfailkan kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober.
Ia telah menerima notis daripada CaspiOilGas LLP (COG) untuk menamatkan perjanjian pelaburan bersama ‘joint investment agreement (JIA)’ untuk membangunkan medan tersebut.
Kekangan kewangan dan undang-undang ‘financial and legal predicaments’ yang dihadapi oleh Sumatec telah diketengahkan oleh COG dalam notis penamatan.
Perkara ini telah memberi kesan kepada keupayaan SOG untuk mematuhi kewajipannya untuk melaksanakan program pelaburan / kerja yang sesuai.
Dan menyediakan pembiayaan yang diperlukan bagi operasi petroleum di bawah perjanjian berkenaan.
COG telah meminta Sumatec untuk mengesahkan sama ada SOG masih boleh terus beroperasi di bawah JIA dan memberikan jaminan bahawa ia akan dapat mengurus kedudukan kewangannya, serta mengenepikan petisyen penggulungan oleh peminjam hutang perkapalannya.
Di samping itu, CaspiOilGas meminta Sumatec mengemukakan solusi kepada masalah ini dan menawarkan pelan berwibawa untuk memastikan pembiayaan operasi dapat diteruskan dengan lancar.
Minggu lepas, Sumatec telah diberi penangguhan oleh Bursa Malaysia untuk mengemukakan regularization plan itu pada 29 Oktober 2019.
Pada hari yang sama, Sumatec mengumumkan peletakan jawatan pengarah urusannya, Abu Talib Abdul Rahman atas alasan peribadi.
Regularization plan itu melibatkan tunai sehingga RM100 juta dan pembinaan kemudahan pemprosesan gas dan pengaturan penyelesaian dengan pemiutang kumpulan Sumatec yang melibatkan jumlah penyelesaian 15 sen setiap RM1.00 yang terhutang kepada pemiutang.
Syarikat akan membuat pengumuman yang diperlukan mengenai butir-butir dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara-perkara di atas selaras dengan syarat-syarat di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam masa terdekat.
Sektor minyak dan gas merangkumi syarikat yang terlibat dalam penerokaan, pengeluaran, penapisan, dan pengedaran minyak serta gas asli, termasuk syarikat seperti Sumatec, Hibiscus Petroleum, dan Dialog Group.
Risiko utama termasuk turun naik harga minyak mentah global, kebergantungan kepada kontrak kerajaan, isu tadbir urus korporat, dan kemungkinan syarikat dikelaskan sebagai PN17 jika gagal memenuhi keperluan penyenaraian.
Regularization plan ialah pelan pemulihan yang perlu dikemukakan oleh syarikat PN17 kepada Bursa Malaysia untuk menunjukkan cara syarikat akan kembali kepada keadaan kewangan yang sihat dan mematuhi keperluan penyenaraian.
Ya, sektor ini masih relevan kerana Malaysia adalah pengeluar minyak dan gas utama di Asia Tenggara, namun pelabur perlu buat kajian teliti dan memahami risiko sebelum melabur.
Sektor minyak dan gas menawarkan peluang pelaburan yang menarik tetapi memerlukan pemahaman mendalam tentang industri — langkah pertama ialah memiliki akaun pelaburan yang betul.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham minyak dan gas di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: