KWSP ONLINE – KELUARKAN RM500 SECARA ONLINE

Loading...

KWSP Online menyediakan pelbagai kemudahan lebih-lebih lagi dapat mengelakkan penularan Covid.
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri pada 23 Mac 2020 terhadap isu covid-19, memutuskan untuk memberikan beberapa inisiatif kepada rakyat.
Ini adalah bagi membantu kelangsungan ekonomi dan rakyat dalam mendepani waktu yang sukar ini.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti peruntukan dalam sektor perubatan, penangguhan bayaran PTPTN, peruntukan kepada setiap negeri dan kemudahan pengeluaran i-Lestari.
i-Lestari merupakan kemudahan kepada pencarum KWSP membuat pengeluaran KWSP bagi meringankan beban kewangan dalam tempoh pandemic Covid -19 ini.
Antara perkara yang telah ditetapkan adalah:
1. Pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2
2. Kadar maksimum pengeluaran terhad RM500 sebulan untuk tempoh selama setahun sehingga Mac 2021
3. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020
Maka bagi memudahkan ahli membuat pengeluaran, boleh buat dengan cara Online iaitu melalui i-Akaun.
Tidak perlu ke kaunter KWSP lagi setiap kali ingin membuat permohonan pengeluaran wang KWSP.
Dengan perkhidmatan kwsp online juga membolehkan anda membuat pengeluaran sekiranya kaunter KWSP tutup atas sebab-sebab covid dan lain-lain.
Anda bukan sahaja boleh membuat permohonan pengeluaran secara Online, malah lebih memudahkan kerana dapat:
1. Semak Penyata KWSP setiap tahun
2. Semak status permohonan pengeluaran
3. Semak transaksi pengeluaran
4. Semak maklumat penamaan
5. Mengira anggaran jumlah untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
6. Kemaskini maklumat peribada ahli termasuk alamat surat-menyurat
7. Semak log aktiviti i-Akaun
Selain itu, perkhidmatan secara Online ini dapat mengurangkan interaksi dan sentuhan sekiranya ke kaunter yang terdedah kepada risiko penularan virus Covid.
Ikuti beberapa langkah di bawah untuk daftar KWSP Online.
Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP atau Kaunter KWSP untuk dapatkan ID & Kata Laluan sementara.
Layari laman web KWSP. Pergi ke ‘Log Masuk’.
Gunakan ID & Kata laluan sementara yang diberikan melalui SMS untuk aktifkan akaun. Pengaktifan boleh dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas menerima sms.
Bahagian Terma dan Syarat klik Setuju.
Seterusnya pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
Selepas pengaktifan berjaya, akan keluar notifikasi berjaya pada paparan skrin anda
Selesai! Anda sudah boleh Log masuk dengan maklumat akaun baru.
Sumber: Portal KWSP
Jadi bagi memudahkan urusan anda pada masa akan datang, daftarlah KWSP Online segera. Anda boleh buat pengeluaran menggunakan telefon pintar atau laptop sahaja.
Sangat mudah, laju dan menjimatkan masa. Segalanya boleh dibuat hanya di hujung jari! Beralihlah kepada Online sekarang.
Anda boleh membuat pengeluaran KWSP secara online melalui portal iAkaun KWSP — hanya perlu log masuk, pilih jenis pengeluaran, dan ikuti langkah-langkah yang disediakan tanpa perlu ke kaunter.
Untuk mendaftar iAkaun KWSP, anda perlu mempunyai nombor ahli KWSP, kad pengenalan, nombor telefon bimbit yang aktif, dan akaun bank untuk menerima bayaran pengeluaran.
Proses pengeluaran KWSP online biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja selepas permohonan diluluskan, bergantung kepada jenis pengeluaran dan kelengkapan dokumen.
KWSP Online menjimatkan masa dan tenaga kerana semua urusan boleh dilakukan di hujung jari menggunakan telefon pintar atau laptop tanpa perlu beratur di kaunter KWSP.
Selain menguruskan KWSP, anda juga boleh mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia untuk membina kekayaan jangka panjang.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: