Jual Beli Saham Di Platform MPLUS (M+)

Loading...

Jual beli saham di Bursa Malaysia merupakan salah satu aktiviti baru yang telah berjaya menarik minat orang ramai di negara kita.
Aktiviti ini semakin meningkat terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada awal tahun 2020 lalu.
Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu untuk berdagang di pasaran saham.
Jadi saya rasa terpanggil untuk menerangkan lagi secara terperinci kepada anda semua.
Kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun CDS anda boleh mendaftar di sini.
Bagi yang telah daftar akaun CDS melalui Mplus (M+) anda boleh ikuti tutorial ini.
Pertama :
Layari laman web https://www.mplusonline.com.my

Pastikan anda menggunakan Edge Browser dalam Internet Explorer mode agar dapat access semua features yang ada.
Jika tidak, anda masih boleh gunakan browser popular yang lain seperti Chrome dan Firefox sekiranya lebih suka browser tersebut.
Kebanyakan orang juga sekarang lebih senang melakukan jual beli saham dengan menggunakan phone sahaja. Untuk lihat aplikasi-aplikasi yang sesuai ‘install’ dalam phone anda, boleh ke artikel Aplikasi Saham Terbaik Buat Pelabur.
Kedua:

Masukkan username dan password anda kemudian log in.

Paparan seperti di atas akan keluar setelah anda login. Anda boleh fokus pada icon buy dan sell dalam kotak merah.
Pertama:
Cari kaunter yang ingin dibeli.

Kedua:
Pilih buy berwarna hijau

Ketiga:
Masukkan kuantiti, harga dan validity yang anda inginkan kemudian klik send now. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Keempat:
Paparan seperti di bawah akan keluar,masukkan trading pin anda kemudian klik OK.

Trading pin sama seperti password akaun trading anda.
Oh ya, sebelum anda membeli sebarang saham pastikan dalam akaun CDS anda telah ada duit atau anda telah deposit duit, kalau tak, confirm tak dapat nak beli saham.
Pertama:
Pilih kaunter yang anda sudah dibeli.

Kedua:
Pilih sell berwarna merah

Ketiga:
Masukkan kuantiti yang sudah beli, harga dan validity yang anda inginkan kemudian klik send now. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Ingat, hanya mereka yang sudah beli saham sahaja boleh jual saham. Iyalah kalau tak ada saham macam mana nak jual kan.
Semoga bermanfaat!
M+ atau Mplus ialah platform dagangan saham dalam talian yang membolehkan pelabur membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia. Platform ini menyediakan antaramuka yang mudah digunakan untuk membuat pesanan beli dan jual saham secara terus.
Untuk membeli saham di Mplus, anda perlu memilih kaunter saham yang dikehendaki, klik butang BUY berwarna hijau, kemudian masukkan kuantiti, harga dan validity yang diinginkan. Selepas itu, klik send now untuk menghantar pesanan belian anda.
Untuk menjual saham di Mplus, pilih kaunter saham yang telah anda beli, klik butang SELL berwarna merah, masukkan kuantiti yang ingin dijual beserta harga dan validity, kemudian klik send now. Hanya saham yang sudah dibeli sahaja boleh dijual.
Syarat utama untuk mula jual beli saham di Bursa Malaysia ialah anda perlu memiliki akaun CDS (Central Depository System). Akaun CDS ini berfungsi sebagai akaun penyimpanan saham anda secara elektronik dan diperlukan sebelum boleh membuat sebarang transaksi saham.
Belum ada akaun CDS? Daftar akaun CDS bersama Mahersaham hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Dapatkan ebook percuma asas saham daripada Mahersaham sekarang.
Bacaan lanjut: