IPO KIM HIN JOO Berhad

Loading...

Initial Public Offering, IPO KIM HIN JOO Berhad telah dibuka untuk semua. KIM HIN JOO (MALAYSIA) Berhad menjual pakaian bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung.
Untuk faham apa itu IPO boleh baca di APA ITU IPO ATAU SAHAM TERBITAN AWAM?






Bermula sebagai private limited company pada 10 Februari 1978 dengan nama KIM HIN JOO (MALAYSIA) Sdn Bhd dan pada 31 Oktober 2018 menjadi public limited company dengan nama KIM HIN JOO (MALAYSIA) Berhad.
Jika anda ke midvalley sebagai contoh anda akan lihat outlet yang signboardnya ada tulis “Mothercare” so itu adalah kepunyaan KIM HIN JOO iaitu segment mainan kanan, peralatan ibu mengandung dan juga peralatan bayi.
Dibawah KIM HIN JOO Berhad terdapat 3 lagi struktur untuk syarikat ini iaitu : 
Group business untuk KIM HIN JOO adalah seperti berikut

Mothercare mula di Malaysia pada tahun 1987. Sekarang, mereka mempunyai 16 kedai di seluruh negara dengan kedai utama terletak di Suria KLCC. Di gedung utama, ini adalah pengalaman membeli-belah yang mempamerkan pelbagai jenis fesyen kanak-kanak, nurseri, pushchairs, kerusi kereta dan fesyen. Mereka juga mempunyai reputasi yang kukuh dalam kepakaran, kualiti, keselamatan dan inovasi dalam produk dan perkhidmatan untuk ibu-ibu, bayi dan anak-anak.
Revenue untuk syarikat ini adalah seperti berikut:

2015 RM77 JUTA
2016 RM84.8 JUTA
2017 RM 93 JUTA
2018 RM97 JUTA
Jika kita lihat graf ini ia semakin meningkat meningkat dan terus meningkat.
Kekuatan syarikat ini adalah :

Syarikat ini memerlukan sebanyak 32.68 juta . Dari 32.68 juta ada beberapa pecahannya seperti berikut

Dari 10 juta Expansion of our retail network, KIM HIN JOO Berhad plan untuk membuka 4 atau 5 outlet lagi dalam masa 3 tahun. Outlet ingin bercadang di buka di Ipoh, Melaka, Kuantan dan Miri Sarawak.
Mereka mengambil kira sejarah pembukaan outlet sebelum ini diantara 1.5juta – 2.0 juta untuk sesebuah outlet. Jadi dengan 10 juta mampu menghasilkan lagi 4 atau 5 outlet.
Manakala untuk “Expansion of Our Toys Range” mereka memerlukan 5 juta iaitu 15.3% untuk membuka Kedai Mainan untuk kanak-kanak. Mereka bercadang untuk buka sekurang-kurangnya 3 atau 4 outlets.
Untuk Revamp and upgrade our back-end IT infrastructurer system mereka memerlukan RM 3 juta iaitu 9.18% untuk install sistem yang berkaitan businsess mereka.
Akhir sekali dalam Business expansion ini mereka allocate RM2 juta iaitu 6.12% untuk mengembangkan dan menempatkan semula Mothercare yang sedia ada untuk outlet yang lebih besar.
Ini akan melibatkan kerja-kerja renovation dan penambahan barangan. Jadi total untuk Business expansion ini mereka memerlukan RM20 JUTA keseluruhannya iaitu 61.2%
Untuk working capital pula mereka memerlukan RM8.8JUTA iaitu 27.17% ini untuk operational overhead, maintenance, pengiklanan dan juga pengeluaran barangan baru.
Lisitng Expenses: 11.63% iaitu sebanyak RM3.8JUTA untuk listing iaitu seperti Profesional Fees, Fees of authorities, underwriting commissions, brokerage and placement fees, others fees and contigencies.
Bagi muslim status syariah sangat penting dalam menjaga harta kita. Untuk IPO KIM HIN JOO Berhad ini ia berstatus patuh syariah berdasar sumber di ambil dari laman facebook BIMB SECURITIES Sdn Bhd.

Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Jika anda menggunakan CIMBCLICKS anda boleh baca disini CARA MEMOHON IPO MELALUI ONLINE BANKING CIMB
Ini hanya pandangan penulis sahaja, bagi saya IPO KIM HIN JOO Berhad adalah satu IPO yang baik dari segi REVENUE, bank penasihat untuk syarikat ini iaitu UOB KAY HIAN SECURITIES (M) SDN BHD dan kegunaan ipo itu sendiri. Jika kita lihat kegunaan IPO untuk syarikat adalah untuk mengembangkan lagi business mereka. Ini sangat bagus untuk sesebuah syarikat.
Bagi peserta kelas Supertrader Mahersaham mereka tahu apa itu GOOD IPO dan BAD IPO yang kami ajar dalam kelas tersebut.
Secara umumnya saya menegaskan ini hanya pandangan peribadi saya tentang IPO KIM HIN JOO Berhad. Sebarang keputusan untuk memohon IPO ini adalah di tangan anda para pelabur yang bijak sekalian.
IPO KIM HIN JOO Berhad ialah tawaran saham awam pertama oleh syarikat yang menjual pakaian bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung untuk disenaraikan di Bursa Malaysia — ia berstatus patuh Syariah.
Dari pandangan penulis, KIM HIN JOO dinilai sebagai IPO yang baik dari segi revenue, bank penasihat (UOB Kay Hian Securities), dan kegunaan dana IPO yang bertujuan mengembangkan bisnes syarikat.
Bagi pelabur Muslim, status patuh Syariah memastikan pelaburan mereka halal — maklumat ini boleh disemak melalui sumber seperti BIMB Securities atau senarai rasmi Suruhanjaya Sekuriti.
Antara perkara penting termasuk revenue dan keuntungan syarikat, bank penasihat yang dilantik, kegunaan dana IPO, status patuh Syariah, dan prospek pertumbuhan perniagaan syarikat.
Berminat nak mula melabur dalam IPO dan saham di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: