Hukum Forex oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa

Loading...

Forex iaitu singkatan kepada Foreign Exchange yang bererti pertukaran matawang asing.
Oleh itu, amatlah penting memastikan jual beli ini dilakukan berdasarkan syarat-syaratnya yang khusus.
Jika tidak menepati syarat, maka transaksi itu menjadi batil dan terlibat dengan riba yang diharamkan.
Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut.
Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay’ (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platform elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.
Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.
Secara peribadi, urusan jual beli sah sekiranya barang yang didagangkan adalah komoditi.
Namun begitu, pertukaran mata wang dengan duit bukanlah komoditi yang boleh didagangkan.
Duit adalah medium pertukaran antara dua pihak dalam urusan jual beli dan urusan urus niaga.
Maka oleh sebab itu, forex jatuh hukum haram dalam soal ini.
Tetapi ianya berlainan jika pertukaran wang dilakukan antara institusi yang berlesan seperti money changer atau institusi kewangan yang berdaftar selagi mana ia memenuhi syarat-syaratnya iaitu dibayar secara tunai, bukan hutang dan tidak boleh berlaku sebarang penundaan dalam proses serah dan terima wang berkenaan.
Hadis yang diriwayat oleh Ubadah bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai (tidak bertangguh).
Hadis riwayat Imam Muslim (no. 1587)
Selain itu, isu forex ini masih ramai yang samar-samar dengan hukumnya dan menjadi tanda tanya ramai masyarakat hari ini.
Bagi pendapat saya berbaliklah pada yang asal.
Kaji terlebih dahulu sebelum menceburi dalam apa jua bentuk pelaburan.
Semoga kita sentiasa berada pada landasan yang betul seiring dengan hukum syarak dalam pada mengejar kepantasan ekonomi dunia.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa memutuskan bahawa perdagangan forex secara spekulatif melalui platform dalam talian adalah haram kerana melibatkan unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi), dan riba. Namun, pertukaran mata wang asing secara tunai untuk keperluan sebenar (seperti di money changer) adalah harus selagi memenuhi syarat syarak.
Pertukaran mata wang mesti dilakukan secara tunai (spot), tidak bertangguh, tiada penundaan dalam serah terima, dan bukan secara hutang. Jika melibatkan mata wang yang sama, kuantiti dan kualiti mesti sama. Jika berbeza jenis, transaksi mestilah secara tunai tanpa penangguhan.
Forex menarik kerana pasaran beroperasi 24 jam, leverage tinggi membolehkan dagangan dengan modal kecil, dan potensi keuntungan yang besar. Namun, leverage tinggi juga bermakna risiko kerugian yang besar. Ramai yang tidak sedar bahawa lebih 70% pedagang forex runcit rugi wang.
Pelabur Muslim boleh melabur dalam saham patuh Syariah di Bursa Malaysia (lebih 700 pilihan), unit amanah Syariah, sukuk, Tabung Haji, ASB, dan emas fizikal. Saham patuh Syariah menawarkan potensi pulangan tinggi dengan ketelusan regulasi yang lebih baik berbanding forex.
Sebagai pelabur Muslim, penting untuk memastikan setiap pelaburan mematuhi hukum syarak — dan saham patuh Syariah di Bursa Malaysia menawarkan alternatif yang telus, terkawal, dan halal.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham patuh Syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham yang halal dan patuh Syariah.
Bacaan lanjut: