Dunkin’ Donuts dan E-Commerce

Loading...

Tidak dinafikan, dengan kemudahan ‘E-commerce’ yang semakin berkembang pesat di Malaysia, Dunkin’ Donuts telah melonjakkan hasil penjualan.
Potensi yang ada pada perniagaan online sangat luarbiasa kerana dengan cara ini, syarikat mampu meraih lebih banyak keuntungan berbanding jualan di premis-premis atau di kedai-kedai.
Sistem pengurusan juga mudah untuk dilaksanakan, kemas dan sistematik.
Proses pengumpulan maklumat dan data berkaitan transaksi juga dapat dikumpulkan dengan lebih terurus.
Kos-kos jualan dapat dioptimumkan tanpa perlu risau untuk mengeluarkan duit syarikat bagi tujuan promosi dan pemasaran produk.
Rangkaian perniagaan Dunkin’ Donuts telah diperluaskan dengan Shopee, platform alam maya No.1 di Malaysia.
Di samping jaminan kualiti yang berterusan, syarikat ini juga dapat memberi satu pengalaman terbaik untuk pengguna.
Bermula pada September tahun lepas, sewaktu kedai online pertama kali dilancarkan.
Pengguna seringkali menggunakan aplikasi telefon bimbitnya untuk melihat produk-produk yang tersedia ‘through extensive catalogue‘ atau sebarang promosi yang ditawarkan sebelum berkunjung ke premis-premis atau kedai-kedai makanan dan minuman.
Taktik pemasaran inovatif dan agresif seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa manfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan.
Pengunjung platform tersebut meningkat sebanyak empat kali ganda dan boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, mereka sentiasa bersedia untuk menyediakan solusi pemasaran ‘marketing solutions‘ atau bersama-sama mengadakan kempen ‘co-organizing campaigns‘.
Perniagaan yang berkembang itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kemudahan yang terdapat ketika proses menebus baucer dan harga yang lebih eksklusif serta tawaran diskaun yang menarik menerusi jualan dalam talian.
Selain itu, teknologi terkini dan sumber yang cukup membolehkan pemasaran produk kepada pelanggan yang belum pernah membeli produk tersebut.
Sejak dilancarkan pada 26 Jun 2019 yang lalu, syarikat telah berjaya mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang telah berakhir pada 9 September itu juga telah berjaya menjual lebih 5,000 donuts.
Di samping itu, tawaran minuman Chocolate dan Coffee juga mendapat sambutan yang tinggi.
Kedai online juga mencatatkan peningkatan ‘daily order‘ sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness.
Baucar 9-donut juga habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan sebanyak 1.6 kali berbanding kempen sebelumnya.
Dunkin' Donuts menggunakan platform e-commerce untuk menawarkan baucer dan diskaun eksklusif dalam talian, menjangkau pelanggan baharu, dan menjalankan kempen seperti 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day.
E-commerce membolehkan perniagaan makanan menjual secara dalam talian dengan kos operasi lebih rendah, menjangkau pelanggan yang lebih luas, dan menawarkan promosi yang menarik untuk meningkatkan jualan.
Pertumbuhan e-commerce membuka peluang pelaburan dalam saham syarikat yang berjaya memanfaatkan platform digital, kerana peningkatan jualan dalam talian biasanya membawa kepada pertumbuhan pendapatan dan harga saham.
Pelabur perlu melihat pertumbuhan jualan dalam talian, strategi digital marketing, kadar pengekalan pelanggan, dan keupayaan syarikat menyesuaikan diri dengan trend teknologi semasa.
Kejayaan Dunkin' Donuts dalam e-commerce menunjukkan potensi besar syarikat yang memanfaatkan teknologi digital — pelabur bijak perlu mengenal pasti peluang ini.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham syarikat yang aktif dalam e-commerce di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menilai potensi pertumbuhan syarikat sebelum membuat pelaburan.
Bacaan lanjut: