Cara Pengiraan ASB Financing dengan 2 Teknik

Loading...

Cara pengiraan ASB Financing penting untuk diambil perhatian.
Sebelum apply ASB Financing perlu tahu selok-beloknya dan teknik mana yang sesuai dengan kita.
Jika tidak ibarat membabi buta sahaja kita bayar bulan-bulan pada bank.
Dengan mengetahui cara pengiraan ASB Financing akan memudahkan kita mencapai target dan kemahuan pada masa hadapan.
ASB Financing boleh menjadi game plan sebagai tabung simpanan kepada seseorang.
Bagi yang mengahadapi masalah dan alasan untuk menyimpan, sebenarnya ada caranya.
Sebagai contoh ada yang kata “susahnya nak menyimpan, tak sempat nak simpan duit dah habis belanja”.
Kepada yang mempunyai kesedaran perancangan kewangan tetapi asyik gagal menyimpan, ASB Financing adalah jawapannya.
Ini adalah kerana salah satu kebaikan ASB Financing membantu menyimpan secara paksa. Dengan cara paksa sebegini mendisplinkan seseorang supaya menyimpan setiap bulan.
Namun, perlu juga tahu apa beza ASB Financing dengan loan-loan yang lain. Kenapa ASB Financing lebih diberi keutamaan berbanding loan lain.
Plan 50k selama 35 tahun dengan minimum 5 tahun untuk terminate. Bulanan sekitar RM245 (mengikut kadar interest bank. Setiap bank menawarkan kadar yang berbeza-beza).

Contoh jadual ASB Financing Hong Leong Islamic Bank (Julai, 2019)
Merujuk pada rajah diatas, bagi ASB Financing Hong Leong Islamic Bank RM50K selama tempoh 35 tahun:
Effective Rate: 4.75% (kadar mengikut ekonomi semasa)
Modal setahun: RM245 x 12 bulan = RM2,940
Sebagai contoh dividen ASB umumkan 7%, maka 7% x 50k (nilai sijil) = RM3,500 (dividen setahun)
Untung setahun = dividen – modal
= RM3,500 – RM2,940
= RM560
Dengan game plan selama 5 tahun, teknik rolling bermaksud bayar bulanan untuk setahun sahaja.
Biasanya teknik ini menghasilkan keuntungan yang minimum berbanding teknik compounding.
Dividen diperoleh setiap tahun = Dividen setiap tahun – modal setahun
Tahun Pertama: RM560
Kedua: RM560
Ketiga: RM560
Keempat: RM560
Kelima: RM3,500
Dividen tahun ke-5 RM3,500 kerana tiada rolling untuk tahun berikutnya disebabkan hendak terminate.
Maka Jumlah Dividen terkumpul = RM560 + RM560 + RM560 + RM560+ RM3,500
= RM 5,740
Selain dividen, kita juga akan dapat Surrender value.
Surrender value ialah nilai bank bayar semula pada kita apabila kita terminate financing.
Surrender Value = Total loan – Baki loan (guna financial calculator)
= RM50,000 – RM46,856
= RM3,144

Jadual Amortization pada tahun ke-5
Jadi Jumlah Untung yang diperoleh selepas 5 tahun menggunakan teknik rolling adalah sebanyak,
= RM5,740 + RM3,144
= RM 8,884
Teknik Compounding bermaksud bayaran atau simpanan bulanan yang berterusan.
Biasanya teknik ini tidak usik jumlah dividen yang diperoleh setiap tahun. Maka layak untuk dapat dividen penuh setiap tahun.
Dividen terkumpul mengikut tahun:
Tahun pertama : RM3,500
Kedua: RM3,500
Ketiga: RM3,500
Keempat: RM3,500
Kelima: RM3,500
Jumlah Dividen = RM3,500 x 5 tahun
= RM17,500
Surrender Value = RM3,144 (sama seperti kiraan teknik rolling)
Jadi Jumlah Keseluruhan menggunakan teknik compounding adalah,
= RM17,500 + RM3,144
= RM20,644
Secara keseluruhannya, kita dapat lihat perbezaan jumlah yang terkumpul menyimpan cara rolling dan compounding dengan ASB Financing.
Belum ada akaun ASB lagi? Boleh buka akaun ASB Online.
Walaupun begitu, melabur di Bursa saham juga mampu memberikan keutungan tanda had dalam setahun.
Keuntungan saham dapat diperoleh melalui 2 sumber iaitu dengan pemberian dividen dan keuntungan modal.
Teknik rolling mengeluarkan dividen setiap tahun untuk bayar ansuran, manakala teknik compounding membiarkan dividen terkumpul dalam akaun ASB untuk memanfaatkan kuasa faedah kompaun.
Teknik compounding biasanya lebih menguntungkan kerana dividen yang tidak dikeluarkan akan menjana pulangan tambahan melalui faedah kompaun, menghasilkan jumlah terkumpul yang lebih tinggi.
Dengan teknik compounding, pelabur boleh mengumpul sekitar RM20,644 dalam tempoh 5 tahun termasuk dividen dan surrender value, berbanding jumlah yang lebih rendah melalui teknik rolling.
ASB Financing sesuai untuk mereka yang mempunyai komitmen kewangan terkawal dan ingin memanfaatkan leverage untuk mengembangkan pelaburan ASB. Namun, pelabur perlu pastikan mampu membayar ansuran bulanan secara konsisten.
Selain ASB, pelaburan saham di Bursa Malaysia juga mampu memberikan pulangan menarik melalui dividen dan keuntungan modal.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan pelbagaikan portfolio pelaburan anda.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham sebagai pelengkap kepada pelaburan ASB anda.
Bacaan lanjut: