Cara Log In Pertama Kali Ke Akaun Mplus

Berikut adalah cara untuk anda login ke akaun Mplus anda.
- Setelah akaun CDS siap, anda akan terima emel dari mplusonline.com.my yang mengandungi user ID, activation code, activation link dan nama remisier anda
- Sekiranya tiada di dalam inbox, sila semak emel ini di dalam folder spam atau promotion

- Dalam email yang sama, klik link url yang berwarna biru untuk mengaktifkan akaun M+
- Seterusnya, dalam tempoh sehari akan terima e-mel seterusnya yang mengandungi username & password


- Setelah itu buka browser anda dan pergi ke website https://www.mplusonline.com.my
- Log In dibahagian atas kanan. Masukkan Username serta Password

Jika ada sebarang pop up window, pilih untuk Install atau Allow

- Pilih ‘Run’. Satu file khas akan mula dimuat turun kedalam komputer anda supaya anda boleh dapat akses ke live trading platform

- Paparan penuh M+ beserta function seperti Account Summary, Portfolio, Getting Started dan lain-lain.

Penutup Mplus Login
Selepas log in ke platform Mplus, anda sudah boleh membuat pembelian saham.
Tapi sebelum itu anda perlu masukkan atau deposit duit ke Trust Account.
Untuk melakukan deposit, anda boleh baca di artikel ini : Cara Deposit Ke Akaun Mplus
Demikianlah cara untuk Mplus login.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bagaimana cara log in pertama kali ke akaun Mplus?
Anda perlu muat turun aplikasi Mplus Online terlebih dahulu, kemudian masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diberikan oleh broker anda. Selepas itu, anda akan diminta menukar kata laluan untuk keselamatan akaun.
2. Apa perlu buat jika terlupa kata laluan Mplus?
Jika terlupa kata laluan, anda boleh klik butang "Forgot Password" di halaman log masuk Mplus atau hubungi broker anda untuk mendapatkan kata laluan sementara yang baru.
3. Adakah saya perlu deposit duit sebelum boleh mula beli saham di Mplus?
Ya, selepas berjaya log in, anda perlu deposit duit ke Trust Account terlebih dahulu sebelum boleh membuat pembelian saham di platform Mplus.
4. Bolehkah saya log in Mplus di beberapa peranti serentak?
Secara umumnya, anda boleh log in di peranti yang berbeza tetapi tidak serentak. Jika log in di peranti baru, sesi di peranti lama akan ditamatkan secara automatik.
Bersedia untuk mula melabur saham? Buka akaun CDS hari ini bersama Mahersaham dan nikmati pelbagai kelebihan eksklusif. Muat turun juga ebook percuma pelaburan saham untuk panduan asas yang lengkap.