Cara Jual Saham Bursa Malaysia (Aplikasi Mplus Global)

Loading...


Selepas login akaun Mplus Global, tekan ‘trade‘ dibawah sekali yang merupakan salah satu daripada enam tab yang ada di paparan ini.

Selepas masuk ke paparan Trade, langkah seterusnya ialah tekan ‘Trade‘ seperti yang ditanda kotak merah dalam gambar diatas.

Untuk mencari kaunter, tekan bahagian search yang menunjukkan ‘Name/Symbol’. Perlu diingat, kita hanya boleh menjual kaunter yang kita sedang miliki sahaja.
Cari kaunter atau syarikat milik anda yang ingin dijual. Sebagai contoh untuk tujuan pembelajaran, dalam gambar kita cari kaunter KGB.
Tekan nama kaunter tersebut.

Cara untuk menjual lebih kurang sama dengan cara untuk membeli saham. Namun ada beberapa perbezaan. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah tukar ‘Side’ daripada ‘Buy’ ke ‘Sell’.

Jika anda ingin memilih harga jualan berdasarkan market depth (kotak atas), anda boleh terus tekan ke harga tersebut, maka bahagian ‘price’ (kotak bawah) akan bertukar mengikut harga yang anda tekan.

Kita hanya dibenarkan menjual bilangan saham yang kita miliki sahaja
Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai pegangan saham sebanyak 10 lot (bersamaan 1000 unit), tapi dibahagian ‘quantity’ anda letak 1000 lot (bersamaan 100,000 unit), maka akan keluar popup memberitahu kita kekurangan saham untuk dijual (seperti gambar dibawah).

Betulkan kembali bilangan saham yang ingin dijual mengikut bilangan saham yang kita miliki.

Terdapat pilihan untuk mengubah ‘order validity’. Fungsi validity ini adalah sekiranya anda ingin membuat order tersebut masih valid sehingga ke tarikh yang anda tetapkan.
Sebagai contoh, jika anda letak sehingga sebulan, maka order anda akan valid sehingga sebulan sebelum expired dan hanya sekiranya order anda tidak berjaya ‘filled’ dalam tempoh masa tersebut.

Selepas yakin dengan harga yang ingin dijual, jenis order, bilangan lot dan validity, seterusnya boleh tekan ‘Sell’ yang berada dalam kotak merah untuk teruskan penjualan.
Selepas anda tekan butang sell, maka akan muncul pop-up menunjukkan ‘Order has been submitted‘.
Tunggu sehingga status bertukar kepada ‘filled‘ barulah confimed bahawa kita sudah berjaya menjual pegangan terhadap saham tersebut.
Untuk menjual saham, log masuk ke aplikasi Mplus Global, tekan tab 'Trade', pilih saham yang ingin dijual, masukkan harga jualan dan bilangan lot, kemudian tekan butang 'Sell' untuk hantar pesanan.
Selepas anda menekan butang sell dan pesanan berjaya dipadankan, status akan bertukar kepada 'filled'. Penyelesaian transaksi (settlement) biasanya mengambil masa T+2, iaitu dua hari perniagaan selepas transaksi dilaksanakan.
Di Mplus Global, anda boleh menggunakan beberapa jenis order seperti Market Order (harga pasaran semasa), Limit Order (harga yang anda tetapkan), dan jenis order lain bergantung kepada keperluan strategi pelaburan anda.
Ya, terdapat beberapa caj termasuk komisen broker, duti setem, dan yuran penjelasan. Caj ini akan ditolak secara automatik daripada hasil jualan saham anda. Pastikan anda mengambil kira caj ini dalam pengiraan keuntungan.
Menguasai cara menjual saham adalah kemahiran penting bagi setiap pelabur. Dengan panduan langkah demi langkah ini, anda kini boleh menjual saham dengan yakin menggunakan aplikasi Mplus Global.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.