Tools TradingView-Bentuk Geometri & Alat Anotasi

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Korang dah baca artikel Cara Guna Tools TradingView- Alat Fibonacci?
kalau belum saya cadangkan korang baca artikel itu dahulu baru lah korang sambung baca artikel kali ini.
Kalau artikel sebelum ini fokus kepada alat fibonacci, kali ini saya nak fokus pula kepada bentuk geometri & alat anotasi.
Hah apa tu?
Bunyi pelik sedikitkan sebab kita biasa menggunakan bahasa Inggeris tapi hari ini kita akan guna bahasa Malaysia.
Macam biasa jom kita buka dahulu akaun tradingview.
Pastikan korang dah daftar tau.
Pertama korang layari my.tradingview.com dan klik chart.
Kemudian klik icon dalam kotak merah seperti di bawah.

Baik, pertama kita akan kupas mengenai berus (brush), kegunaannya untuk korang tanda kawasan yang korang noted kan.
Contohnya korang nak tanda point low dan high.

Bulatan biru itulah hasil menggunakan berus.
Bentuk yang terhasil mengikut pergerakkan mouse korang.
Kedua mengenai penyerlah (highlighter) sama juga kegunaannya seperti berus cuma bentuk bulatan tu lebih cantik.

Bagi mereka yang details, betul-betul nak tanda point support dan resistance kat ekor bolehlah gunakan tool ini.
Kita guna tool laluan (path) ini untuk kita lihat pergerakan sesuatu saham.

Tool segi empat tepat (rectangle) antara yang paling penting untuk kita ketahui.

Kita jadikan kawasan segi empat tepat ini sebagai zone support mahupun zone resistance.
Di mana kalau pergerakan saham lalu kawasan tersebut ia akan pantul semula ataupun ia akan pecah support/resistance.
Elips (ellipse) kegunaannya lebih kurang seperti penyerlah (higlighter).

Cara guna mudah sahaja, korang pilih point dah kemudian tarik, lepas tu berbentuklah seperti dalam gambar di atas.
Macam mana, okay tak setakat ini?
Hari ni kita belajar lukis-lukis.
Baik seterusnya kita masuk pula kepada cara guna alat anotasi (annotation tools)
Kegunaannya adalah untuk label dan menulis pada carta anda.
Korang klik pada kotak merah seperti dalam gambar.

Alat untuk menulis.
Korang hanya perlu klik mana-mana kawasan dan tulis.

Korang boleh edit tau tulisan ni, nak tukar saiz dan warna pun boleh.
Korang boleh buat nota dalam carta.
Klik sahaja nota kemudian korang tulis nota mengikut idea korang dalam carta tersebut.
Apa yang menarik adalah korang tak akan dapat baca nota tu selagi mana korang tak klik pada icon nota tu.

Nota korang nanti ibarat signboard di jalan raya

Bagi mereka yang suka buat text tapi nak ada corak-corak seperti mesej boleh gunakan alat petak bual (callout) dan belon (balloon) .

Korang hanya klik pada kawasan yang korang nak tahu harga kemudian harga akan automatik keluar.

Terdapat beberapa jenis anak panah (arrow) antaranya:
Kegunaannya sama juga untuk label pada carta anda.

Mungkin ada antara traders dia suka menggunakan anak panah berbanding label yang lain.
Banyak bentuk geometri dan alat anotasi yang di sediakan dalam tradingview.
Korang boleh pilih mana-mana yang sesuai untuk diletakkan dalam carta yang sedang di kaji.
Macam biasa, korang tak perlu guna semua, guna ikut keselesaan jiwa korang janji korang faham label yang korang letak.
Bentuk Geometri adalah tools untuk melukis bentuk seperti segi empat, bulatan dan segitiga pada carta saham. Alat Anotasi pula digunakan untuk menulis nota, label dan tanda pada carta bagi memudahkan kajian.
Alat Anotasi sesuai digunakan apabila anda ingin menandakan paras sokongan (support), rintangan (resistance) atau titik penting lain pada carta supaya mudah dirujuk semula.
Tidak perlu. Cukup gunakan tools yang anda faham dan selesa. Yang penting anda tahu fungsi setiap label yang diletakkan pada carta anda.
Ya, semua anotasi dan lukisan akan tersimpan secara automatik dalam akaun TradingView anda dan boleh diakses semula pada bila-bila masa.
Setelah menguasai Bentuk Geometri dan Alat Anotasi dalam TradingView, lengkapkan perjalanan pelaburan anda. Buka akaun CDS dengan Mahersaham sekarang untuk mula melabur di pasaran saham Malaysia. Muat turun juga ebook percuma Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan saham dari asas.